Dec 4, 2011

Berlari lumba-lumba

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, 
wa rahman wa ridhwan..

Muqaddimah
Muharram masih lagi pada fasa awal.. kalau tengok bulan, masih anak-anak lagi bentuknya. hoho.
kemuncaknya adalah setiap hari.. tapi yang lebih special adalah pada 10 Muharram. hari a'shiira.. eh. tersasul. hari a'syura. ^^ . a'shiira maksudnya lain.

Antum tahu kan, bulan haram adalah bulan yang sangat barakah. di siang dan malamnya kita sangat dilarang melakukan kezaliman terhadap diri kita. kita sangat dilarang melakukan maksiat. kebaikan yang dilakukan akan digandakan pahalanya manakala kejahatan yang kita lakukan juga cukup dahsyat juga balasannya.. nanti boleh rujuk entry sebelum ini.

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Leher panjang 
adat manusia.
suka berlumba-lumba. tak kira lah dalam mengejar kebaikan (alhamdulillah) malah yang lebih dahsyat lagi manusia ni selalu sangat nak mendahului kawan yang lain dalam hal keduniaan, sentiasa mahu yang paling terbaru, mengikuti nafsu dan sentiasa mahu yang teratas, mengikutkan ego. tetapi berkejar-kejaran ke arah kebaikan hanya dipandang sebelah mata. [peringatan: ini hanya berlaku pada orang yang punya penyakit hati dan berlumba-lumba bukan atas dasar keperluan] anda mungkin tidak. ^^

but hey, wait a second. takkanlah semuanya negative kan. heh. ok lah-ok lah.. lets talk only about great-great things. it has the positive side la kawan, all the mata' (keperluan dunia) yang Allah berikan itu.. will give you so many advantage once you use it accordingly, mengikut garis yang Allah mahukan. ^^ Allah pun memang cakap kan, Dia ciptakan utk kita besi (al-hadid), [pesanan: siapa yang pernah dengar hadith tentang besi akan lebih feel .hikhik. makanya siapa yang nak sharing tambahan sila roger-roger and out] untuk melihat siapa yang gunakannya untuk menolongNya dan rasul-rasulNya. ::57:25::

Badan utama
Remaja sekarang, ikhwah akhawat pun remaja juga.. berlumba-lumba beli gadget itu ini, tablet, android, notes, bb dan segala macam yang saya pun kurang arif. hoh. afwan diri. belum cukup ambil tahu lagi. Yang syioknya, kita boleh donload Quran. ^^. dai'e kan orang yang memilih untuk sentiasa menjaga ibadah, tilawah, amalan nawafil dll. makanya pastilah sangat seru (bahasa indo: = seronok) bila dapat tilawah dimana-mana sahaja kan. tak perlu bawa keluar quran kecil berzip mahupun diari kita tu. kini cukup bergaya menggenggamnya ditangan kanan dan kiri. ^^. Tilawah 1 juzu'/24j checked. insyaAllah. Daaan... yang paling-paling (kesalahan tatabahasa pulop) seeruuu sekali, kita dapat bonus lagi tu.. oleh kerana senyap-senyap. sebab orang tak tahu.. kita shhhh-shhhh membaca. dan tiada tanda AQ dibuka. ~_~
Dari Uqbah bin Amir r.a berkata, Rasulullah saw. bersabda 
"Orang yang membaca Al-Quran dengan suara keras adalah seumpama seorang yang memberikan sedekahnya secara terang-terangan dan seorang yang membacanya dengan suara perlahan adalah seumpama seorang yang memberikan sedekahnya secara sembunyi-sembunyi 
(Hr. Tirmidzi, Abu Daud, Nasai dan Hakim)
Antum tah tak fadhilat bersedekah secara sembunyi-sembunyi?? mereka dapat naungan daripada Allah.. huuuwahhh...

 “Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi dengan naungan-Nya, pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ
(diantaranya) …dan seorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya…” (HR Bukhari)

Pada surah ini pula.. 2:271, Allah berfirman:

Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu maka itu baik. dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu. dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan,

0wkeyh.. ini buat saya jealous.. huaaa.. hanya ada 2 kelompok manusia yang kita boleh jeles pada mereka. pertama is orang yang berilmu dan dia mengamalkannya dan kedua is orang yang punya harta dan dia gunakannya di jalan Allah.

After all, its all depends on certain condition. ada masanya yang membaca secara jahar itu lebih baik. untuk mengajarkan dan menggalakkan dan berkongsi pahalanya. dan adakalanya membaca secara perlahan itu lebih baik untuk mengelak riak dan mengganggu orang lain. sebab tue la its not a part of islamic teaching to switch on, out loud alunan AQ di masjid-masjid.

Allahua'lam.

No comments: