Jan 18, 2011

Reflection

Keciciran di tengah perjalanan adalah kerana permulaan yang tidak baik

Ya Allah.. kata-kata ini membuatkan saya terhenti..
bukan berhenti dari bekerja, tetapi berhenti dan merefleksi niat hati saya..
merenung hikmah bila tiba-tiba datang ujian yang tak disangka-sangka dalam jalan ni, walau ada jea logiknya ia boleh berlaku.. tapi Alhamdulillah saya sangat bersyukur.. ia buat saya kembali ingat dan berusaha supaya sentiasa membersihkan hati dan perjalanan saya  ini.. supaya bermula kerana Allah, menjadikan usaha ditengahnya bersama Allah dan akhirnya menuju kepada Allah..

Pernah satu hari saya mendengar satu kata-kata tentang seorang pak cik..
yang sanggup berjalan jauh untuk bertemu insan yang beliau kagumi dalam tarbiyah ini.. dan pengajaran yang dia perolehi dari pengembaraannya adalah kita perlu nekad dalam melakukan apa yang kita hajatkan dalam tarbiyah ini dan keduanya adalah ~madrasatul hayah katanya.. mungkin sangat banyak tarbiyah yang Allah berikan pada beliau sepanjang perjalanan beliau itu.. yea la.. kita tak kan dapat apa-apa kalau kita hanya duduk di rumah jea kan.. atau jika kita tidak bergaul kan.. sebab takde nilai yang akan bertambah dalam diri kita.

memang..
saya akui hidup ini adalah guru yang sentiasa mengajar.. hidup yang Allah hadiahkan sebagai pendidik.. tinggal hati jea samada kita bukakan untuk dia belajar atau tidak.. 

Allah berikan keadaan jiwa yang kekurangan zat, supaya kita belajar dari situ dan sedar kepentingan bekalan ruhi dan berusaha isikan dengan iman kerana tanpanya tiada keberkatan dalam hidup dan kerja kita.. Allah hadirkan insan-insan yang bertentangan, supaya kita belajar berinteraksi, membuang ego dan bekerjasama, bukan untuk kita berselisih kerana hati yang Allah nilai.. Allah hadirkan rasa sayang dan perasaan ingin berkongsi iman yang sama tapi mereka menolak, semuanya semata-mata supaya kita belajar mengenali manusia dan selok-belok hati mereka.. supaya akhirnya kita lebih halus dalam kerja-kerja kita..

banyak.. banyak sangat.. banyak lagi pelajaran yang Allah nak bagi.. saya sangat suka kata-kata ni..
~just try an error~

baru sedikit yang Allah ajarkan saya.. baru sedikit larian saya dalam marathon ni.. dan tak banyak juga saya bergaul dan bergelumang dengan insan-insan yang telah jauh perjalanan dalam tarbiyah ini.. jadi, masih banyak yang saya belum belajar dari mereka.. malu lah sikit, jangan la cepat sangat lemah.. Rasulullah dulu lagi banyak dugaan dalam dakwah Baginda..Baginda tak pernah berhenti.. ingat, yang paling penting.. Allah selalu ada..

saya nak tangisan saya hanya untuk Dia.. usaha saya hanya kerana Dia.. perubahan saya hanya untuk mencari redhaNya.. kekuatan saya hanya demiNya.. tak lemah dek dunia.. tak berhenti kerana kedukaan.. tak lalai oleh kesenangan..

No comments: