Hidayah obviously milik Allah. Maka, teguran yang sampai ke telinga kita tidak punya pengaruh apa-apa pada jiwa.
Anda setuju? ~_~
Meh sini, mari saya ceritakan.. kerana ia juga satu paradigma yang baru buat saya. Makanya, jom sama-sama kita pertimbangkan dan seterusnya anda beritahu saya pendapat anda.
------------------------------------------------
Hidayah milik Allah, maka harus kita fahami bahawa teguran dan perubahan adalah dua isu yang berbeza
seperti mana halnya dikejutkan kita dari tidur dan bangun atau tidaknya kita, juga merupakan dua hal yang berbeza. Eeerrk?
Kita sepatutnya kena sedar yang takda kaitan pun antara mekanisme seseorang yang menggerakkan rakannya dari tidur dengan mekanisme mahu atau tidak rakannya untuk bangun selepas dikejutkan. keberhasilan goncangan badan kita buat sahabat kita samada kuat atau lembut, proper atau dengan marah perlu kita fahami dengan konsep yang baru.. katanya, hal ini akan lebih menenangkan jiwa dan meggerakkan anggota..
Mereka terpisah! begitulah seharusnya kita memahami tabiat jalan ini. kerana selama ini kita hanya punya satu pandangan mengenai isu ini.. kita anggap, apabila gaya bahasa dan tubuh yang digunakan ke atas manusia adalah buruk dan kasar, maka kesannya rakan kita akan sukar untuk menerima dan mereka akan mogok tidur.. ?? hehe, ada ke? hmm, betol jea la statement ni kan.. sbb itulah sunnatullahnya..
saya juga pernah rasa begitu. saya terasa. terkilan, kenapa dia tidak mengejut saya dari tidur betul-betul. kenapa terus pergi begitu sahaja selepas panggil nama.. saya kan tengah mamai dan mengantuk.. at least cakap lah dah pukul berapa sekarang.. baru la saya alert untuk bangun.. tak gitu? hahahaha.. gelak besar saya bila ingat balik.. _sorry awak._
benar-benar saja situasi di atas.. tetapi awas! ia tidak bagi jiwa yang jelas apa yang dicarinya, apa yang dimahunya dan dahagakan bantuan rakan untuk mengejutkan mereka.. kalau dia memang takde hati nak bangun, memang tak yah la.. tak kisah la baik macam mana pun kejut mesti liat juga nak bangun. macam tue la juga.. bila kita jelas yang perhitungan dan mengikuti kehendak Allah lebih penting maka kita akan ikut apa yang Allah suka walau ia datang dalam bentuk yang kita tak sukai.. kita ikut dan buat sesuatu kerana ada nilai kebenarannya pada teguran itu.. uishh.. nampak senang kan, tp berat sebenarnya. sebab kita lebih senang untuk mengikut perasaan kita dari mengawal perasaan kita kan.
apabila ada yang memberi teguran kepada kita dengan kasar dan tidak berhikmah, sedarlah peringatan dan hidayah itu telah sampai kepada kita. isu ketidak profesionalisme-nya sahabat kita ini sehingga membuat kita sempat berfikir untuk tidak mahu mendengar tegurannya adalah isu yang berbeza. -itu adalah urusan DiA dengan Allah-
sedangkan kita juga ada -urusan KiTA dengan Allah- yang akan Allah persoalkan nantinya dihadapan kita di akhirat kelak. iaitu urusan kita berubah atau tidak selepas kebenaran itu menyapa. seru yang saban hari telah datang kepada kita dalam pelbagai bentuk yang kita tidak mahu terutamanya dan kita mahu. seru itu telah sampai! semuanya harus disandarkan kepada Allah, bukan kepada manusia hingga tidak lagi timbul isu kita tak nak berubah kerana manusia yang menjengkelkan itu.. betapa ruginya.
berubah atau tidaknya kita itu adalah urusan antara kita dan Allah.
manakala hitungan amal untuk rakan kita itu juga adalah urusan antara dia dan Allah.
tapi memanglah, seharusnya dai'e yang sensitif akan sentiasa memerhatikan sunnatullah dan arahan Allah dalam menyampaikan seruannnya.. tetapi again itulah dia namanya, bila kita katakan ia adalah urusan dia dengan Allah. jadi full stop disitu buat hati kita untuk mempersoalkan tindakan mereka yang sebegitu sehingga kita jadikan ia sebagai alasan dalam hati kita untuk menolak seruan bangun dari tidur. lalu kita mengeraskan badan dan mebekukan mulut dari menyahut seruan seolah-olah kita tidak mendengarkannya..
tapi full stop ini bukan full stop dari menegur mereka tentang kekurangan dan kesalahan mereka tau, kalau baik hati, sedarkanlah mereka, ok.
sekarang, nampak tak perbezaannya? jelas tak mekanisme apa yang ada?
in conclusion, berbeza antara orang yang baru dan yang lama. approach kita berbeza. masa mula-mula kita kenal dakwah dan tarbiyah.. kita akan sentiasa mengambil kira faktor luaran. tak salah yea, memang itulah kita. tapi bila kita telah lama bergelumang dengan dakwah dan tarbiyah.. kita akan jelas bahawa segalanya harus kita kembalikan kepada Allah.
atasi yang buruk. korek yang jernih.
Allahua'lam
No comments:
Post a Comment