Assalamu’alaikum wrt wbt..
kaifa halukum... entry ni sebenarnya ditulis hampir sebulan yang lalu.. ^^ tapi tak terpost2.. hari ni 4/6 barulah terasa nak post dengan menggunakan tarikh ianya ditulis. sekadar omelan random sehabis meeting. fuiihh...
-------------------------------------------------
Ikhwah wa akhawatifillah..
Fenomena mencairnya dakwah dan tarbiyah dari satu generasi ke satu generasi. Ana tak tahu fenomena ini sama ke di semua tempat, tapi inilah realiti yang berlaku di sesetengah lokaliti.
Kita rasa adik-adik yang kita bentuk belum betul-betul tersibghah dengan dakwah dan tarbiyah walau telah bertahun-tahun dibentuk melalui sekian banyak wasilah tarbiyah kita. Kita rasa mereka masih belum mendarah dagingkan dakwah dan tarbiyah ini.. Kita persoalkan mereka apabila mereka tiada tadhiyyah, bila mereka rasa cuti mereka adalah cuti peribadi bukan untuk dakwah, kita terasa bila mereka tidak melakukan isti’zan sebelum membuat sesuatu perkara, kita pening nak menyelesaikan masalah ukhuwwah mereka yang berkelanjutan, kita ajaib kenapa yang sesame ikhwah dan yang sesame akhawat pun masih ada yang main fire kasar-kasar, tengking sana sini. Kita sempat salahkan mereka bila mereka menghilang kerana sibuk dengan urusan belajar itu dan kerja ini. Setiap kali masalah datang, setiap kali itu kita buat meeting.. dari awal sampai akhir kita bincang masalah mereka jea.. sebab kita sangat concern dan saayaanngg adik-adik kita.. sebab kita risau dengan tarbiyah mereka.. sweetkan ikhwah dan akhawat kita..
lalu kita buat program berhadafkan masalah mereka.. kita cakap itu dan ini,, kita minta mereka muhasabah.. kita minta mereka berlapang dada, kita minta mereka bekerja tanpa henti, kita minta mereka hadam adab-adab amal jamai’e, kita tegur tentang akhlak mereka, kita minta mereka perbaharui niat mereka..
tetapi..
jawab akak A kepada kakak B yang sedang mengadu: cuba awak tengok, para syuyukh dulu memulakan dakwah kepada pemula dakwah di satu-satu kawasan.. mereka turun dan mengalirkan kefahaman serta fikrah kepada para syabab. hasilnya yang sikit jadi mantap dan yang sikit jadi banyak. kenapa agaknya ya?
kakak B terpinga: errrrrrrm
akak A berkata lagi: mungkin kerana para syuyukh ini khalis niatnya semata-mata kerana Allah. maka Allah memberikan keBerkatan kepada usaha mereka.
-versi ana yang dipanjang lebarkan. hehe-
ya, sering terjadi.. di satu sudut lain, kita terkadang seperti lupa untuk memuhasabah diri kita. masalah kita dalam dakwah dan tarbiyah ini..sebenarnya kita lupa sesuatu..
bahawa yang mewarnakan air itu nila..
jika berkualiti nilanya, maka cantik jugalah biru air kita.
jika benar ikhlas niat kita, maka barakah la masa, tenaga, usia, harta dan jasad yang walau hanya sedikit kita curahkan untuk mereka. walau sedikit. jika adanya kejelasan niat dalam beramal.. maka insyaAllah usaha yang sedikit itu bakal membuahkan hasil yang banyak.
tapi.. ikhwah wa akhawat.. usaha hebat kita itu, ingat! ia tidak pernah merupakan sebab menjadi atau tidaknya binaan kita. kerana hidayah itu dari Allah, jadi atau tidak kerja Allah, ia bantuan Allah semata. bukan kerana hebatnya kita.. tapi ingat pula, usaha itulah yang Allah timbang untuk tahu berat ringannya pahala yang bakal kita perolehi. makin besar usaha, makin berat neraca. Maka, janganlah sedikit berbuat, kerana kita tidak tahu dimana letaknya keberkatan itu dalam usaha-usaha kita. dan kerana kita adalah orang yang tamakkan pahala. Allahu'alam
-----------------------------------------------------------
'attitude reflect leadership'
:selepas tengok satu cerita ni, ia buat ana terasa nak post entry yg dah berkurun ni: