Alhamdulillah, alhamdulillah, thumma alhamdulillah...
segala puji hanya bagi Allah yang mengizinkan diri ini untuk bernafas lagi..
namun, pernahkah kau fikirkan..
apakah yang ingin kau wariskan dan tinggalkan di dunia setelah pemergianmu?
adakah beban2 yang kau gagal tuntaskan,
dari hutang wang ringgit ke hutang nazar-nazar.
mungkin juga hak ibu dan bapa termasuk hal menyambut lambaian seruan haji.
dan kau pula mengharap akan ada yang sanggup untuk menggalasnya bagi dirimu!
oh! tidak. itu tanggungjawab kau wahai jiwa.
atau kebaikan yang berantai2 yang kau idamkan..
maka hitung sekarang, berapa banyak usaha yang kau curahkan untuk menggapainya.
ihsankah kau disaat beribadah kepadaNya dalam setiap nafasmu?
dan cuba kau intai contoh-contoh dihadapanmu yang Allah sediakan..
para Rasul dan orang beriman meninggalkan dunia tanpa rasa takut,
malah dalam keadaan merindui untuk berjumpa Kekasih mereka, Allah.
serta tanpa mewariskan beban yg berat, melainkan mewariskan kebaikan yang fitrah.
tapi adakah kita hanya ingin meninggalkan pakaian-pakaian, duit, peralatan elektronik.
yang kita ingin infaqkan supaya merasakan ianya kebaikan.
jika hanya begitu, betapa ruginya diri..
Ya, kita akan rugi.. aku baru sedari ini..
kerana aku juga berfikir begitu dahulu.
cukup sekadar itu, yang terbatas.
kenapa tidak kita mencontohi Rasulullah yang mewariskan pada kita al-Quran
dan Sunnah dari perkara sebesar perbuatan dan matlamat seharian baginda,
sehingga kepada percakapan dan nasihat baginda yang terbaik untuk diikuti,
serta reaksi dan tauladan yang baginda qudwahkan.
kesungguhan, kejujuran, ihsan, serta keamanahan baginda.
Baginda mewariskan kebaikan yang fitrah dan tak putus-putus!
Yakinlah, setiap jiwa akan merasai maut!
insyaAllah, kita masih berpeluang memilih untuk berubah
mengubah matlamat agar sisa usia kita yang bakal dilalui penuh barakah
Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment