Apr 12, 2011

CahaYa

    

Assalamu'alaikum wbt.. 
Salam pertemuan dan Salam satu ummah.. ^^
Khaifa halukum? Pasti fizikal antum sekarang hampir kering setelah diperah-perah? Kesana kesini bergerak bertemu mad'u. Otak juga ligat berfikir untuk adik-adik, kawan-kawan, family, study dan macam-macam lah.. Semoga Allah mengganjari jual beli yang antum lakukan dengan mengurniakan syurga. insyaAllah

Menjadi seorang Dai'e. 

Bererti berikrar menjadi seorang yang mengajak manusia kembali kepada Allah.. mereka keluar ditengah-tengah masyarakat dan membentuk pemikiran dan stand-stand masyarakat terhadapa segala macam isu mengikut kacamata islam.. mereka menjadi anasir taghyir atau agen perubahan ke arah islam. Mereka berusaha mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Mengajak manusia berinteraksi dengan setiap kalamullah dan berespon terhadap al-Quran dalam setiap inci diri mereka. Mereka mengelak diri dari menjadi eksklusif kerana berusaha merealisasikan islam sebagai Rahmatan lil'alamin..

Video menarik.
Saya tonton di youtube. saje nak share video pakcik anwarhadi ni. dulu ada seorang akhawat intec pernah post satu entry syoknya solat jemaah juga. dan entry tue saya ingat sampai sekarang. sebab lepas tue saya beriya-iya nak kejar solat jemaah tue.. yea la, jauh tue beza duit belanja sekolah rm5 sehari dengan rm135 sehari.. huish.. sape yang nak tolak.. 

Pelik.
Walaupun beza nilai solat jemaah punyalah tinggi, still ada yang ignore dan suka solat sendiri-sendiri.. saya tak tahulah kenapa, tapi i take it as a result yang berlaku bila kita tak tahu dan rasa kelebihan berjemaah. insyaAllah, harapnya lepas dah tahu dan feel, kita lebih excited untuk berjemaah..^^ harapnya kita tidak lagi bangun pagi dan solat sendiri, tak berusaha kejut kawan yang sedang tidur.. jangan risau k, dia tak dapat ambil pun duit belanja sekolah awak tue.. dan harapnya, kalaulah takda pun orang yang boleh diajak berjemaah, cukuplah dalam hati kita teringin sangat nak berjemaah..^_^   

Selamat menghayati!




Allahu'alam

No comments: