Assalamu'alaikum.. (^^)V
Hari ini sangat banyak benda yang berlaku dan yang saya dapat belajar..
Thank You Allah.. Alhamdulillah.. wa syukurillah
Saya juga berkesempatan berbincang lagi tentang riba tapi this time dengan adik2 kesayangan.. terima kasih share dengan akaks.. ^^
Baru tadi saya tahu bahawa menjauhi riba termasuk dalam sekian banyak pecahan yang perlu kita ada utk memenuhi muwasofat tarbiyah kita yang ke-6.. weeee...
~ sape tahu muwasofat tarbiyah tu apa? sila angkat jari.. ^^V hehe..
tak pe lah, saya bagi bocoran k...
muwasofat tarbiyah adalah ciri-ciri yang kita cuba lahirkan dari proses tarbiyah/didikan islamiyah supaya akhir sekali kita dapat jadi seorang muslim yang all rounded dan seperti yang dikehendaki oleh Allah.. insyaAllah..
10 muwasofat tarbiyah:
1. Salimul A'qidah - akidah yang sejahtera
2. Shohihul ibadah - ibadah yang sahih
3. Matinul Khuluq - akhlaq yang mantap
4. Mutsaqqoful Fikr - pengetahuan yang luas
5. Qawiyul Jism - tubuh badan yang sihat
6. Qodirun A'la kasbi - mampu berdikari
7. Mujahadatun Linafsihi - mampu melawan nafsu
8. Harisun a'la Waqtihi - sangat menjaga masa/usia
9. Munazhzhomun fi Syu'unihi - tersusun urusannya
10. Nafiu'n Lighoirihi - bermanfaat untuk orang lain
Okeyh.. berbalik tenatang persoalan riba, tadi kami sempat phening memikirkan kenapa pak cik HAB letak menjauhi riba dalam muwasofat tarbiyah ke-6 tersebut..
Anda rasa menyambung tak?
dalam kepeningan tue saya teringat perbincangan-perbincangan gembira saya dengan khalifah.. hehe ~sorry, ini ayat syok sendiri.. dan kemudian saya kongsikan dengan my adiks.. dan untuk anda yang ini..
Apa itu riba?
Riba menurut bahasa adalah tambahan..
ia boleh berlaku dalam proses perdagangan, pinjaman wang atau ansuran bulanan dan perbankan..
dalam sistem ekonomi sekarang riba lebih dikenali sebagai interest atau bunga, menarik bukan namanya?
banyak dari surah Al-Baqarah ayat-ayat yang mengharamkan riba..
kemudian Allah menghalalkan jual beli, membenarkan berhutang serta menyuburkan sedekah.
.menurut konsep islam.
:: 2:275-281 ::
riba sangat berbeza dengan konsep jual beli..
jika jual beli, kita memperoleh wang hasil dari usaha, wang atas usaha.
sedangkan riba pula, kita memperoleh wang tambahan tanpa ada usaha tetapi wang di atas wang.
riba juga jauh berbeza dengan cara pinjaman menurut islam
islam sangat menggalakkan seseorang muslim supaya memberi hutang kepada muslim yang lain untuk mengelakkan diri muslim dari menjadi pemberi makan riba.
hal ini kerana, diharamkan ke atas muslim yang memberi pinjaman atau hutang mengenakan riba sepertimana yang berlaku dalam semua sistem pinjaman, ansuran dan perbankan konvesional yang ada sekarang. T.T
~dan pak cik HAB juga cakap bahawa menjaga harta jadi jatuh ke tangan bukan islam juga adalah salah satu bentuk mampu berdikari.. and again kami sempat berphening-phening lagi time tue.. hehe
kemudian, Allah sangat menyukai sedekah. Dia akan memberi keberkatan, kesuburan dan pertambahan rezeki hasil dari harta yang kita sedekahkan.. jika kita mendapati orang yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, Allah berfirman bahawa sedekah itu lebih baik. ~_~
tetapi jika kita mengambil riba, Allah berjanji akan memusnahkan riba tersebut sehingga harta yang kita perolehi dari riba tersebut tiada berkahnya dan menjadikan kita miskin.
Allahu'alam. saya bukan pakar ekonomi pun tapi just naak sangat share.. sape yang tahu lebih silalah betulkan and top up yea.. ^^ jzkk
jadi sekarang menyambung tak kenapa pak cik HAB cakap menjauhi riba serta menjaga harta dari jatuh ke tangan bukan islam adalah salah satu manifestasi bahawa kita kemampuan untuk berdikari?
silalah, make sense of it dan mari kita beramal..
Salam'alaik.
No comments:
Post a Comment