Ya Rabb..
Ya Ghafar..
Engkau menginginkan hambaMu berjalan dimuka bumi tanpa dosa..
Justeru Kau hadiahkan kami dengan ujian yang tidak kami senangi..
dalam penuh kasih sayang..
supaya dengan itu hati kami dapat Engkau bersihkan..
supaya dengan ujian itu kami bisa kembali mengingatiMu setelah lama terleka..
supaya dengannya kami dapat kembali belajar untuk sabar keranaMu..
kerana dengan hati seperti itu,
ia senang disentuh dengan cintaMu.
tapi..
hamba-hambaMu ini begitu senang dan mudah berbuat dosa...
perlahan-lahan kami ulangi dosa kelmarin yang Kau telah padamkan..
atau malah lebih hina,
kerana kami juga mungkin turut mencipta dosa yang baru.
Ya Rabb..
Engkaulah Tuhan yang menciptakan.
Ya Malik..
Engkaulah Raja yang berkuasa
tempat satu-satunya untuk kami benaung dan merayu..
tiada yang lain yang lebih berkuasa dari Engkau..
justeru, jadikanlah kami hambaMu yang menghalalkan apa yang telah Engkau halalkan buat kami..
dan mengharamkan apa yang telah Engkau haramkan buat kami..
dan tiada ragu-ragu.
serta jauhi dan lindungi kami..
seperti selalunya..
dari bisikan syaitan yang sentiasa mengintai-ngintai kami.