Mar 21, 2012

malam sunyi..

``````````````````````````````````````````````````````````

iman pasti membuahkan amal

yang mengalir berpanjangan, mengesankan dan seimbang..

lain dengan amal yang ditampal-tampal

nampak pincang, tersekat-sekat dan tidak harmoni..


merasa beriman tapi kurang beramal malah lebih bobrok..

kerana mana mungkin bila yang membasahi itu menyapa, kamu menjadi mandul..

mana mungkin begitu! kan?

justeru, itu mungkin tanda bahawa iman kamu sedang padam..


atau mungkin kamu sedang menipu dirimu sendiri,

yang sedang padam imannya..

kerana takut ditinggalkan di sana nanti..

maka kamu meyakinkan dirimu yang kamu memang bersama yang lain.


sedangkan kamu kalau tetap begitu..

tetap tidak berusaha menyalakan imanmu..

iman yang merupakan satu-satunya wasilah yang benar untuk menolak dirimu beramal..

maka, itulah puncanya yang akan menyebabkan kamu akan ditinggalkan..

kerana mereka makin tidak mampu untuk menanggung kerosakan yang kamu lakukan..

nau'zubillah..

``````````````````````````````````````````````````````````````````


 "Dan datanglah daru hujung kota, seorang laki-laki dengan berGegas dia berkata; Wahai kaumku! ikutilah utusan-utusan itu."

 Surah Yaasin 36:20

No comments: