May 21, 2013

Every Soul shall taste Death.. till we meet again in JannaH.. Aki

 ``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Bismillah..

-6.5.2013- 03:00 WIB

Emergency call from a friend
Ada kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga besar.
Ambulance datang ke hospital tempatku berkoas (clinical)..
sempat membantu satu dua mangsa..
suasana haru biru, dan diberitakan 4 mangsa meninggal.

Hari telah cerah. sengajaku menyusuli jenazah di kamar jenazah.
mangsa yang meninggal bertambah menjadi 5 orang.
ku lihat proses memandikan jenazah sedang dilaksanakan.
dan memang niatku mahu membantu si atok menyempurnakan jenazah para wanita

````````````````````````````````````````````````````````````````
:: 8.5.2013 :: 14:30 WIB

Allah..
Hanya kepada Engkau aku mengharap.
menggantungkan keinginanku..

Aku berdoa dengan penuh iman..
dan aku meyakini..
dengan pasti Ya Rabb..
akan janji-janjiMu.

bahwa ujian dan musibah yang Engkau timpakan ini akan Engkau gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.
jika kami bersabar.
gantikan ia Ya Allah..
dengan ganjaran yang paling aku inginkan dalam munajat-munajatku..

gantikan pertemuan yang tidak kesampaian ini
dengan pertemuan yang lebih baik di kampung Syurga Ya Allah.
dengan perhimpunan yang lebih baik dalam keluarga yang sama-sama beriman dari awal hingga akhir dunia
dengan cinta dan kasih sayang yang lebih baik antara hamba dan Rabbnya..

----------------------------------------------------

Allah, aku menjadi saksi Ya Allah..
bahwa sesungguhnya tulang empat kerat itu sungguh gagah berusaha buat keluarga,

Allah, aku menyaksikan Ya Allah..
bahwa saki-baki tenaganya yang tersisa ia gunakan buat menggugah bumi dengan benih-benih halus

Ya Allah aku mengingati dengan kuat Ya Allah..
akan penjagaannya dan kasih sayangnya tanpa kenal lelah.

hitunglah, satu persatu amalannya..
dan amalan-amalan zuriatnya yang ia tinggalkan sebagai soleh dan solehah.

Amin Ya Rabbal A'lamin..

sampai kita bertemu semula di Syurga..
you have gone through it..
and every other soul will taste death..

~munajatku sedu sedan dalam solat jenazah ku untukmu pada hari itu~

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Ukhti, pemergian dia buatkan saya mula merasakan urgensi ini..
Urgensi untuk melakukan dakwah dengan sungguh-sungguh..

kalau dulu saya cuma dengar Br. Shah Kirit cakap yang dia sgt marah kenapa orang islam biarkan ayah dia meninggal dalam keadaan belum Islam..

dan saya juga tahu bahwa nanti di akhirat akan ada hujah-hujah yang bakal datang mengatakan ketidak sungguhan kita bekerja mentarbiyah manusia dan mendakwahi manusia..

tapi kini saya sendiri merasakan bahwa saya belum sungguh-sungguh menyayangi dan berusaha membawa keluarga saya agar mereka sama-sama dapat  memberi peringatan kepada saya dan agar kami sentiasa dapat mengejar syurga bersama-sama. dan bukan saya seorang sahaja. seorang diri berjalan, layaknya seperti orang yang sombong.

ukhti, kita selalu leka.. akan tugas kita yang besar ini..
ukhti rasakan tak, kerja kita ini memindahkan manusia..
bermula dengan diri kita..

dari hampir ke jurang neraka kepada masuk ke dalam syurga.
dari islamnya atas nama kepada salim aqidahnya,  salim jiwanya
dari islamnya atas nama kepada sodiq imannya, sahih amalannya
dan bisa juga dari lain aqidahnya kepada tauhid pegangannya..

perpindahan ini adalah hijrah yang besar ukhti..
kerana kita sedang menyiapkan diri kita dan manusia dengan sebaik-baik bekal
kerana sebaik sahaja meninggalnya seorang manusia di bumi..
ia akan berpindah dari bumi yang lama ke 'bumi' yang baru, 'rumah' yang baru dan 'keluarga' yang baru.
berdasarkan bekal yang ia bawa. dan kita akan KEkaL di situ tanpa kita ketahui penutupnya.

Allahu'alam..