Dec 19, 2010

the way of people in love

Ya Allah,
kurniakan kami kemanisan iman..
sehingga kami menCiNtai-Mu dan KekasihMu melebihi CiNta kami kepada selain keduanya.

pencarian saya tentang kehebatan seorang insan yang insyaAllah saya doakan menjadi hamba yang disayangiNya membawa saya kepada kesedaran bahawa betapa CiNta kepada sesuatu yang belum pernah kita kenali atau rasai kebaikannya itu bisa dipupuk bilamana kita berusaha mencari dan menggali semua kebaikan, ke-sweet-an, kemurahan, kebijakan, pengorbanan yang ada dengan macam-macam cara sehingga akan datang satu masa apabila perasaan CiNta itu telah muncul, ia akan menjadi pendorong kita untuk berusaha menjadikan diri kita dalam setiap perbuatan persis seperti Yang kita CiNtai dan menjadi seperti yang diharapakan oleh Yang kita CiNtai tersebut..

Saya berbicara bukan tentang CiNta biasa..
Tetapi tentang CiNta Agung..
kepada Allah dan RasulNya..
Hanya dari Dia sahajalah datangnya semua bentuk kenikmatan kebaikan, kasih sayang dan CiNta.
dan hasil ketabahan Rasul-Nya pulalah semua insan boleh merasai hidup penuh keCiNtaan tersebut.  
  
Allah..
Allah Al-Wahab.. The Bestower
 Allah Ar-Rahman.. The Beneficent
Allah Al-Muhaimin.. The Guardian

Jika kita boleh mencari tahu tentang orang yang kita mahu kenali melalui fb, blog, dll..
Kenapa kita tak mencari CiNta Allah yang sentiasa melimpahkan CiNtaNya kepada kita melalui setiap makhluk yang ada disekeliling kita?
Jika kita mahu mengikut atau menjadi seperti orang yang kita admire..
Kenapa tidak kita berusaha menanamkan dalam jiwa kita sifat2 Agung Allah dalam akhlaq kita?

Allah
Allah Al Mujib... The Responsive
Allah Al-Mu'iz.. The Giver of Honour
Allah Al-Barr.. The MOst Kind

Jika kita boleh terharu dengan kebaikan dan pengorbanan insan lain..
Kenapa tidak kita cuba mendalami hati penuh CiNta Rasulullah menghadapai dugaan bertimpa-timpa demi menyampaikan dan memberikan kita agama yang terbaik?
Jika kita boleh tersentuh dengan kata-kata semangat dan nasihat insan lain..
Kenapa tidak bila dengan ayat-ayat CiNta Allah melalui RasulNya?

Allah
Allah Al-Waliyy.. The Protecting Friend
Allah Al-Lathif.. The Gentle
Allah Al-Wadud.. The Loving

dan saya menampar hanya diri saya..
dan proses ini akan terus berjalan..
kerana saya masih belum sampai kesana!!

Allahu'alam



Dec 18, 2010

iN l0ve. am I?

Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah.
Maha suci Allah yang Maha Agung.

Subhanallah wa bihamdih,
Subhanallah hil 'azim.

Anda pernah dengar kan maksud dari satu ayat yang berbunyi:
"Ud'unii, astajiblakum" (40:60)
'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu'

Pasti kita selalu berdoa kepada Allah dengan macam-macam permintaan.
dan, yakinlah Dia akan perkenankan bagi kamu melalui caraNya yang terbaik.

Allahuakbar!!
saya harap saya akan mendapatkan apa yang saya pinta.
Tapi ini baru permulaan, Dia hanya baru menunjukkan jalan untuk saya memulakan langkah.
disepanjang jalan itu nanti, masih banyak lagi yang perlu saya tempuhi untuk mendapatkannya
semuga Dia terus menerus memandu kita kearah cita-cita satu kita.
kearah cinta-Nya.


ps: the way of people in love, next insyaAllah.

Nov 25, 2010

Sinned

Ya Rabb.. 
Ya Ghafar..

Engkau menginginkan hambaMu berjalan dimuka bumi tanpa dosa..
Justeru Kau hadiahkan kami dengan ujian yang tidak kami senangi..
dalam penuh kasih sayang..
supaya dengan itu hati kami dapat Engkau bersihkan..
supaya dengan ujian itu kami bisa kembali mengingatiMu setelah lama terleka..
supaya dengannya kami dapat kembali belajar untuk sabar keranaMu..

kerana dengan hati seperti itu,
ia senang disentuh dengan cintaMu.

tapi..
hamba-hambaMu ini begitu senang dan mudah berbuat dosa...
perlahan-lahan kami ulangi dosa kelmarin yang Kau telah padamkan..
atau malah lebih hina, 
kerana kami juga mungkin turut mencipta dosa yang baru.

Ya Rabb..
Engkaulah Tuhan yang menciptakan.

Ya Malik..
Engkaulah Raja yang berkuasa
tempat satu-satunya untuk kami benaung dan merayu..
tiada yang lain yang lebih berkuasa dari Engkau..
justeru, jadikanlah kami hambaMu yang menghalalkan apa yang telah Engkau halalkan buat kami..
dan mengharamkan apa yang telah Engkau haramkan buat kami..
dan tiada ragu-ragu.

serta jauhi dan lindungi kami..
seperti selalunya..
dari bisikan syaitan yang sentiasa mengintai-ngintai kami.

Nov 20, 2010

cErItA k0rBaN

'Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi, Yang menciptakan, lalu menyempurnakan, Yang menentukan kadar dan memberi petunjuk.'
(Al-'Alaa, 87:1-3)
Ketenangan itu dari Allah... Sumbernya hanya Satu..

Cerita korban 
Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha, saya sempat menemani seorang adik. 
Dan ada cerita pengorbanannya disebalik ujian yang Allah berikan kepadanya. 
Itu sahaja yang saya terfikir saat ingin berbicara dengan si adik kerana saya yakin setiap yang berlaku ada tarbiyah yang Allah ingin berikan.
Allah. Indahnya, kerana tak berapa lama selepas itu ada ujian lain pula yang Allah berikan. 
Kali ini buat saya. ^^ 
Bagi saya ujian-ujian Allah itu sangat indah sebab ianya adalah apa yang kita perlukan dan sangat sesuai untuk kita pada masa dan saat itu. 
Dia akan sentiasa uji kita dengan kesenangan, sedikit kesusahan, kesihatan badan, kesakitan, kehilangan jiwa, keberhasilan, dengan insan disekitar kita dan pastinya juga bila kita kecundang. 
Tapi ingatlah Dia takkan pernah tinggalkan kita dalam ujian tersebut kerana Dialah 

      .Yang menentukan kadar(masing-masing) dan memberi petunjuk.
.Yang menciptakan, lalu menyempurnakan.
.Dia, Tuhanmu yang Maha Tinggi.

Plan Dia sangat sempurna.
Tidak separuh jalan.
Saling memerlukan.
Dan bersangkutan dari dulu sampai sekarang. 

Dia tak takdirkan saya kena chicken pox masa saya kecil.
sebab Dia nak bagi saya cacar air tu sekarang.
kerana sekaranglah masa utk Dia uji saya dan kawan-kawan tentang ukhuwah.
kalau di rumah ada mak. T.T

::At least, itu yang saya rasa::

Allah Sayang Kamu juga
.dan mungkin lebih.
(>_<)

 saya juga dapat belajar tentang Qaf-Ra-Ba a.k.a. Qarib=dekat
Qarib adalah kata dasar untuk korban 
jadi semuga korban kita dapat mendekatkan jiwa kepada Allah di dunia dan akhirat nanti. 
Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh), mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). (Saba', 34:37)

Nov 12, 2010

Doaku

heart BEATS by ~PyroDemi on deviantART

bila ada iman dalam hati ini,
pasti saya akan mengatur masa usia saya sebaik mungkin supaya saya tidak menyesal bila kembali kepada Dia.

jika punya iman dalam jiwa ini, 
pasti saya akan bersungguh-sungguh belajar kerana ingin seluruh hidup saya jadi ibadah buat Dia.

kalau ada iman dalam hati ini,
pasti saya akan sentiasa menutup malam dengan muhasabah sebenar kerana ingin gembira saat menghadap Dia.

andainya ada iman di dalam dada ini,
pasti saya tidak sambil lewa dalam menjaga ruhi dan mentarbiyah diri sendiri sebagai bukti rindu saya kepada Dia.

sekiranya ada iman,
akhlaknya lah yang terbaik, bicaranya mengesankan, ibadahnya mendekatkan, bicara mulutnya sama dengan hatinya, rasa hatinya sama dengan ucapannya dan terselamatlah sekeliling dari kejahatannya.

Allah, tambahkan iman dalam dada-dada ini.
jangan sampai nafsu itu terus-terusan menguasai diri.
.
..
...

who knows how many heartbeats left for themselves.


Oct 29, 2010

kepada syurga yang dijanjikan

perjalanan yang baru
               dan perkongsian yang menjentik rasa

mereka sahabat-sahabat yang hebat. manakan tidak, Rasulullah SAW menyampaikan berita gembira bahawa mereka dijanjikan Allah, Al Ghaffar dengan pasti untuk berada di dalam syurga yang luasnya tidak pernah dapat kita bayangkan. nikmatnya yang tidak akan dapat kita bandingkan dengan kegembiraan-kegembiraan dunia kita.

10 sahabat yang dijanjikan syurga secara marathon...
perkongsian dari dan dengan mereka.. membuat hati ini berbuah dan berbunga serta berfikir..

Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidah bin Al Jarrah.

                :: they are all human being :: 
               (haha.. obviously they are)

but there is a fundamental meaning, behind having them (the sahabah) as a human being, instead of malaikat. here, it is merely my opinion.

......................................

Al-Insan. yang sering lupa. but it is a bliss.
kerana Allah, He is ever forgiving, Allah memang akan sentiasa menepati asma ul husnaNya.

 bicara Ali ra ketika dia telah menjadi khalifah: 
Wahai Zubair, dengan nama Allah, tidakkah engkau ingat, ketika kita berada di suatu tempat lalu Rasulullah SAW lewat dan berkata kepadamu, " Wahai Zubair, tidakkah engkau suka kepada Ali?' Engkau menjawab, "Tidak ada alasan bagiku untuk tidak suka kepada sepupuku dan saudara seagama." Lalu Beliau SAW bersabda, " Wahai Zubair, demi Allah, kamu akan memeranginya, dan engkau berada di pihak yang zalim."

 bicara Zubair (may Allah be pleased with him) dalam bahang sebelum Perang Jamal:
'Yah, sekarang aku ingat. Kemarin aku lupa. Demi Allah aku tidak akan memerangimu.'

mereka manusia, seperti kita juga. cuma mereka telah pasti akan menjadi golongan syurga, dan kisah-kisah mereka ini, bagi saya satu bonus dari Allah buat kita.

Satu Teguran dan Pengajaran serta Pujukan halus dari Dia tentang mereka yang dijanjikan Syurga.

Dia memujuk kita supaya sentiasa kembali dan memohon ampun kepadaNya atas kealpaan kita. kerana tidak mustahil, mereka yang merasa berdosa itu bisa dikurniakan nikmat seperti syurga yang mereka telah peroleh? 

Dia mengajarkan kita supaya jangan tergesa-gesa, jangan menghukum. kerana boleh jadi orang yang kita palingkan muka darinya adalah jiran kita. hanya tetaplah berdoa, di Syurga bertemu hendaknya_insyaAllah.

Allah menegur kita melalui mereka, sang ahli syurga yang pernah tidak sehaluan namun hati mereka tidak pernah membenci satu sama lain. kerana tidak melampau kalau saya katakan bahawa mereka mungkin termasuk kelompok yang sentiasa berkasih sayang_di Syurga nantinya.    
 

akhir mereka sama, kepada syurga yang dijanjikan.
jangan pernah berhenti memandang insan lain hanya pada pandangan pertama. kerana kita tidak pernah tahu amalan apakah yang boleh menghantarkan kita ke syurga Allah bersama insan-insan hebat lainnya. jangan biar syaitan menjadi penunjuk jalanmu.

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan diatas dipan-dipan"  
(Al-Hijr: 47)

mereka memang ahli syurga. tapi ahli syurga bukannya insan yang pasti dan sentiasa bersih dan sunyi dari dosa. jom, sama-sama kita menambah iman sampai Allah mengurniakan taqwa, dan beramal dengan amalan yang boleh menghantarkan kita ke Syurga tertinggi. insyaAllah, kita juga berpeluang. Allahua'lam

Oct 26, 2010

Pasir Pantai yang Berombak

Perjalanan yang Baru.. 
                 dan desiran Air yang menYegarkan..

Rimas. Masih belum dapat merasakan kesegaran yang mereka bicarakan.. hinggakan bila datang masa ombak senyap dari mengganasi pantai. Dan suasana sunyi untuk beberapa saat.. cepat2 hati saya berebut menikmati sunyi itu. dan barulah indahnya terasa. ^^ pelik kan. bukankah nyanyian alam sepatutnya menenangkan hati. tapi kenapa ia tidak berlaku untuk hati saya ini, malam itu. atau, mungkinkah ini satu petanda buruk dari Allah, pemilik ketenangan..
astaghfirullah.. ampunkan hambaMu ini Allah.

Justeru, saya persoalkan iman saya. kerana tanpa saya sangka saya gagal bersatu dengan pantai.  tetapi tidak pula dengan hijaunya sawah padi, birunya langit tinggi, terangnya bulan purnama, dan warna-warninya bunga-bungaan yang sangat saya senangi saat berhadapan dengan mereka.

Justeru, saya paksa diri untuk membuang perasaan rimas tersebut jauh-jauh. saya yakin Allah bersama sebagai penolong saya.

Begitu juga ujian Allah. Dia datangkan ujian dalam bentuk yang berbeza-beza. walau kadang-kadang kita merasakan kita sudah kebal dengan ujian-ujian lain, tetapi bila tiba saat dimana Allah beri kita ujian yang jarang-jarang kita hadapi. maka, disaat itulah kelemahan kita terungkap. memaksa diri untuk bermujahadah dan membuang kebiasaan kita sebelumnya. walau pahit. bersangka baiklah terhadap Allah. mengharap perubahan dalam diri kita nantinya.

Pembersihan hati. Saya tidak mahu ketinggalan dalam merasai nikmat ketenangan yang Allah ciptakan pada kali itu. Lalu, saya mengorakkan langkah ditengah malam bersama mereka. berhadapankan ombak yang hati saya keras padanya semalam. dengan sapaan rancak bayu laut ke muka saya dan gemerlap cahaya bulan disebalik awan menerangi malam yang kelam. menemani saya berdiri dengan 1001 harapan. Alhamdulillah.

dan sekarang, saya rindukan deruan ombak pantai itu yang bisa memecah kelesuan malam-malam saya dengan maknanya tersendiri. sungguh, ia pengalaman saya dengan alam. dan sungguh, ia pengalaman yang indah buat saya. kerana ia berjaya mencabar saya buat merefleksi diri. Terima kasih Allah. I Love You.

:: la haula wala quwwata illa billah ::

Oct 12, 2010

She is Learning

Those who have known me for years or just in a few weeks back.. do have ideas on 'who is me', no matter in exact or just in brief.. and their impressions may varies in large range.

Allah, Beautiful He is..
He never failed to amazed me on many things.. and one of them is on the ability He made for the insan to learn and improve towards a better human being..

Appreciation..
Frankly, i am not good in appreciating things, the people and their love. I have little courage to express love and care. Ignorant and heartless you may say. Yet i know i should not be doing that..

Blogging..
Just by being a blogger for a few weeks back, enable me to reflect on one thing. A very meaningful one..
Allah, He instill in me a feeling. Regarding a line in the last post on hadith bukhari.. :.to gladden the heart of human beings.:

~Part yang tak tertahankan~
 i have new habit *huish* untill came a point where i say..what are you doing a'shira..(^^) haha.. (penyakit org baru buat blog kot eh)

~I learnt~
I got the lesson. After that, i read and try to leave comments for them if i could. As a mark of appreciation and to show that i am there besides them. Because that is what will makes them happy. Happiness can bring good change in people. Even it is just a small act. Such as comes to your mother who is cooking in the kitchen. I think its enough for her to have You by her side, without you have to offer a helping hand(espesially for the boys n the husband and for the girls who don't know how to cook ^^).

Ok, lets go back to the main topic.
I just wanna say that, in real life, Allah gives us so many type of friends and family members etc. All we have to do is appreciate them and approved their effort by just saying 'thank you'. And you may know a person who is heartless, too serious or stubborn. So, do not act the same. Because sometimes they are them due to zero qudwah(example) have came across them before.
.maybe. Who knows. ^^

InsyaAllah, it may be the point in their lives to learn from you on how to spread the love and care. above all, He is the one that educate me and you.

Allahua'lam.

p/s: sorry kepada semua yang mengenali diri dan telah merasai ketidak best-an saya. huhu 
:. There is always room for improvement right? .:

Oct 7, 2010

.the excellent five.


"What actions are most excellent? 
To gladden the heart of human beings, 
to feed the hungry, 
to help the afflicted, 
to lighten the sorrow of the sorrowful, 
and to remove the sufferings of the injured." 

(Bukhari)

Oct 2, 2010

dunia kIta

al-Ard.. 

Sewaktu tilawah bersama seorang sahabat selepas solat tarawikh ramadhan yang lalu,
seringkali saya ditegur kerana tajwid ketika menyebut al-Ard itu salah..
salah kerana seperti ada qalqalah dibelakangnya..
kerana hujung lidah sering terlepas dari gigi geraham ditepi.. huhu

 jzkk buat anda.. insyaAllah saya lebih berhati2.. ^^

Dunia

Indah sungguh dunia ni kan.. 
tapi indahnya dunia pada mata kita sangat subjektif kepada apa yang menjadi persepsi kita tentang dunia ini.. mentafsirkan dunia kita menurut kaca mata yang kita pakai..
kalau ada yang suka memakai sun-glasses tue.. 
dunia ini akan nampak sama jea la.. hitam kelabu dimana2..^^
 
hanya tinggal pilih kaca mata yang kita mahu.. x payah susah2 beli di kedai ^_^

Kemana kau ingin dunia membawamu

Huish.. lamunan saya terhenti tadi, bila fikirkan kemana arah tujuan saya..
bak kata stephen covey n diolah oleh ust Hasrizal.. 
~ begin with the end in mind.. 
              ---> syurga
                     ---> neraka
                                  ........................................... 
Dunialah tempat saya mula2 dapat melihat.. melihat dengan mata yang Allah ciptakan..
dan di tanah ini juga Allah kurniakan saya dengan hati, yang membuatkan saya mula berfikir, merasai dan tersedar hakikat diciptanya kIta.
di bumi inilah saya mula dapat mendengar.. dengan telinga titipan..
al Ard... inilah tempatnya.. tempat saya mula menjumpai n memahami erti hidup kIta..

tapi saya akui masih banyak lagi yang saya belum mengerti dan capai sebagai hambaNya.. 
 
bumi khas untuk pekerja

Sangat banyak lagi keperluan yang Allah sediakan di pejabat (universe) ini..
supaya kita dapat menjalankan tugas kita sebagai pekerja yang baik dalam syarikat (islam) yang kita bernaung dibawahnya.
kita memang akan mendapat gaji diakhirnya..
cuma yang lebih penting,
adakah kita sentiasa jujur dan menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang waktu di pejabat ini?
kerana insan diciptakan di dunia untuk diuji tahap iman dalam dadanya sebagai bukti cinta pada Rabb yang telah diikrar long before they are born n as a certificate to show whether we deserve the Jannah or not.


~ tidak perlu untuk kita terlalu memikirkan samada kita menang atau kalah dalam peperangan terhadap jahiliah.. kerana yang penting adalah usaha kita kerana Allah, dan umat islam mendapat tarbiyah dari peristiwa tersebut.. n tidak perlu juga kita menangisi keberadaan orang2 yang menutup diri dari islam dan mereka yang tidak mahu memahami islam.. kerana yang lebih penting adalah untuk Allah uji sejauh mana tggungjawab orang2 islam itu sendiri terhadap keberadaan mereka~ 
  
:: see, semua focus point Allah adalah pada insan2 yg bergelar muslim :: 
:: kIta adalah istimewa jika kIta menyedari ^.^ ::

 ~ Ghayah means tujuan akhir kIta ~

Sep 30, 2010

iNi PerJuanGan Mu...

Tersentak dan hati ini tiba-tiba sayu....
kuliah masih lagi sedang berlangsung...
dosen sedang rancak membentangkan pelajarannya...

bicara ku diam2 dalam hati...
alangkah Indahnya kalau mereka semuanya tahu..

ya memang benar apa yang dosen ku bilang..
hanya 'mereka' yang betul-betul kuat sahaja bisa sampai..
kerana hanya satu dalam beratus juta itu yang akan berjaya
Ini Perjuangan Kalian..
katanya..


' Bukankah Aku ini Tuhanmu?'
Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.'   < al-a'raf: 172>

inilah agaknya perjuangan kita yang sebenarnya..
jika kita menyedari..
dan inilah yang membuatkanku sebak seketika..
perjuangan yang menjadi alasan utama kenapa kita, Allah takdirkan dilahirkan ke bumi

       ~perjuangan yang punya tujuan yang satu~

kerana jauh sebelum itu..
Allah telah memilih siapa hamba-hambaNya yang Dia tahu mampu untuk tetap berada dalam perjuangan ini walau sering tersadung, namun insan-insan ini akan tetap mempertahankan kesaksian mereka..

setelah lahir nanti..
hidupnya merupakan perjuangan untuk membuktikan syahadahnya ketika di alam roh itu..
adakah perlakuannya selari dengan kehendak Allah yang mereka bersaksi sebagai Tuhan mereka..

setidaknya..
cukuplah kita mengetahui bahawa kelahiran kita dibumi ini sangat istemewa..
kerana Allah yang telah memilih kita untuk diberikan dengan segala macam modal keperluan di dunia secara percuma supaya diakhirat kelak kita memperoleh keuntungan dari pelaburan kita hendaknya.

dosen : lecturer


:: kerana Allah is our ghayah ::

Sep 26, 2010



Alhamdulillah...
 and may it will always slips from our mouth
in times of hard and sorrow
  and in times of ease and happiness

it is once a while..
but.. no matter what we are doing..
concious enough for our steps

for every starts will have the end..
and every ends will drag us into two
to reveal our beginning

 huh..
what an abstract beginning..
insyaAllah,
may this is a blessing one..
as a 'drawft' servant,
all we need are His care.

~~ for Allah is our ghayah ~~