Apa kabar? Dah gosok gigi? erk.
asiff jiddan la, kawan-kawan saya ramai yang dokter gigi.. dorang ni sangat la particular bab-bab penjagaan gigi ni.. gosok gigi kena berapa lama.. mouthwash lagi.. floss gigi lagi.. haha.. yang saya ni pula background family taklah educated sangat.. so takde la mak ayah saya ni bagi penerangan mantop-mantop sekali macam itu-macam ini bila malas nak jaga gigi.. penerangan yang simple-simple aje.. tapi saya faham dan mereka berjaya timbulkan dalam hati saya perasaan tak mahu gigi saya rongak, hitam dan berl0bang.. anda faham ke?
ni la salah satu yang kita lack dalam sistem pembelajaran kat sekolah. cikgu-cikgu hebat kita ni dah ajar boom bum-boom bum teori hebak-hebak kat depan tue.. tapi lupa pula inject feeling dulu dalam hati murid-murid sebelum mereka dapat kita harapkan mengamalkan ilmu yang kita tumpahkan dengan jayanya tadi...
tengok macam mak ayah tadi.. tak perlu cakap banyak-banyak.. tak perlu ilmu tinggi melangit.. cukuplah perkataan yang menusuk sampai ke jantung paling dalam dan contoh yang membekaskan RASA di hati..
~jom, ubah sistem kita mendidik! dalam keluarga, sekolah dan liqo-liqo kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapikan, susah juga yea nak istiqomah dengan ilmu yang kita dah dapat. susah nak jadikan amalan kita setiap hari sentiasa maintain mantop and bertambah baik.. sedar tak sedar, semuanya memang depends pada kekuatan hubungan kita dengan Allah. Kalau baik. maka Dia akan sentiasa memberi kita kekuatan yang bertambah dan kebaikan demi kebaikan.. selain itu, niat juga akan sentiasa dapat menimbulkan kesedaran yang menghalang kita daripada menjadikan amalan tersebut sebagai rutin dan tidak bernilai apa-apa.
Samalah macam ilmu tentang gosok gigi.. mungkin kita dah dapat kesedaran tentang kepentingan menggosok gigi itu pada pertama kali kita diajarkan.. kemudian kita berbuat dengan penuh gayanya.. namun, lama-kelamaan aktiviti gosok-gosok gigi itu jadi kebiasaan dah.. setiap kali sebelum solat gosok gigi, setiap kali mandi gosok gigi.. atau yang lebih teruk lagi adalah bila lama kelamaan, aktiviti gosok-gosok gigi ini makin kita tinggalkan. sebab feeling kita tue makin lama makin pudar. lepas bangun tidur tak gosok gigi, sebelum solat tak gosok gigi dan sebelumtidur pun malas gosok gigi.. huu, habislah..
^^.. hee.. itu point penting tue.. tapi apa yang saya nak cerita kat sini is about the fundamental steps untuk mendidik manusia menjadi lebih baik dan dapat melakukan perubahan. Tak kiralah untuk mengajar dia kepentingan gosok gigi ke, pemantapan dari segi pelajaran ke, dari segi kepimpinan ke, apatah lagi dalam beragama.. anda dah dapat list out-kan tak? jawapan dia dah ada dah dalam analogi gosok-gosok gigi tadi.. meh la saya buat tooth-extraction pada anda para individu yang ingin menjana perubahan sekeliling dan perubahan diri sendiri..
- menimbulkan KeSEdAraN dalam diri mereka dan menambah informasi
- islamiyah dan semuanya harus bertepatan dengan kehendak Allah
- wujudkan perasaan rendah hati supaya sentiasa boleh menerima pendapat orang yang menegur (sebagai bekal-sesuatu yang mesti ada- untuk berubah)
- membina kemampuan menghitung diri sendiri sehingga boleh mengakui kelemahan diri (keadaan ini yang akan menghantar kita kepada kesedaran dan perasaan rendah hati)
- menanamkan perasaan relakan diri dibentuk secara berterusan dan ditegur supaya niat kita sentiasa dapat diperbaiki dan diperbaharui dan tidak menjadi rutin (pembentukan mestilah melalui sistem yang tersusun dan berfokus kearah matlamat akhir)
- kita harus melihat masalah yang berlaku secara menyeluruh sehingga kita dapat mengenalpasti punca permasalahan dengan sebaiknya sebelum memberi masukan membina
******************************************************************************
anda tahu tak kisah hebat anak-anak Palestin dengan mukjizat agung umat islam?
apa itu mukjizat tersebut? well, Al-Quran lah.. KalamuLLah ini telah tertanam sebati dalam jiwa mereka. anak semuda 5 tahun sudah menghafaz satu al-Quran. anak-anak muda ini ada juga masa lepak-lepak.. tapi aktiviti mereka pada masa lapang ini hanya ada dua.. pertama adalah bergaduh (read: melatih fizikal) atau membaca al_quran dan menghafaznya.. anak-anak muda yang bisu juga berusaha membacakan (read: mengeluarkan suara) dengan susah payah semasa bertilawah.
saya pula.. untuk dapat bertilawah yang mantop setiap hari pun susah...
kalau dulu saya tak pernah kisah berapa page jea sehari yang saya dapat baca..
pernah juga lidah tak basah dengan tilawah, unless surah-surah dalam ma'thurat..
time tue tak rasa diri ni terok sangat pun.. rasa that i am still ok!
sedangkan minimum buat kita para manusia dai'e.. satu harinya harus tilawah 1juzu al Quran.. 20 page perhari tahu.. ^^ Alhamdulillah, satu hari tue Dia pm saya. dan saya tersedar.. kemudian, kisah anak-anak Gazza tersebut menambah lagi rasa itu dalam hati saya. terima kasih! ^_~jom, sama-sama peduli. jom, jadikan dalam hati kita bercahaya berpahatkan kalimah-kalimah Allah. jom mula membaca secara istiqomah setiap lepas solat. jom, betulkan niat. jom, mensyukuri nikmat hidayah ini, mukjizat ini, mulut ini dan suara ini. dan jom, relakan diri ditarbiyah.
~the key point of success in Tarbiyah is that the person that undergoes tarbiyah wanted to change..
No comments:
Post a Comment