"... dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi dan cukuplah Allah sebagai Penolong." An-Nisa,4:45
Mar 18, 2014
IstighFar
Taubat, istighfar setelah selesai melakukan amal..
itulah yang Allah ajarkan kita dalam Surah An-Nasr
'Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Engkau akan melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Deen Allah.. Maka segeralah bertasbih memuji nama Allah yang menciptakanmu, bersyukur padaNya dan beristighfarlah.. sesungguhnya Tuhanmu Maha menerima Taubat.'
contoh yang paling mudah adalah setiap kali selepas solat.. kita pasti beristighfar.. ia menjadi suatu yang datang dari hati kita secara fitrah bukan? sedangkan kita sebenarnya baru saja selesai melakukan suatu amal soleh.. kenapa ya?
Dengan lafaz istighfar "Astaghfirullah hal A'zim" tersebut sebenarnya hati kita sedang sangat mengharap supaya Allah menerima amal kita tadi.. dan supaya Allah mengampunkan kelalaian kita sepanjang melakukan solat. dan supaya Allah menerima amal kita sebagai suatu yang Allah redhoi dan sukai untuk kita bawa sebagai bekal di akhirat.. satu pengharapan dalam kesedaran akan lemahnya dan dhoifnya usaha kita mencapai khusyuk.. tapi kita tetap berharap yang terbaik dari Allah. kita tetap berharap Allah menerima amal kita. suatu lafaz yang mana kita mengakui akan besarnya pertolongan Allah memudahkan kita untuk berdiri solat dan merasai nikmat kemanisan bersolat walau dalam kondisi kita masih belum all out di luar solat untuk setiap masa mengingati Allah dan terbawa-bawa akhlaq itu sampai ke dalam solat sekalipun. tapi subhanAllah. Allah memudahkan kita untuk merasai kepentingan solat dan menjadikan kita berusaha memperbaiki dan menjaga solat kita.. Allahu..
kalau keperluan beristighfar apabila kita melakukan jahiliah, dosa dan maksiat, tidak perlu dipertikaikan lagi.. sepatutnya telah menjadi kesensitifan dalam hati kita untuk sentiasa bertaubat dari dosa-dosa ini, berusaha meninggalkannya dan benci utk melakukannya setelah Allah menyelamatkan kita, seperti kita benci dicampakkan ke dalam api..
tapi dalam surah ini Allah menekankan penyucian jiwa yang berterusan.. tetap sucikan jiwamu setiap selesai melakukan amal.. boleh jadi kita merasa Allah memudahkan kita melakukan tarbiyah kerana kepandaian kita dan lupa yang ianya adalah kurniaan Allah. boleh jadi kita merasa pertolongan Allah dalam menjadikan amal yang susah dan mustahil kepada lancar, rezeki yang sempit untuk turun ke program kepada lapang dengan bantuan yang tak disangka, masa yang sempit berbanding kerja yang banyak kepada dipermudahkan kerja.. adalah kerana kita layak untuk dapat.. astaghfirullah..
inilah.. inilah antara contohnya.. tidak! ia bukan kerana kita layak.. tapi kerana Allah memang sangat hebat kasih sayangNya,, sangat luas pemberianNya, KurnianNya dan RahmatNya.. kita senang sangat mempunyai perasaan-perasaan seperti ini.. merasa ego selepas selesai melakukan amal kebaikan.
tapi kita lihat bagaimana Rasulullah SAW memasuki kota Mekah saat Fath Makkah.. Allah menyuruh baginda SAW masuk membuka kota Mekah dengan rendah hati.. bukan kita yang berkuasa menjadikan semua ini.. tapi Allah lah yang punya kuasa!
# there is no such time in even an explicit seconds without Allah does not wanting to hear our PRAY and does not waiting from us to nurture our eeman and LOVE towards Him.. Allah, is The one Who SUSTAINs everything in this world. Always WaItIng and WaNtIng you to come back. He has named you as the legal inheritant of His Wealth in this dunya & akhirah, and The Jannah. only if you submit. #PRAY and tell Allah our hope and dua' about our dunya & akhirat, for the MH370, for the best of every person that involved in the FMFA and for our Toriquna Li Tamkin.. insyaAllah, kita dalam fasa kedua perjalanan Nabi Yusuf as.. kerana Allah menjanjikan suatu zaman seperti pemerintahan khulafa Ar Rasyidin (pemimpim yang memimpin dengan berdasarkan petunjuk/al-wahyu) akan naik sekali lagi seperti yang Allah kehendaki.. Allahua'lam#
Mar 10, 2014
Statik
Saya bukanlah orang yang qowiy sgt tarbiyahnya.. saya bermula dgn lambat dan lama.. pernah dlm satu program usar, ukhti fillah membeli barang yang menggambarkn karakter saya.. saya dpt gula2 aiskrim gambar kura-kura.. heee.. thumps up.. dia memang lenal saya. Heee..
Statik..
Perasaan sahaja atau kenyataan?
Saya memilih memandang ia sebagai satu perasaan yang positif.
Kerana kenyataannya Allah sgt byk memberikan nikmat .
Allah tidak memberikan dalam bentuk yang magic dan di luar pemikiran kita.. tapi Allah memberi secara perlahan dan bila kita susah payah berusaha menjaga kemurnian niat kita.
Walaupun saya bukan seorang yang tip top leadership skill dlm mengendalikan usar.. tapi Allah tetap bagi saya kenikmatan berupa pergantungan kpd Allah dlm memimpin usar walau dgn debaran hati dan risau akan kemampuan diri memberikn yg terbaik kpd mutarobbi(orang yg dlm proses tarbiyah) (tarbiyah= proses membawa kita dekat dgn Allah dan membina manusia rabbani).
Bukan tiada mutarobbi yang mengeluh berasa tepu dgn liqo online. Malah da juga yang 'menjerit' hatinya mahu memberitahu yang kami makin lemau di bawah binaan akak.. huuaa. Sobsob
Allahu..
Astaghfirullah..
It is a proses a'shira
Fasbir sobran jameela.
Statik..
Perasaan sahaja atau kenyataan?
Saya memilih memandang ia sebagai satu perasaan yang positif.
Kerana kenyataannya Allah sgt byk memberikan nikmat .
Allah tidak memberikan dalam bentuk yang magic dan di luar pemikiran kita.. tapi Allah memberi secara perlahan dan bila kita susah payah berusaha menjaga kemurnian niat kita.
Walaupun saya bukan seorang yang tip top leadership skill dlm mengendalikan usar.. tapi Allah tetap bagi saya kenikmatan berupa pergantungan kpd Allah dlm memimpin usar walau dgn debaran hati dan risau akan kemampuan diri memberikn yg terbaik kpd mutarobbi(orang yg dlm proses tarbiyah) (tarbiyah= proses membawa kita dekat dgn Allah dan membina manusia rabbani).
Bukan tiada mutarobbi yang mengeluh berasa tepu dgn liqo online. Malah da juga yang 'menjerit' hatinya mahu memberitahu yang kami makin lemau di bawah binaan akak.. huuaa. Sobsob
Allahu..
Astaghfirullah..
It is a proses a'shira
Fasbir sobran jameela.
Subscribe to:
Posts (Atom)