Apr 27, 2011

beRBeDa

'Tak penat ke eh?'

Soalku dalam hati tatkala melihat seorang akak datang jauh-jauh dari hospital tempat dia bekerja semata-mata untuk meraikan hari gembira sang adik.

alah, bukan buat apa sangat pun.. just bersalam-salam, borak-borak sikit then bergambar dengan adik-adik then berkenalan dengan family adik-adik..

'bukan ke kena guna banyak duit nak ulang-alik dari hospital?'

haish.. banyak pula persoalan yang timbul dalam fikiran ni..
yela.. mana tak nya.. ini bukan pertama kali aku melihat sang kakak berbuat begitu.. dan sepanjang itu juga aku tidak pernah melihat wajah rungutan mereka..

kalau difikarkan logik.. boleh apa duduk jea diam-diam dalam bilik dekat hospital tue. tak penat, tak habis duit. harta dan jiwa tue kan benda yang paling kita rasa milik kita seorang jea.. sampai rasa kedekut sikit nak korbankan untuk orang lain. kalau boleh, nak jea banyak masa untuk diri sendiri.. tue yang sesetengah orang suka layan feeling sendiri, fikir hal sendiri, duduk dalam bilik sendiri, tak nak hiraukan orang lain.. duit tue pula kalau boleh nak belanja untuk kegunaan sendiri jea. huhu

tapi, mereka memilih untuk berbeza dengan orang lain.. menjadi gharib..
kerana matlamat mereka, fikiran mereka, dan pertimbangan mereka telah dibersihkan oleh islam.
semoga Allah tetap menjaga kurniaanNya buat kita yang menunjukkan jalan para Rasul yang membawa risalah kepada kita untuk diikuti.. menjadikan kita tsabat, menambahkan kefahaman addeen dan semangat kita untuk islam.

~ mereka telah membuktikannya, all da best!

Apr 12, 2011

CahaYa

    

Assalamu'alaikum wbt.. 
Salam pertemuan dan Salam satu ummah.. ^^
Khaifa halukum? Pasti fizikal antum sekarang hampir kering setelah diperah-perah? Kesana kesini bergerak bertemu mad'u. Otak juga ligat berfikir untuk adik-adik, kawan-kawan, family, study dan macam-macam lah.. Semoga Allah mengganjari jual beli yang antum lakukan dengan mengurniakan syurga. insyaAllah

Menjadi seorang Dai'e. 

Bererti berikrar menjadi seorang yang mengajak manusia kembali kepada Allah.. mereka keluar ditengah-tengah masyarakat dan membentuk pemikiran dan stand-stand masyarakat terhadapa segala macam isu mengikut kacamata islam.. mereka menjadi anasir taghyir atau agen perubahan ke arah islam. Mereka berusaha mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Mengajak manusia berinteraksi dengan setiap kalamullah dan berespon terhadap al-Quran dalam setiap inci diri mereka. Mereka mengelak diri dari menjadi eksklusif kerana berusaha merealisasikan islam sebagai Rahmatan lil'alamin..

Video menarik.
Saya tonton di youtube. saje nak share video pakcik anwarhadi ni. dulu ada seorang akhawat intec pernah post satu entry syoknya solat jemaah juga. dan entry tue saya ingat sampai sekarang. sebab lepas tue saya beriya-iya nak kejar solat jemaah tue.. yea la, jauh tue beza duit belanja sekolah rm5 sehari dengan rm135 sehari.. huish.. sape yang nak tolak.. 

Pelik.
Walaupun beza nilai solat jemaah punyalah tinggi, still ada yang ignore dan suka solat sendiri-sendiri.. saya tak tahulah kenapa, tapi i take it as a result yang berlaku bila kita tak tahu dan rasa kelebihan berjemaah. insyaAllah, harapnya lepas dah tahu dan feel, kita lebih excited untuk berjemaah..^^ harapnya kita tidak lagi bangun pagi dan solat sendiri, tak berusaha kejut kawan yang sedang tidur.. jangan risau k, dia tak dapat ambil pun duit belanja sekolah awak tue.. dan harapnya, kalaulah takda pun orang yang boleh diajak berjemaah, cukuplah dalam hati kita teringin sangat nak berjemaah..^_^   

Selamat menghayati!




Allahu'alam

Apr 8, 2011

TeTapkanlah Ya Allah...


Jalan tarbiyah ini panjang, lambat dan susah.. ungkapan yang selalu telinga ini dengar sampailah ke hari ini.. tiada siapa dapat menyaggah kata-kata ini.. kerana jalan ini bukan untuk mendidik hati melakukan amal-amal islam sewaktu kita bersemangat sahaja sehingga berjaya menambah iman dan kemudian kita mendapat privillage untuk berehat seketika.. kerana jalan ini juga bukan jalan yang tidak akan diuji keikhlasan kita, yang mengaku memikul tugas para da'ie.. kita akan sentiasa diuji.. kerana Allah Maha cemburu.. kerana jalan ini memerlukan insan-insan yang jelas matlamat dan bebas dari sandaran-sandaran selain Allah dalam mengajak manusia kembali kepada Allah.. 

Mustahil!  Individu muslim tidak akan dapat dibina hanya dengan sekadar menjalani kehidupan yang biasa-biasa.. mengikut life cycle yang berjalan pada kebanyakan manusia.. dengan mindset untuk menjadi biasa-biasa, cukup sekadar bekerja dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan memenuhi kantung wang dengan alasan harus mencari rezeki.. begitu juga dengan belajar kita.. cukup sekadar belajar dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan untuk mendapatkan kelayakan sebagai seorang doktor agar akhir sekali dapat memudahkan kita mencari rezeki juga.. ironinya.. sekadar itu sahajakah tujuan hidup kita??

Tadi saat menyelak blog akhawat yang saya kenal di jalan tarbiyah ini.. saya menangis dalam hati... Ya Allah, akan sampaikah aku ke sana juga.. bukan dari segi al wujud tapi hati yang khalis hasil dari berlikunya jalan tarbiyah.. likunya itu untuk menapis siapa yang ikhlas..

Tarbiyah.. perkataan yang saya kenal beberapa tahun yang lalu.. walaupun waktu perkenalan ini masih singkat, namun ia sudah cukup untuk membuatkan saya merasai betapa ia sangat manis, untuk berada di bawah payung tarbiyah ini.. walau pada luarannya manusia mungkin melihat ia tidak begitu bermakna untuk membuatkan saya mengejar ia.. pada saya, jalan tarbiyah inilah yang menghantarkan saya pada satu tujuan hidup yang jelas. membersihkan. menegur. meneguhkan. menenangkan. kerana pada hakikatnya saya masih belum bersih, sempurna, tegar dan mantap.

Jika dahulu, sebelum mengenal jalan tarbiyah ini, saya mungkin berfikir cukuplah tue dengan menunaikan solat lima waktu. cukuplah tue dengan mengisi masa-masa lapang yang terluang dengan mengikuti aktiviti yang berunsurkan islam. at least tak lah keseluruhan masa saya dipenuhi dengan belajar ilmu dunia sahaja. tapi jalan ini mengajar saya bahawa pemikiran seperti ini ada cacatnya juga.. and i told you, it is a life changing experience for me.. dari situ saya berusaha menjadikan seluruh kehidupan saya (24jam) hanya untuk islam. bekerja untuk islam pula.. ia bukannya senang tapi saya yakin pemuda memang bersemangat waja.. 

::jalan ini adalah jalan yang jauh perjalanannya, perlu dilakukan step by step dan tak mudah::

tsabatkanlah Ya Allah hati-hati kami!!

Allahu'alam.