Apr 8, 2011

TeTapkanlah Ya Allah...


Jalan tarbiyah ini panjang, lambat dan susah.. ungkapan yang selalu telinga ini dengar sampailah ke hari ini.. tiada siapa dapat menyaggah kata-kata ini.. kerana jalan ini bukan untuk mendidik hati melakukan amal-amal islam sewaktu kita bersemangat sahaja sehingga berjaya menambah iman dan kemudian kita mendapat privillage untuk berehat seketika.. kerana jalan ini juga bukan jalan yang tidak akan diuji keikhlasan kita, yang mengaku memikul tugas para da'ie.. kita akan sentiasa diuji.. kerana Allah Maha cemburu.. kerana jalan ini memerlukan insan-insan yang jelas matlamat dan bebas dari sandaran-sandaran selain Allah dalam mengajak manusia kembali kepada Allah.. 

Mustahil!  Individu muslim tidak akan dapat dibina hanya dengan sekadar menjalani kehidupan yang biasa-biasa.. mengikut life cycle yang berjalan pada kebanyakan manusia.. dengan mindset untuk menjadi biasa-biasa, cukup sekadar bekerja dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan memenuhi kantung wang dengan alasan harus mencari rezeki.. begitu juga dengan belajar kita.. cukup sekadar belajar dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan untuk mendapatkan kelayakan sebagai seorang doktor agar akhir sekali dapat memudahkan kita mencari rezeki juga.. ironinya.. sekadar itu sahajakah tujuan hidup kita??

Tadi saat menyelak blog akhawat yang saya kenal di jalan tarbiyah ini.. saya menangis dalam hati... Ya Allah, akan sampaikah aku ke sana juga.. bukan dari segi al wujud tapi hati yang khalis hasil dari berlikunya jalan tarbiyah.. likunya itu untuk menapis siapa yang ikhlas..

Tarbiyah.. perkataan yang saya kenal beberapa tahun yang lalu.. walaupun waktu perkenalan ini masih singkat, namun ia sudah cukup untuk membuatkan saya merasai betapa ia sangat manis, untuk berada di bawah payung tarbiyah ini.. walau pada luarannya manusia mungkin melihat ia tidak begitu bermakna untuk membuatkan saya mengejar ia.. pada saya, jalan tarbiyah inilah yang menghantarkan saya pada satu tujuan hidup yang jelas. membersihkan. menegur. meneguhkan. menenangkan. kerana pada hakikatnya saya masih belum bersih, sempurna, tegar dan mantap.

Jika dahulu, sebelum mengenal jalan tarbiyah ini, saya mungkin berfikir cukuplah tue dengan menunaikan solat lima waktu. cukuplah tue dengan mengisi masa-masa lapang yang terluang dengan mengikuti aktiviti yang berunsurkan islam. at least tak lah keseluruhan masa saya dipenuhi dengan belajar ilmu dunia sahaja. tapi jalan ini mengajar saya bahawa pemikiran seperti ini ada cacatnya juga.. and i told you, it is a life changing experience for me.. dari situ saya berusaha menjadikan seluruh kehidupan saya (24jam) hanya untuk islam. bekerja untuk islam pula.. ia bukannya senang tapi saya yakin pemuda memang bersemangat waja.. 

::jalan ini adalah jalan yang jauh perjalanannya, perlu dilakukan step by step dan tak mudah::

tsabatkanlah Ya Allah hati-hati kami!!

Allahu'alam.




 



 

No comments: