Nov 27, 2011

ceplok ditambah garam

Asalamua'laikum akhawat ikhwah.. nak share potongan artikel dari belog eramuslim..


“Semakin banyak peziarah yang berangkat ke Makkah, semakin meningkatlah fanatisme (Keislaman).” -Koran De Locomotief, 1877-

Seratusan tahun lalu sejak kalimat tersebut dimuat di Koran Hindia Belanda De Locomotief (terbit pertama kali di semarang 1845), umat Islam di Indonesia pernah merasakan bagaimana momentum haji begitu berpengaruh dalam diri pribadi. Ditakuti oleh musuh-musuhNya, tapi dicari-cari oleh perindu tuntunanNya. Tidak ada kisah jema’ah pulang haji menjadi pencuri. Tak ada pula mereka yang setiba dari Tanah Suci kemudian mendekam di bui karena kasus korupsi. Haji adalah momentum suci untuk membawa misi Islam ke dalam negeri.

~menarik tak.. terasa ingin cepat-cepat kembali kepada keadaan seperti ini..
tapi keinginan sahaja tidak cukup, kerana jalan ini panjang dan perlukan orang yang mampu menggerakkannya..

rindu saat itu..
saat itu islam merupakan nadi kehidupan manusia yang punya nama muslim..  
rindu,
suatu masa dulu..
seperti islam yang semula dan sebaiknya.

Nov 22, 2011

Kemuliaan akhlaq

Oleh: Dr. Hamdi Fattouh Waly

Sejarah mengesahkan fakta yang diketahui muda dan tua, guru dan pelajar, iaitu negara terbesar di dunia Islam dan yang paling ramai penduduk telah memeluk agama Islam tanpa sebarang peperangan dan pertempuran, bahkan tanpa mereka lihat seorang pun daripada sahabat Rasulullah saw yang memegang panji-panji penaklukan di jalan Allah.

Anda boleh merujuk kepada buku-buku sejarah untuk mengetahui bagaimana Islam masuk ke Asia, Indonesia, Malaysia, Tanah Melayu dan Filipina, Singapura, China dan lain-lain dari negara ini; untuk melihat fakta yang jelas. Terbukti bahawa sebab bagi kemasukan negara-negara ini dalam Islam adalah dengan ‘senjata’ yang menakjubkan, iaitu melalui akhlak yang baik, layanan yang baik, dan kemampuan luar biasa untuk menzahirkan Islam melalui tingkah laku yang diamalkan, akhlak yang diterapkan dan keyakinan yang mendalam dan kepercayaan kepada Tuhan.

Senjata yang halus, lembut, dan indah inilah yang digunakan oleh Rasulullah saw dalam menggerakkan dakwahnya kepada orang-orang Arab di Mekah, sebagai mempraktikkan friman Allah SWT (bermaksud):

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” (Al-A’raf: 199)

Dan Allah mengajar cara untuknya bekerja dan jalan untuk sampai kepada hati manusia dengan firman-Nya (bermaksud):

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."  (Yusuf: 108),

Allah turut memuji baginda dengan keistimewaan yang diberikan kepadanya dan kemuliaan akhlak yang ada padanya. Firman Allah SWT bermaksud):

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”  (al-Qalam: 4),

Allah SWT turut mengajar kita bahawa cara yang paling mudah untuk sampai ke lubuk hati manusia adalah melalui lemah lembut, akhlak yang baik, memaafkan, memohon keampunan, merendah diri kepada manusia dan membuang sifat ego. Inilah yang kita fahami daripada firman Allah SWT (bermaksud):

Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.  (Ali-Imran: 159).

Allah SWT turut menyebut secara khusus dengan perintahNya supaya merendah diri kepada manusia dalam ayat (bermaksud):

“dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin.”  (Al-Hijr: 88),

Dan diulangi di dalam ayat (bermaksud):

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.” (As-Syu`ara’: 215).

Allah tidak memuji kehinaan dan kelemahan dalam setengah keadaan melainkan ketika seorang saudara berdakwah untuk saudaranya dan beliau berurusan dengannya dalam ayat yang menggambarkan akhlak orang yang beriman: 

“Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir.” (Al-Maidah: 54)

Dan menggambarkan mereka dalam ayat lain dengan kasih sayang antara satu sama lain:

“Dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).” (Al-Fath: 29).

Allah SWT telah menunjukkan kepada kita cara yang paling baik dan berkesan untuk sampai ke lubuk hati manusia melalui firman-Nya (bermaksud):

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!". Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.  (Fussilat: 33-35).

Rasulullah saw turut menunjukkan kita satu senjata yang optima untuk membuka minda dan mendekati jiwa dengan mengatakan (bermaksud):

"Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim)

Para pendakwah adalah orang yang hidup bersama Allah yang mengalir di dalam jiwanya makna-makna belas kasihan, kemesraan dan kasih sayang, iaitu mereka sentiasa bimbangkan kesudahan yang buruk kepada manusia dengan memberikan kasih saying dan belas kasihan terhadap manusia. Inilah akhlak Rasulullah saw: 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”  (At-Taubah: 128).

Contoh-contoh yang menunjukkan kebaikan akhlak Rasulullah saw dengan musuh-musuhnya dan kesan daripada akhlak ini di dalam membuka hati semasa dakwahnya terlalu banyak sehingga sukar dihitung. 

Disedut dari blog ustaz Suhaimi

Nov 21, 2011

Seketul darah yang punya rasa

Dalam sunyi itu ku mengetahui
masih banyak kekurangan
dalam keyakinan itu

Panggilan atas panggilan
Perjalanan pulang
Masa yang kesuntukan
Penjaga yang menanti
Helaian yang kosong
Lampu yang menyala-nyala
Catatan yang disegerakan
Tenaga yang kehabisan

Ku datang dengan beberapa tujuan
tapi ku pulang membawa seribu kemanisan

tsabatkanlah YA Allah
Sabarkanlah YA Rabbi
Bantukanlah YA Rahim.

kerana terlalu 
masih banyak
tarbiyah

Nov 19, 2011

Kita terlalu dekat dengan jurang Al-Hawa

Seorang lelaki, seorang lagi dengan sifat keperempuanannya.
seorang dengan cara ini, seorang lagi sangat yakin cara itu
seorang tough, seorang lagi ujian hebatnya berbeza
seorang kasar, seorang lagi halus hatinya
seorang manja, seorang lagi dewasa
seorang slow, seorang lagi laju
seorang banyak bicara, seorang lagi pendam
seorang pembersih, seorang lagi ala-ala kadar
seorang terburu-buru, seorang lagi matang
seorang independent, seorang lagi tak boleh sendiri
seorang pandang singkat, seorang lagi pandangnya jauh
seorang senang naik angin, seorang lagi mudah sangat makan dalam

Dalam banyak keadaan, ia tidak menimbulkan masalah pun. Kerana seharusnya ia akan sentiasa berjaya menampung kekurangan satu dengan yang lain. Sebab kalau antum sedar, masalah hanya akan timbul apabila dalam hati itu robek imannya. Sehingga walau yang terkoyak itu hanya sedikit, tetap akan ianya menyebabkan ciri orang-orang yang beriman pada dirinya itu berkurang.  Terhakis iman sehingga tiada sifat ar-Rahman dan lemah lembut kepada mukmin. Itulah yang terzahir saat hati itu bocor dari isian iman.
Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa diantara kamu yang murtad  dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.      (5:54)

Mereka yang berlainan sifat ini ibarat magnet yang berlainan kutub.. akan tetap cool dan tarik menarik mengikat satu sama lain serta saling mentsabatkan.. semuanya hanya kerana mereka mengangkat tangan kepada Tuhan yang sama, berdiri menghadap Rabb yang sama dan bersujud meminta kepada Allah yang sama. Maka Allahlah yang akan menyatukan hati mereka. Sentiasa. Menimbulkan cinta setelah mereka mencintai Allah. Kemudian setelah itu mereka saling Melengkapkan untuk bersama mewujudkan alam penuh barakah dan rahmah pula. Kecualilah dalam pada masa yang sama, orang-orang yang punya tuhan yang sama ini masih menjadikan al-Hawa sebagai pertimbangannya dan lorong laluannya. Maka selama itu pula orang-orang ini sedang melalui lorong salah yang menyesatkan sehinggalah dia berusaha mengikuti al-Wahyu pula.

Namun alam yang barakah tidak juga bisa terlahir tanpa hubungan dan harakah yang barakah. Kemanakah hilangnya barakah? yaitu Hubungan yang terputus dari sumber Rabbani, Harakah yang tidak mengikut sunnatullah, yang berjamaie hanya dengan insan yang sebulu, yang tidak mengangkat syuro dan yang mengikut al-HawA.. harakah oleh insan-insan yang tidak mampu merendahkan diri dan menyamatarafkan yang terbaik dan yang terperosok dalam pandangan manusia dalam kelompoknya dan yang tidak mampu menolak menolak ego. Adakah kita juga mahu menjadi seperti kebanyakan orang yang hanya menunggu ketetapan Allah, ketetapan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu, kerana masa itu jika kita menunggunya sangat mampu bertahan untuk datang bertemu kita.

Jom kambuskan jurang al-Hawa dengan tanah.
Tidak dikatakan beriman seseorang diantara kalian sehingga dia mencintai kepada saudaranya sebagaimana apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri

Nov 5, 2011

kapankah indah muka bumi seperti petala langit?


Animal knows and recognized the words of Allah, Al-Kareem..
They submit to the will of 0ne God, The Creator.. for sure!

But, for them to cooperate with human 
it also needs the submission of the human's heart to Allah The All-knowing.
they will cooperate and allow themselves to be slaughter, 
only if we utter all those Words to them faithfully.

Bismillah, In the name of Allah.. 
Allahuakbar, Allah The Almighty.. 



````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
 on the other side, I want to convey the message that
what all these animals need is an islamic surrounding!
A tiger will not harm a human if everyone has a muslim attitude.
nor will an elephant dare to step on a man if we practice Allah's Law.
i beg you, to ponder upon those statement.

Please do not underestimate Allah's Power.
During the time of the prophet.. He can speak to the animal.
and during the time of the sahabah.. they never afraid to leave their cattle side by side to the fox.
All of these animals are muslim.. the water, the air, the trees.. all of them. 
even the wildest one.

the Human and them can live peacefully without harm.
only if We the humankind practicing the true islam.
The heaven and the earth and everything beween them submit to the WILL of Allah.
it is only Human that have soo many from their descent
who do not become muslim (read:submit)  in their heart and actions..

it is solely the mistakes of the human generation  
because they break the sunnatullah.
T .T

harvesting the forest
with greed

contaminating the water
and pretend to be so called innocent

conducting 'mercy' killing
with cruelty

arrogant in conduct

 hunting animals fot their fur
and be hidden by the need of fashion  

having false prejudice of Allah 
in all times.

huhhh.
belumkah tibanya masa bagi orang-orang beriman 
untuk tunduk dan patuh, 
belum tibakah masanya,
untuk mengingati Allah dengan khusyuk?

Nov 3, 2011

Bekalan nasi iman dan berlaukkan amal

 
*********************************************************
adik: akak, saya rasa bosan la.
akak: bosan tu hanya akan dirasa oleh orang yang tidak bekerja dik. 
 adik: T.T
*******************************************************
kawan A: ukhti, saya rasa malas la
kawan B : hmm, mungkin anti asyik fikir pasal diri sendiri kot? jom sama2 check balik, atau mungkin anti tak bekerja kot? Sampai ada masa lapang yang banyak sampai mampu memberi ruang kepada syaitan untuk memasukkan fikiran-fikiran negatif dan cita-cita yang rendah dalam diri anti.
kawan A: T.T
*******************************************************
sahabat Y : awak, saya rasa saya dah penat la.
sahabat Z: awak.. mungkin awak belum cukup yakin kot terhadap Allah.. teruslah bekerja.. Dia hanya nak uji awak jea.
sahabat Y: T.T
********************************************************
tetapi, jangan lupa.. dalam semua keadaan, amal perlu diseganding-selarikan dengan bekalan ruuh dan iman. tidak boleh sama sekali kita compang-campingkan salah satu dari amal@kerja dan bekalan.
adakah solat kita sesuai dalam waktunya, adakah hati kita semakin khusyuk, adakah solat kita juga diawal waktu.. adakah malam hidup buat kita? adakah.. adakah dan adakah... jom terus muhasabah.