Jun 5, 2012

kita perkenalkan agama, bukan diri!

Bismillah...

Alhamdulillah.. yesterday was a refreshing day..
menyegarkan hati walau jasad ini tidak berkesempatan pun untuk turut sama terjun ke dalam air beku bersama yang lain. Walau diriku hanya disini.. tapi hatiku saat itu telah terbang tinggi..

bila berkesempatan untuk memutar kembali rakaman-rakaman kejadian yang dahulu aku berada di dalamnya, dimana aku sebagai orang yang baru ingin memulai langkah di jalan ini, ia memberikan aku seribu satu makna dan kesedaran untuk penambahbaikan.
dan sekarang aku sedang berada dalam filem-filem hitam rakaman minda yang baru.. dalam latar belakang yang sama seperti dulu, cuma kini  karakter yang aku mainkan adalah sebagai penunjuk lorong yang baru sedikit aku lalui kepada insan lain untuk menyambung langkah-langkahnya di jalan ini.

Allahu Ya Rahman..
```````````````````````````````````````````````
syahadah dan al Haq.
tentang menjadi saksi dan tentang Wahyu yg datang dari Allah

bila kita sendiri yang kena kupas tentang itu, ia membuat kita lebih merefleksi sejauh mana telah kita berusaha melunaskan tanggungjawab kita sebagai saksi kepada islam. Adakah kita ini sudah menjadi persisten sebagaimana saksi-saksi yang lain berusaha keras menceritakan kebenaran yang mereka telah saksikan sehingga yang benar itu terbukti benar dan yang salah itu terbukti salah?

hakikatnya, lisanku, penaku, perbuatanku dan hidupku sehariannya masih belum cukup aku manfaatkan untuk membuat manusia semuanya tahu islamlah agama yang paling benar. kerana rupa-rupanya selama ini baru hanya satu atau dua langkah awal sahaja yang aku tapakkan..

kita seharusnya perkenalkan agama! bukan diri. tetapi banyaknya yang berlaku sekarang ini adalah manusia mengenal individu yang baik sahaja, bukan agamanya itu yang terbaik. semuanya kerana mulut kita ini masih membisu selepas berbuat baik. kita lupa untuk memperkenalkan islam yang mengajarkan kita akhlak baik itu kepada mereka.

kita bukan hanya mahu memperdengarkan tentang kehebatan islam! tapi kita mahu menzahirkan jantung dan segala organ islam. betapa banyaknya manusia sekarang yang hanya sekadar tahu kewujudan islam sebagai salah satu dari sekian banyak agama. tapi sayangnya, kebanyakan mereka belum tahu bahawa islamlah satu-satunya agama yang benar yang merupakan cahaya penyelamat dan penyuluh kepada kejayaan dunia dan akhirat.
justeru, jalankanlah fungsi kamu sebagai saksi kepada kebenaran ini!! terangkan kepada manusia supaya jelas yang haq itu haq dan yang batil itu batil.

astaghfirullah.. Allahummaghfirlana

~Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. [2:143]


No comments: