Aug 4, 2011

inilah masanya

Ramadhan .kareem.

Menjadi titik tolak kepada banyak perubahan kearah kemuliaan dunia dan akhirat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sungguh, hanya insan yang Allah pilih sahaja yang dapat mengenal Tanda-tandaNya

Sungguh, hanya orang yang Allah izinkan sahaja yang boleh mengambil pelajaranNya

.beruntunglah kamu.
.kerana kamu yang dipilihNya dari sekian banyak.


katakanlah. 'jika Allah menghendaki, nescaya aku tidak membacakannya kepadamu dan Allah tidak (pula) memberitahukannya kepadamu.' Aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya (sebelum turun Al-Quran). Apakah kamu tidak mengerti?  
10:16

```````````````````````````````````````````````````````````

Allah, jadikanlah aku orang yang beriman. 
lagi dan lagi.

sehingga apa yang ada di langit dan dibumi sentiasa bisa menjadi tanda keMaha EsaanMu. 
setiap kali aku memandangnya.

dan jadikanlah aku tetap beroleh manfaat dari peringatan-peringatan pembawa risalahMu. 
setiap kali aku mendengarnya.
.hanya apabila hati ini Kau izinkan untuk diresapi keimanan.


 katakanlah, 'perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!' tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman.  10:101
`````````````````````````````````````````````````````````````
Sarana kearah hidayah ada di sekelilingmu.
tinggal buka hatimu.
kemudian bertasbihlah dan beristighfarlah.

No comments: