Showing posts with label curahan hati. Show all posts
Showing posts with label curahan hati. Show all posts

May 21, 2013

Every Soul shall taste Death.. till we meet again in JannaH.. Aki

 ``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Bismillah..

-6.5.2013- 03:00 WIB

Emergency call from a friend
Ada kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga besar.
Ambulance datang ke hospital tempatku berkoas (clinical)..
sempat membantu satu dua mangsa..
suasana haru biru, dan diberitakan 4 mangsa meninggal.

Hari telah cerah. sengajaku menyusuli jenazah di kamar jenazah.
mangsa yang meninggal bertambah menjadi 5 orang.
ku lihat proses memandikan jenazah sedang dilaksanakan.
dan memang niatku mahu membantu si atok menyempurnakan jenazah para wanita

````````````````````````````````````````````````````````````````
:: 8.5.2013 :: 14:30 WIB

Allah..
Hanya kepada Engkau aku mengharap.
menggantungkan keinginanku..

Aku berdoa dengan penuh iman..
dan aku meyakini..
dengan pasti Ya Rabb..
akan janji-janjiMu.

bahwa ujian dan musibah yang Engkau timpakan ini akan Engkau gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.
jika kami bersabar.
gantikan ia Ya Allah..
dengan ganjaran yang paling aku inginkan dalam munajat-munajatku..

gantikan pertemuan yang tidak kesampaian ini
dengan pertemuan yang lebih baik di kampung Syurga Ya Allah.
dengan perhimpunan yang lebih baik dalam keluarga yang sama-sama beriman dari awal hingga akhir dunia
dengan cinta dan kasih sayang yang lebih baik antara hamba dan Rabbnya..

----------------------------------------------------

Allah, aku menjadi saksi Ya Allah..
bahwa sesungguhnya tulang empat kerat itu sungguh gagah berusaha buat keluarga,

Allah, aku menyaksikan Ya Allah..
bahwa saki-baki tenaganya yang tersisa ia gunakan buat menggugah bumi dengan benih-benih halus

Ya Allah aku mengingati dengan kuat Ya Allah..
akan penjagaannya dan kasih sayangnya tanpa kenal lelah.

hitunglah, satu persatu amalannya..
dan amalan-amalan zuriatnya yang ia tinggalkan sebagai soleh dan solehah.

Amin Ya Rabbal A'lamin..

sampai kita bertemu semula di Syurga..
you have gone through it..
and every other soul will taste death..

~munajatku sedu sedan dalam solat jenazah ku untukmu pada hari itu~

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Ukhti, pemergian dia buatkan saya mula merasakan urgensi ini..
Urgensi untuk melakukan dakwah dengan sungguh-sungguh..

kalau dulu saya cuma dengar Br. Shah Kirit cakap yang dia sgt marah kenapa orang islam biarkan ayah dia meninggal dalam keadaan belum Islam..

dan saya juga tahu bahwa nanti di akhirat akan ada hujah-hujah yang bakal datang mengatakan ketidak sungguhan kita bekerja mentarbiyah manusia dan mendakwahi manusia..

tapi kini saya sendiri merasakan bahwa saya belum sungguh-sungguh menyayangi dan berusaha membawa keluarga saya agar mereka sama-sama dapat  memberi peringatan kepada saya dan agar kami sentiasa dapat mengejar syurga bersama-sama. dan bukan saya seorang sahaja. seorang diri berjalan, layaknya seperti orang yang sombong.

ukhti, kita selalu leka.. akan tugas kita yang besar ini..
ukhti rasakan tak, kerja kita ini memindahkan manusia..
bermula dengan diri kita..

dari hampir ke jurang neraka kepada masuk ke dalam syurga.
dari islamnya atas nama kepada salim aqidahnya,  salim jiwanya
dari islamnya atas nama kepada sodiq imannya, sahih amalannya
dan bisa juga dari lain aqidahnya kepada tauhid pegangannya..

perpindahan ini adalah hijrah yang besar ukhti..
kerana kita sedang menyiapkan diri kita dan manusia dengan sebaik-baik bekal
kerana sebaik sahaja meninggalnya seorang manusia di bumi..
ia akan berpindah dari bumi yang lama ke 'bumi' yang baru, 'rumah' yang baru dan 'keluarga' yang baru.
berdasarkan bekal yang ia bawa. dan kita akan KEkaL di situ tanpa kita ketahui penutupnya.

Allahu'alam..

Jun 14, 2012

~buat yang ingin berubah tetapi allergic dengan teguran yang teettt..

Bismillah..

Hidayah obviously milik Allah. Maka, teguran yang sampai ke telinga kita tidak punya pengaruh apa-apa pada jiwa.

Anda setuju? ~_~

Meh sini, mari saya ceritakan.. kerana ia juga satu paradigma yang baru buat saya. Makanya, jom sama-sama kita pertimbangkan dan seterusnya anda beritahu saya pendapat anda.
------------------------------------------------

Hidayah milik Allah, maka harus kita fahami bahawa teguran dan perubahan adalah dua isu yang berbeza
seperti mana halnya dikejutkan kita dari tidur dan bangun atau tidaknya kita, juga merupakan dua hal yang berbeza. Eeerrk?

Kita sepatutnya kena sedar yang takda kaitan pun antara mekanisme seseorang yang menggerakkan rakannya dari tidur dengan mekanisme mahu atau tidak rakannya untuk bangun selepas dikejutkan. keberhasilan goncangan badan kita buat sahabat kita samada kuat atau lembut, proper atau dengan marah perlu kita fahami dengan konsep yang baru.. katanya, hal ini akan lebih menenangkan jiwa dan meggerakkan anggota..

Mereka terpisah! begitulah seharusnya kita memahami tabiat jalan ini. kerana selama ini kita hanya punya satu pandangan mengenai isu ini.. kita anggap, apabila gaya bahasa dan tubuh yang digunakan ke atas manusia adalah buruk dan kasar, maka kesannya rakan kita akan sukar untuk menerima dan mereka akan mogok tidur.. ?? hehe, ada ke? hmm, betol jea la statement ni kan.. sbb itulah sunnatullahnya..

saya juga pernah rasa begitu. saya terasa. terkilan, kenapa dia tidak mengejut saya dari tidur betul-betul. kenapa terus pergi begitu sahaja selepas panggil nama.. saya kan tengah mamai dan mengantuk.. at least cakap lah dah pukul berapa sekarang.. baru la saya alert untuk bangun.. tak gitu? hahahaha.. gelak besar saya bila ingat balik.. _sorry awak._

benar-benar saja situasi di atas.. tetapi awas! ia tidak bagi jiwa yang jelas apa yang dicarinya, apa yang dimahunya dan dahagakan bantuan rakan untuk mengejutkan mereka.. kalau dia memang takde hati nak bangun, memang tak yah la.. tak kisah la baik macam mana pun kejut mesti liat juga nak bangun. macam tue la juga.. bila kita jelas yang perhitungan dan mengikuti kehendak Allah lebih penting maka kita akan ikut apa yang Allah suka walau ia datang dalam bentuk yang kita tak sukai.. kita ikut dan buat sesuatu kerana ada nilai kebenarannya pada teguran itu.. uishh.. nampak senang kan, tp berat sebenarnya. sebab kita lebih senang untuk mengikut perasaan kita dari mengawal perasaan kita kan.

apabila ada yang memberi teguran kepada kita dengan kasar dan tidak berhikmah, sedarlah peringatan dan hidayah itu telah sampai kepada kita. isu ketidak profesionalisme-nya sahabat kita ini sehingga membuat kita sempat berfikir untuk tidak mahu mendengar tegurannya adalah isu yang berbeza. -itu adalah urusan DiA dengan Allah-

sedangkan kita juga ada -urusan KiTA dengan Allah- yang akan Allah persoalkan nantinya dihadapan kita di akhirat kelak. iaitu urusan kita berubah atau tidak selepas kebenaran itu menyapa. seru yang saban hari telah datang kepada kita dalam pelbagai bentuk yang kita tidak mahu terutamanya dan kita mahu. seru itu telah sampai! semuanya harus disandarkan kepada Allah, bukan kepada manusia hingga tidak lagi timbul isu kita tak nak berubah kerana manusia yang menjengkelkan itu.. betapa ruginya.

berubah atau tidaknya kita itu adalah urusan antara kita dan Allah.  
manakala hitungan amal untuk rakan kita itu juga adalah urusan antara dia dan Allah.

tapi memanglah, seharusnya dai'e yang sensitif akan sentiasa memerhatikan sunnatullah dan arahan Allah dalam menyampaikan seruannnya.. tetapi again itulah dia namanya, bila kita katakan ia adalah urusan dia dengan Allah. jadi full stop disitu buat hati kita untuk mempersoalkan tindakan mereka yang sebegitu sehingga kita jadikan ia sebagai alasan dalam hati kita untuk menolak seruan bangun dari tidur. lalu kita mengeraskan badan dan mebekukan mulut dari menyahut seruan seolah-olah kita tidak mendengarkannya..
tapi full stop ini bukan full stop dari menegur mereka tentang kekurangan dan kesalahan mereka tau, kalau baik hati, sedarkanlah mereka, ok.

sekarang, nampak tak perbezaannya? jelas tak mekanisme apa yang ada?

in conclusion, berbeza antara orang yang baru dan yang lama. approach kita berbeza. masa mula-mula kita kenal dakwah dan tarbiyah.. kita akan sentiasa mengambil kira faktor luaran. tak salah yea, memang itulah kita. tapi bila kita telah lama bergelumang dengan dakwah dan tarbiyah.. kita akan jelas bahawa segalanya harus kita kembalikan kepada Allah.

atasi yang buruk. korek yang jernih.

Allahua'lam

Jun 7, 2012

Mahu menjadi Keren? Pilih lah..

Bismillah...

bertanyalah.. kerana nanti kamu akan mendapat hikmah disebaliknya..
seperti mana umar al khattab bertanya saat beliau mendengar seorang sahabat berdoa

“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit”.
Mendengar itu, Umar terkejut dan bertanya, “Kenapa engkau berdoa demikian?”
Sahabat itu menjawab, “Karena saya mendengar Allah berfirman, “Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”, makanya aku memohon agar aku termasuk yang sedikit tersebut.

pause ````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

bertanyalah,
walau kamu merasa takut.
bertanyalah,
walau sepertinya soalan itu menampakkan kelemahan dan celamu.
bertanyalah,
untuk meruntuhkan egomu untuk dinampak sempurna oleh manusia.
bertanyalah,
jika itu dapat menghakis seganmu yang tak bertempat itu.
bertanyalah,
kerana dari situ kamu beserta temanmu akan belajar..
bertanyalah,
kerana sungguh kebanyakan dari hikmah itu berserakan.
dan bertanyalah..
kerana ia banyak membantu memperbaiki masalah dan kekeliruan yang ada.

takut itu seketika
malu itu seketika
bicara manusia pasti  kan tersirna
rendah hati tercipta
egomu kan dibinasa
dan hikmah kan ada pada kita..

````````````````````````````````````````````````````````````````` start

kita mengejar untuk
menjadi keren pada pandangan Allah
dan bukan pada pandangan manusia.
heheh.

Mar 23, 2012

HaraKat kiTa yang Bagaimana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semoga Allah bersama

dari awal

di tengahnya

dan sampai ke akhirnya..

Ya Allah, bantulah kami supaya kami sentiasa mengingati-Mu 

dalam keadaan terang-terangan dan sembunyi-sembunyi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mar 21, 2012

malam sunyi..

``````````````````````````````````````````````````````````

iman pasti membuahkan amal

yang mengalir berpanjangan, mengesankan dan seimbang..

lain dengan amal yang ditampal-tampal

nampak pincang, tersekat-sekat dan tidak harmoni..


merasa beriman tapi kurang beramal malah lebih bobrok..

kerana mana mungkin bila yang membasahi itu menyapa, kamu menjadi mandul..

mana mungkin begitu! kan?

justeru, itu mungkin tanda bahawa iman kamu sedang padam..


atau mungkin kamu sedang menipu dirimu sendiri,

yang sedang padam imannya..

kerana takut ditinggalkan di sana nanti..

maka kamu meyakinkan dirimu yang kamu memang bersama yang lain.


sedangkan kamu kalau tetap begitu..

tetap tidak berusaha menyalakan imanmu..

iman yang merupakan satu-satunya wasilah yang benar untuk menolak dirimu beramal..

maka, itulah puncanya yang akan menyebabkan kamu akan ditinggalkan..

kerana mereka makin tidak mampu untuk menanggung kerosakan yang kamu lakukan..

nau'zubillah..

``````````````````````````````````````````````````````````````````


 "Dan datanglah daru hujung kota, seorang laki-laki dengan berGegas dia berkata; Wahai kaumku! ikutilah utusan-utusan itu."

 Surah Yaasin 36:20

Mar 16, 2012

janTung Hati ku yang makin berdenyut laju, menghidupkan

pendakian,
sedar tak sedar sudah berlalu beberapa ketika,
bermula saat pertama kali kamu memilih untuk melangkah keluar dari rumahmu,
tinggalkan segala keselesaanmu untuk mengenali jalan panjang tak menggiurkan dan penuh pertarungan,
hingga sekarang kamu telah berada semakin hampir dan menghampir,
langkahan kakimu rancak menuju ke medan.

kamu tahu tak,
semuanya kerana Dia..
kerana Dia yang memilihmu dan kamu..
mabrouk ya ukhti..

kamu dan kamu semakin membesar dan dewasa sesuai langkahan kakimu disepanjang pendakian ini,
hanya saja kita harapkan agar hati dan akal kita akan disuluhi taufiqNya sentiasa,
sementara dunia ini memang beginilah keadaannya,
ada gaung menanti,
namun sentiasa ada tempat dan peluang untuk kita berpegang.

semoga semakin rancak pendakian mu setelah checkpoint ini.
kamu dan kamu telah melepasi beberapa titik awal pendakian.
sedang di atas masih ada beribu-ribu ujian dan rahmat Nya.
maka, bertasbihlah, bertahmidlah, beristighfarlah.
dan semoga tsabat hingga kemuncaknya.

--------------------------------- ^_________^ -----------------------------------

Dec 7, 2011

Bukan semua jin syaitan dan bukan semua manusia manusia. erk.

Assalamua'laikum.. ^^

Syaitan musuh utama manusia..
ayat yang selalu kita cakap.. tapi betol ke kita dah feel benda ni? dulu saya pernah tanya seorang akhawat@sister.. soalan tue agak merisaukan orang yang mendengarnya.. saya pun fikir juga.. betul ke saya nak tanya ni.. takpelah.. saya kuatkan tekad untuk bertanya..

saya: akak, macam mana kalau kita tak da perasaan yang syaitan tu musuh utama kita?? eeerkk. akak faham ke? 
saya menagih simpati, menanti jawapan sebab masa tua memang saya kurang merasai perasaan tu. 
saya tak ingat full jawapan sister tu.. tapi kurang lebih maksud yang saya dapat tangkap.. 

akak: hmm, bahaya tue.. tak boleh macam ni.. awak kena rasa yang syaitan tu musuh awak. 
 
ringkas, tapi cukup buat saya pada masa tue. Alhamdulillah ada urge selepas itu untuk install that feeling. benarlah, dengan hanya sekadar bertanya walau tidak dapat berjela-jela cadangan penyelesaian pun akan membuatkan kita bertambah yakin dan ingin berubah. malu membuka kekurangan diri itu cuma sebentar sahaja. ia akan hilang.


Antum selalu tak dengar ni.. Syaitan akan lari dalam toilet atau bathroom bile time azan.. antum tahu tak kenapa? Well, mereka akan cari something yang busuk such as toilet and lubang-lubang dalam rumah untuk mengelak diri dari mendengar azan. bau busuk tersebut dapat tutup telinga mereka dari dengar bunyi azan.. wuuuhu.

Masyarakat jin ni pun ada kampung-kampung dan kawasan perumahan tahu.. tapi kebanyakan penghuni kawasan ni adalah jin yang muslim dan sedikit jea yang non-muslim. Manakala, syaitan dan jin yang kafir dan jahat kebanyakannya tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas, lubang-lubang (spt di sink), bilik air dll yg kotor.

Au'zubillah himinassyaitonirrojim..
Aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam.
jom sentiasa minta pertolongan kepada Allah. dengan menjadi hamba Allah yang mukhlisin. sentiasa berdoa. dan membaca doa. dan mengingat Allah dalam keadaan senyap dan tengah ramai.
bismillah.

Btw, ini ada video. video ni membuatkan saya exophtalmus.. haha.. dok lah.. just terbuka mata jea.. macam ni la yang berlaku bila kita tak baca doa.. takut pula bila lama-lama dalam toilet.. atau mungkin sebab ni la saya selalu mengelamun. syaitan kan yang paling bijak memanjang-manjangkan angan-angan.. heeee

  
jom, dengar juga sedikit ilmu tentang alam ghaib ini.. Allahua'lam tentang kebenarannya. saya tidak ambil ia 100%. sebab golongan jin muslim juga sama seperti golongan manusia muslim. ada banyak jenis dan ada banyak tingkat keimanan dan keyakinan mereka kepada ajaran islam. kalau yang baru masuk islam, maknaya banyak lagi la islam yang mereka harus belajar. makanya kemungkinan itu ada sahaja. sama seperti ada muslim yang menipu, tokok tambah dan sengaja menghangat2kan cerita mereka. semoga Allah bagi kita kekuatan untuk meninggalkan sifat-sifat munafiq ini.

here it is. tak perlu dengar habis pun. ada sangat banyak siri. huu.

Allahua'lam. sedikit sebanyak after dengar ni.. saya boleh cakap.. mintalah perlindungan dari Allah.
Syaitan musuh kita. dia yang menyebabkan ibu dan bapa kita keluar dari syurga.. trick-trick yang mereka gunakan sudah semakin licik.

Oct 28, 2011

urgensi Qudwah di jalan ular panjang..

Salam'alaik...

Hari ini saya nak perkenalkan anak kedua saya. weee~ ^^

I feel great. bila saya mengomel pada dia.. i just love it.. she seems to understand. but agak susah untuk pastikan keduanya terjaga dengan sempurna setiap masa.. and equally treated at all time. kerana hati pasti condong ke salah satu.. yang satu dah faham kita part yang ni.. and yang satu pula sangat memahami kita pada bahagian yang lain pula.. ~_~.. tapi kedua-duanya sama, saya sayang! Sebab tue la beberapa minggu lepas masa saya realize something was wrong dengan it's the light ni, saya jadi cuak.. saya tak boleh date dengan dia kalau saya pakai google chrome.. bayak kali cuba, tapi still tak dapat.. haish.. putus asa.. saya decide untuk make another one.. huhu.. tak perlu la chehrita panjang-panjang.. just read here..  wee~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda pernah dengar tenang bulan haram?

semalam-semalam, dalam bulan haram.. saya telah menzalimi diri saya.. sedangkan Allah turunkan suruhan kepada kita.. "maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu,..."

tahu tak macam mana menzalimi diri kita itu? well, kita menzalimi diri sendiri bila kita tidak melakukan kebaikan bila ada peluang untuk melakukannya dan kita melakukan kesalahan dengan alasan kita ada reason untuk melakukannya..~fuih.. berlipat ganda dosa saya.. T.T

Pada hari semalam-semalam itu.. saya kehilangan banyak peluang.. saya tidak menunjukkan qudwah hebat dalam jalan seperti ular yang panjang ini.. saya lepaskan marah saya.. tapi dari segi expression jea la.. and dengan apa yang saya simpan dalam hati.. sebab saya ada alasan! huh.. ego kan. tinggi betol ego ni.. ce la ranapkan sket ego tue.. 
instead of sabar.. dengan segala peringatan dan ganjaran yang saya dah dengar.. saya masih lupa untuk mengingatkan diri supaya sabar.. lupa untuk membalas dengan cepatnya keburukan yang didapat dengan kebaikan.. ala.. macam pokok mangga yang dibaling batu tue~ macam tue la orang sabar.. cepat-cepat maafkan, cepat-cepat telan perasaan dia bagi orang tak nampak, cepat-cepat solat minta tenangkan hati, cepat-cepat ucap alhamdulillah, cepat-cepat ingat dekat ALLAh.. beeestnyaaa... Allah! kuatkan saya... dah bertambah usia tarbiyah saya ni.. tapi apa nilai yang bertambah dalam diri ni.. please don't be mad at me.. T.T.. Allahumma astajibdo'ana~

kejap lagi kita bakal menjejakkan kaki dalam bulan Haram Zulhijjah pula.. Alhamdulillah Allah bagi saya info ni 26 Zulka'dah lalu.. walaupun dah terlepas 26hari untuk beramal dalam bulan haram.. but still, i still have a chance today! do you know what He has told us about this 4 months? ini saya suka nak kongsikan..

Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata, “Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.” (Tafsir ath Thabari)

 so here are the short list of things that we are ask to do during the month of Zulka'dah (take note:but zulkaedah yea), Zulhijjah, Muharram and Rajab:
  • tidak boleh berperang tetapi akan ada kaum musyrik yang sengaja menyucuk-nyucuk kita supaya melanggar larangan ini, maka jika berlaku peperangan dengan mereka, dan mereka mula menyerang, kita boleh mempertahankan diri
  • ditekankan supaya meninggalkan larangan
  • ditekankan supaya melakukan suruhan Allah
  • dilarang menzalimi diri sendiri yaitu dengan tidak melakukan kebaikan apabila mempunyai peluang melakukan kebaikan serta tetap berkeras melakukan kesalahan walaupun ada ruang untuk meninggalkannya.. (rujuk surah at-Taubah - 9:36)
Saya rasa sangat gembira bila tahu perkara ni.. yea la selama ni hanya tahu tentang kelebihan-kelebihan yang dahsyat yang Ramadhan ada.. kali ni saya tahu tentang bulan-bulan lain yang boleh menjadi platform buat kita mengekalkan momentum dahsyat kita dalam bulan Ramadhan itu.. untuk mewujudkan rasa kebersamaan dengan Allah.. untuk mengejar TAqwa.. kita harus menjiwai Ruuh bulan Haram melebihi kaum Quraisy yang sangat menghormati bulan haram ini.. mereka sanggup menahan tangan dari membunuh musuh-musuh mereka apabila masuknya bulan haram ini.. saya cerita pada ibu saya tentang bulan haram ini.. dia pun baru tahu.. dan saya jadi bertambah excited untuk bercerita pada dia.. anda pun sampai-sampaikanlah kehebatan bulan ini.. Allah pilih special buat kita untuk beramal.. ^^

*************************************************************************

kemudian, pada petang yang sama.. sampai moment suweeet bangat.. Allah tegur saya... betapa penuh kasih dan sayangnya Allah pada kita.. Dia sentiasa memberi kita ruang untuk belajar dan belajar dan improve.. saya baca belog ustazah yang saya hormati dan kagumi.. and it happened that she shared a great hadith..


Daripada Abi Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya malaikat (pencatat amal) sebelah kiri mengangkat qalamnya selama enam jam tidak mencatat dosa seorang muslim yang melakukan kesalahan atau kejahatan. Sekiranya dalam tempoh itu dia menyesal dan beristighfar, dosa itu dicampakkannya (tidak dicatat). Jika tidak, maka dia akan catat satu dosa sahaja!”
Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqiy

saya.. cepat-cepat mengira dengan jari.. eh, dah berapa jam ni yea lepas saya rasa marah tadi... T.T
Alhamdulillah.. wa syukurillah..

***********************************************************************

Uhibbukum fillah..

and today.. kak cik wardina safiyyah sahre this yang touched my heart..
urgensi Qudwah di jalan panjang ini bermula dengan fikiran kita..
build positive thinking k my dear..
jom berprasangka baik!
within yourself it starts.
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.

Oct 22, 2011

terPaksa ke, suka? check balik

Al-Quran 'memaksa' kita untuk bercakap. amacam, antum setuju tak? ^^. Tapi Ia tidak menjadikan kita terpaksa untuk bercakap, kerana Ia terlebih dahulu menimbulkan cinta dalam diri kita padanya. Pada setiap bait kata Allah yang ada dalamnya.

Lalu Ia menjadikan kita bercakap tanpa rasa terpaksa, tapi dengan penuh ke-eager-an untuk berkongsi kata-kata belaian, amaran, suruhan, larangan dan segala inci syariat yang ada.. ~sweet kan..

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Saya tak pandai barcakap. Anda faham ke? Maksud saya, bukanlah saya ni tak boleh langsung sebut even satu dua suku kata. Tapi saya yang dulu sangat tak pandai untuk menyampaikan kata-kata hikmah penuh isi dengan orang lain. heh, sekarang pun tak pernah penuh berisi pun.. weee ~ Pasti saya jadi beku, kaku, malu, tersipu-sipu dan membatu.. haha.. Sekarang pun masih tak jauh banyak bezanya, cuma adalah sedikit progression walau tak banyak. Walau confidence itu kadang ada kadang tidak. Kadang-kadang terhenti lama sampai ada yang ingat: eh, dah ke? hahaha. (^^) asif jiddan, consume masanya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau bukan kerana tarbiyah, saya mungkin tidak berubah..
kerana tarbiyah 'mengajar' saya untuk bercakap..  ia membuat saya faham kenapa saya perlu mengeluarkan kata-kata. Qudwah sendirian tidak cukup untuk memberi faham. Agama kita adalah agama hujah dan dialog. (huhu, pinjam tagline U. Asri) Dan kerana masih banyak kalimah Al-Haq yang belum tertegak dan tersampaikan kepada segenap manusia. berat pada mulanya.. tapi disebabkan ia mengubah dengan kasih sayang, ia jadi mudah.. betol tau. tarbiyah tak pernah jahat.. ala, ikhwah-akhawat mesti faham punya.. kan.

Kata-kata murobbi yang terngiang-ngiang sampai sekarang.. and ia dapat award best quote of the day tau by my sister.. hihi.
~syafakillah my dear~

:: kerana tarbiyah mengubah sesuatu yang tidak mampu itu menjadi mampu ::

Pentarbiyahan ini bermula dari bulatan kecil-kecil.. yang gembira dan penuh muzik cinta.
membawa perubahan yang perlahan-lahan tapi insyaAllah impaknya sangat besar!
percayalah! awak pun boleh.. ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ukhti, saya came across this ayah.. and i want to share with you..

﴿يَـأَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْكَـفِرِينَ ﴾ ﴿قُلْ يَـأَهْلَ الْكِتَـبِ لَسْتُمْ عَلَى شَىْءٍ حَتَّى تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْكُمْ مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيراً مِّنْهُمْ مَّآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَـناً وَكُفْراً فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَـفِرِينَ - إِنَّ الَّذِينَ ءامَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّـبِئُونَ وَالنَّصَـرَى مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وعَمِلَ صَـلِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ﴾


Ini, saya ambil terjemahan dalam 2 bahasa.. (5:67-69)

(67. O Messenger! Convey what has been sent down to you from your Lord. And if you do not, then you have not conveyed His Message. Allah will protect you from mankind. Verily, Allah guides not the people who disbelieve.)
(68. Say: "O People of the Scripture! You have nothing till you act according to the Tawrah, the Injil, and what has (now) been sent down to you from your Lord (the Qur'an).'' Verily, the revelation that has come to you from your Lord makes many of them increase in rebellion and disbelief. So do not grieve for the people who disbelieve.)
(69. Surely, those who believe, and those who are the Jews and the Sabians and the Christians, whosoever believed in Allah and the Last Day, and worked righteousness, on them shall be no fear, nor shall they grieve.)
      ~~~~~~~~~~~~~~~    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[67] Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
[68]Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

[69]Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

KEMUDIAN, buat kita.. pesan Rasulullah SAW..

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً


Sampaikanlah DARIKU (yakni dari Råsulullåh shållallåhu ‘alayhi wa sallam) walau hanya satu ayat 1
    [HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]

 ~~~~~~~~~~~Allahu'alam~~~~~~~~~~~~~ 
Jom beramal.