Mar 16, 2012

janTung Hati ku yang makin berdenyut laju, menghidupkan

pendakian,
sedar tak sedar sudah berlalu beberapa ketika,
bermula saat pertama kali kamu memilih untuk melangkah keluar dari rumahmu,
tinggalkan segala keselesaanmu untuk mengenali jalan panjang tak menggiurkan dan penuh pertarungan,
hingga sekarang kamu telah berada semakin hampir dan menghampir,
langkahan kakimu rancak menuju ke medan.

kamu tahu tak,
semuanya kerana Dia..
kerana Dia yang memilihmu dan kamu..
mabrouk ya ukhti..

kamu dan kamu semakin membesar dan dewasa sesuai langkahan kakimu disepanjang pendakian ini,
hanya saja kita harapkan agar hati dan akal kita akan disuluhi taufiqNya sentiasa,
sementara dunia ini memang beginilah keadaannya,
ada gaung menanti,
namun sentiasa ada tempat dan peluang untuk kita berpegang.

semoga semakin rancak pendakian mu setelah checkpoint ini.
kamu dan kamu telah melepasi beberapa titik awal pendakian.
sedang di atas masih ada beribu-ribu ujian dan rahmat Nya.
maka, bertasbihlah, bertahmidlah, beristighfarlah.
dan semoga tsabat hingga kemuncaknya.

--------------------------------- ^_________^ -----------------------------------

No comments: