Oct 29, 2010

kepada syurga yang dijanjikan

perjalanan yang baru
               dan perkongsian yang menjentik rasa

mereka sahabat-sahabat yang hebat. manakan tidak, Rasulullah SAW menyampaikan berita gembira bahawa mereka dijanjikan Allah, Al Ghaffar dengan pasti untuk berada di dalam syurga yang luasnya tidak pernah dapat kita bayangkan. nikmatnya yang tidak akan dapat kita bandingkan dengan kegembiraan-kegembiraan dunia kita.

10 sahabat yang dijanjikan syurga secara marathon...
perkongsian dari dan dengan mereka.. membuat hati ini berbuah dan berbunga serta berfikir..

Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidah bin Al Jarrah.

                :: they are all human being :: 
               (haha.. obviously they are)

but there is a fundamental meaning, behind having them (the sahabah) as a human being, instead of malaikat. here, it is merely my opinion.

......................................

Al-Insan. yang sering lupa. but it is a bliss.
kerana Allah, He is ever forgiving, Allah memang akan sentiasa menepati asma ul husnaNya.

 bicara Ali ra ketika dia telah menjadi khalifah: 
Wahai Zubair, dengan nama Allah, tidakkah engkau ingat, ketika kita berada di suatu tempat lalu Rasulullah SAW lewat dan berkata kepadamu, " Wahai Zubair, tidakkah engkau suka kepada Ali?' Engkau menjawab, "Tidak ada alasan bagiku untuk tidak suka kepada sepupuku dan saudara seagama." Lalu Beliau SAW bersabda, " Wahai Zubair, demi Allah, kamu akan memeranginya, dan engkau berada di pihak yang zalim."

 bicara Zubair (may Allah be pleased with him) dalam bahang sebelum Perang Jamal:
'Yah, sekarang aku ingat. Kemarin aku lupa. Demi Allah aku tidak akan memerangimu.'

mereka manusia, seperti kita juga. cuma mereka telah pasti akan menjadi golongan syurga, dan kisah-kisah mereka ini, bagi saya satu bonus dari Allah buat kita.

Satu Teguran dan Pengajaran serta Pujukan halus dari Dia tentang mereka yang dijanjikan Syurga.

Dia memujuk kita supaya sentiasa kembali dan memohon ampun kepadaNya atas kealpaan kita. kerana tidak mustahil, mereka yang merasa berdosa itu bisa dikurniakan nikmat seperti syurga yang mereka telah peroleh? 

Dia mengajarkan kita supaya jangan tergesa-gesa, jangan menghukum. kerana boleh jadi orang yang kita palingkan muka darinya adalah jiran kita. hanya tetaplah berdoa, di Syurga bertemu hendaknya_insyaAllah.

Allah menegur kita melalui mereka, sang ahli syurga yang pernah tidak sehaluan namun hati mereka tidak pernah membenci satu sama lain. kerana tidak melampau kalau saya katakan bahawa mereka mungkin termasuk kelompok yang sentiasa berkasih sayang_di Syurga nantinya.    
 

akhir mereka sama, kepada syurga yang dijanjikan.
jangan pernah berhenti memandang insan lain hanya pada pandangan pertama. kerana kita tidak pernah tahu amalan apakah yang boleh menghantarkan kita ke syurga Allah bersama insan-insan hebat lainnya. jangan biar syaitan menjadi penunjuk jalanmu.

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan diatas dipan-dipan"  
(Al-Hijr: 47)

mereka memang ahli syurga. tapi ahli syurga bukannya insan yang pasti dan sentiasa bersih dan sunyi dari dosa. jom, sama-sama kita menambah iman sampai Allah mengurniakan taqwa, dan beramal dengan amalan yang boleh menghantarkan kita ke Syurga tertinggi. insyaAllah, kita juga berpeluang. Allahua'lam

Oct 26, 2010

Pasir Pantai yang Berombak

Perjalanan yang Baru.. 
                 dan desiran Air yang menYegarkan..

Rimas. Masih belum dapat merasakan kesegaran yang mereka bicarakan.. hinggakan bila datang masa ombak senyap dari mengganasi pantai. Dan suasana sunyi untuk beberapa saat.. cepat2 hati saya berebut menikmati sunyi itu. dan barulah indahnya terasa. ^^ pelik kan. bukankah nyanyian alam sepatutnya menenangkan hati. tapi kenapa ia tidak berlaku untuk hati saya ini, malam itu. atau, mungkinkah ini satu petanda buruk dari Allah, pemilik ketenangan..
astaghfirullah.. ampunkan hambaMu ini Allah.

Justeru, saya persoalkan iman saya. kerana tanpa saya sangka saya gagal bersatu dengan pantai.  tetapi tidak pula dengan hijaunya sawah padi, birunya langit tinggi, terangnya bulan purnama, dan warna-warninya bunga-bungaan yang sangat saya senangi saat berhadapan dengan mereka.

Justeru, saya paksa diri untuk membuang perasaan rimas tersebut jauh-jauh. saya yakin Allah bersama sebagai penolong saya.

Begitu juga ujian Allah. Dia datangkan ujian dalam bentuk yang berbeza-beza. walau kadang-kadang kita merasakan kita sudah kebal dengan ujian-ujian lain, tetapi bila tiba saat dimana Allah beri kita ujian yang jarang-jarang kita hadapi. maka, disaat itulah kelemahan kita terungkap. memaksa diri untuk bermujahadah dan membuang kebiasaan kita sebelumnya. walau pahit. bersangka baiklah terhadap Allah. mengharap perubahan dalam diri kita nantinya.

Pembersihan hati. Saya tidak mahu ketinggalan dalam merasai nikmat ketenangan yang Allah ciptakan pada kali itu. Lalu, saya mengorakkan langkah ditengah malam bersama mereka. berhadapankan ombak yang hati saya keras padanya semalam. dengan sapaan rancak bayu laut ke muka saya dan gemerlap cahaya bulan disebalik awan menerangi malam yang kelam. menemani saya berdiri dengan 1001 harapan. Alhamdulillah.

dan sekarang, saya rindukan deruan ombak pantai itu yang bisa memecah kelesuan malam-malam saya dengan maknanya tersendiri. sungguh, ia pengalaman saya dengan alam. dan sungguh, ia pengalaman yang indah buat saya. kerana ia berjaya mencabar saya buat merefleksi diri. Terima kasih Allah. I Love You.

:: la haula wala quwwata illa billah ::

Oct 12, 2010

She is Learning

Those who have known me for years or just in a few weeks back.. do have ideas on 'who is me', no matter in exact or just in brief.. and their impressions may varies in large range.

Allah, Beautiful He is..
He never failed to amazed me on many things.. and one of them is on the ability He made for the insan to learn and improve towards a better human being..

Appreciation..
Frankly, i am not good in appreciating things, the people and their love. I have little courage to express love and care. Ignorant and heartless you may say. Yet i know i should not be doing that..

Blogging..
Just by being a blogger for a few weeks back, enable me to reflect on one thing. A very meaningful one..
Allah, He instill in me a feeling. Regarding a line in the last post on hadith bukhari.. :.to gladden the heart of human beings.:

~Part yang tak tertahankan~
 i have new habit *huish* untill came a point where i say..what are you doing a'shira..(^^) haha.. (penyakit org baru buat blog kot eh)

~I learnt~
I got the lesson. After that, i read and try to leave comments for them if i could. As a mark of appreciation and to show that i am there besides them. Because that is what will makes them happy. Happiness can bring good change in people. Even it is just a small act. Such as comes to your mother who is cooking in the kitchen. I think its enough for her to have You by her side, without you have to offer a helping hand(espesially for the boys n the husband and for the girls who don't know how to cook ^^).

Ok, lets go back to the main topic.
I just wanna say that, in real life, Allah gives us so many type of friends and family members etc. All we have to do is appreciate them and approved their effort by just saying 'thank you'. And you may know a person who is heartless, too serious or stubborn. So, do not act the same. Because sometimes they are them due to zero qudwah(example) have came across them before.
.maybe. Who knows. ^^

InsyaAllah, it may be the point in their lives to learn from you on how to spread the love and care. above all, He is the one that educate me and you.

Allahua'lam.

p/s: sorry kepada semua yang mengenali diri dan telah merasai ketidak best-an saya. huhu 
:. There is always room for improvement right? .:

Oct 7, 2010

.the excellent five.


"What actions are most excellent? 
To gladden the heart of human beings, 
to feed the hungry, 
to help the afflicted, 
to lighten the sorrow of the sorrowful, 
and to remove the sufferings of the injured." 

(Bukhari)

Oct 2, 2010

dunia kIta

al-Ard.. 

Sewaktu tilawah bersama seorang sahabat selepas solat tarawikh ramadhan yang lalu,
seringkali saya ditegur kerana tajwid ketika menyebut al-Ard itu salah..
salah kerana seperti ada qalqalah dibelakangnya..
kerana hujung lidah sering terlepas dari gigi geraham ditepi.. huhu

 jzkk buat anda.. insyaAllah saya lebih berhati2.. ^^

Dunia

Indah sungguh dunia ni kan.. 
tapi indahnya dunia pada mata kita sangat subjektif kepada apa yang menjadi persepsi kita tentang dunia ini.. mentafsirkan dunia kita menurut kaca mata yang kita pakai..
kalau ada yang suka memakai sun-glasses tue.. 
dunia ini akan nampak sama jea la.. hitam kelabu dimana2..^^
 
hanya tinggal pilih kaca mata yang kita mahu.. x payah susah2 beli di kedai ^_^

Kemana kau ingin dunia membawamu

Huish.. lamunan saya terhenti tadi, bila fikirkan kemana arah tujuan saya..
bak kata stephen covey n diolah oleh ust Hasrizal.. 
~ begin with the end in mind.. 
              ---> syurga
                     ---> neraka
                                  ........................................... 
Dunialah tempat saya mula2 dapat melihat.. melihat dengan mata yang Allah ciptakan..
dan di tanah ini juga Allah kurniakan saya dengan hati, yang membuatkan saya mula berfikir, merasai dan tersedar hakikat diciptanya kIta.
di bumi inilah saya mula dapat mendengar.. dengan telinga titipan..
al Ard... inilah tempatnya.. tempat saya mula menjumpai n memahami erti hidup kIta..

tapi saya akui masih banyak lagi yang saya belum mengerti dan capai sebagai hambaNya.. 
 
bumi khas untuk pekerja

Sangat banyak lagi keperluan yang Allah sediakan di pejabat (universe) ini..
supaya kita dapat menjalankan tugas kita sebagai pekerja yang baik dalam syarikat (islam) yang kita bernaung dibawahnya.
kita memang akan mendapat gaji diakhirnya..
cuma yang lebih penting,
adakah kita sentiasa jujur dan menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang waktu di pejabat ini?
kerana insan diciptakan di dunia untuk diuji tahap iman dalam dadanya sebagai bukti cinta pada Rabb yang telah diikrar long before they are born n as a certificate to show whether we deserve the Jannah or not.


~ tidak perlu untuk kita terlalu memikirkan samada kita menang atau kalah dalam peperangan terhadap jahiliah.. kerana yang penting adalah usaha kita kerana Allah, dan umat islam mendapat tarbiyah dari peristiwa tersebut.. n tidak perlu juga kita menangisi keberadaan orang2 yang menutup diri dari islam dan mereka yang tidak mahu memahami islam.. kerana yang lebih penting adalah untuk Allah uji sejauh mana tggungjawab orang2 islam itu sendiri terhadap keberadaan mereka~ 
  
:: see, semua focus point Allah adalah pada insan2 yg bergelar muslim :: 
:: kIta adalah istimewa jika kIta menyedari ^.^ ::

 ~ Ghayah means tujuan akhir kIta ~