Bismillah...
bertanyalah.. kerana nanti kamu akan mendapat hikmah disebaliknya..
seperti mana umar al khattab bertanya saat beliau mendengar seorang sahabat berdoa
“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit”.
Mendengar itu, Umar terkejut dan bertanya, “Kenapa engkau berdoa demikian?”
Sahabat itu menjawab, “Karena saya mendengar Allah berfirman, “Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”, makanya aku memohon agar aku termasuk yang sedikit tersebut.
pause ````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
bertanyalah,
walau kamu merasa takut.
bertanyalah,
walau sepertinya soalan itu menampakkan kelemahan dan celamu.
bertanyalah,
untuk meruntuhkan egomu untuk dinampak sempurna oleh manusia.
bertanyalah,
jika itu dapat menghakis seganmu yang tak bertempat itu.
bertanyalah,
kerana dari situ kamu beserta temanmu akan belajar..
bertanyalah,
kerana sungguh kebanyakan dari hikmah itu berserakan.
dan bertanyalah..
kerana ia banyak membantu memperbaiki masalah dan kekeliruan yang ada.
takut itu seketika
malu itu seketika
bicara manusia pasti kan tersirna
rendah hati tercipta
egomu kan dibinasa
dan hikmah kan ada pada kita..
````````````````````````````````````````````````````````````````` start
kita mengejar untuk
menjadi keren pada pandangan Allah
dan bukan pada pandangan manusia.
heheh.
No comments:
Post a Comment