Oct 31, 2011

wangikah mulut?

Salam'alaik..

Apa kabar? Dah gosok gigi? erk.
asiff jiddan la, kawan-kawan saya ramai yang dokter gigi.. dorang ni sangat la particular bab-bab penjagaan gigi ni.. gosok gigi kena berapa lama.. mouthwash lagi.. floss gigi lagi.. haha.. yang saya ni pula background family taklah educated sangat.. so takde la mak ayah saya ni bagi penerangan mantop-mantop sekali macam itu-macam ini bila malas nak jaga gigi.. penerangan yang simple-simple aje.. tapi saya faham dan mereka berjaya timbulkan dalam hati saya perasaan tak mahu gigi saya rongak, hitam dan berl0bang.. anda faham ke?

ni la salah satu yang kita lack dalam sistem pembelajaran kat sekolah. cikgu-cikgu hebat kita ni dah ajar boom bum-boom bum teori hebak-hebak kat depan tue.. tapi lupa pula inject feeling dulu dalam hati murid-murid sebelum mereka dapat kita harapkan mengamalkan ilmu yang kita tumpahkan dengan jayanya tadi...

tengok macam mak ayah tadi.. tak perlu cakap banyak-banyak.. tak perlu ilmu tinggi melangit.. cukuplah perkataan yang menusuk sampai ke jantung paling dalam dan contoh yang membekaskan RASA di hati..

~jom, ubah sistem kita mendidik! dalam keluarga, sekolah dan liqo-liqo kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapikan, susah juga yea nak istiqomah dengan ilmu yang kita dah dapat. susah nak jadikan amalan kita setiap hari sentiasa maintain mantop and bertambah baik.. sedar tak sedar, semuanya memang depends pada kekuatan hubungan kita dengan Allah. Kalau baik. maka Dia akan sentiasa memberi kita kekuatan yang bertambah dan kebaikan demi kebaikan.. selain itu, niat juga akan sentiasa dapat menimbulkan kesedaran yang menghalang kita daripada menjadikan amalan tersebut sebagai rutin dan tidak bernilai apa-apa. 

Samalah macam ilmu tentang gosok gigi.. mungkin kita dah dapat kesedaran tentang kepentingan menggosok gigi itu pada pertama kali kita diajarkan.. kemudian kita berbuat dengan penuh gayanya.. namun, lama-kelamaan aktiviti gosok-gosok gigi itu jadi kebiasaan dah.. setiap kali sebelum solat gosok gigi, setiap kali mandi gosok gigi.. atau yang lebih teruk lagi adalah bila lama kelamaan, aktiviti gosok-gosok gigi ini makin kita tinggalkan. sebab feeling kita tue makin lama makin pudar. lepas bangun tidur tak gosok gigi, sebelum solat tak gosok gigi dan sebelumtidur pun malas gosok gigi.. huu, habislah..

^^.. hee.. itu point penting tue.. tapi apa yang saya nak cerita kat sini is about the fundamental steps untuk mendidik manusia menjadi lebih baik dan dapat melakukan perubahan. Tak kiralah untuk mengajar dia kepentingan gosok gigi ke, pemantapan dari segi pelajaran ke, dari segi kepimpinan ke, apatah lagi dalam beragama.. anda dah dapat list out-kan tak? jawapan dia dah ada dah dalam analogi gosok-gosok gigi tadi.. meh la saya buat tooth-extraction pada anda para individu yang ingin menjana perubahan sekeliling dan perubahan diri sendiri..

  • menimbulkan KeSEdAraN dalam diri mereka dan menambah informasi
  • islamiyah dan semuanya harus bertepatan dengan kehendak Allah
  • wujudkan perasaan rendah hati supaya sentiasa boleh menerima pendapat orang yang menegur (sebagai bekal-sesuatu yang mesti ada- untuk berubah)
  • membina kemampuan menghitung diri sendiri sehingga boleh mengakui kelemahan diri (keadaan ini yang akan menghantar kita kepada kesedaran dan perasaan rendah hati)
  • menanamkan perasaan relakan diri dibentuk secara berterusan dan ditegur supaya niat kita sentiasa dapat diperbaiki dan diperbaharui dan tidak menjadi rutin (pembentukan mestilah melalui sistem yang tersusun dan berfokus kearah matlamat akhir)
  • kita harus melihat masalah yang berlaku secara menyeluruh sehingga kita dapat mengenalpasti punca permasalahan dengan sebaiknya sebelum memberi masukan membina
and m0st of all, kena la ada insan-insan (read:support system) yang ikhlas membimbing sehingga berlakulah perubahan.

******************************************************************************

anda tahu tak kisah hebat anak-anak Palestin dengan mukjizat agung umat islam?
apa itu mukjizat tersebut? well, Al-Quran lah.. KalamuLLah ini telah tertanam sebati dalam jiwa mereka. anak semuda 5 tahun sudah menghafaz satu al-Quran. anak-anak muda ini ada juga masa lepak-lepak.. tapi aktiviti mereka pada masa lapang ini hanya ada dua.. pertama adalah bergaduh (read: melatih fizikal) atau membaca al_quran dan menghafaznya.. anak-anak muda yang bisu juga berusaha membacakan (read: mengeluarkan suara) dengan susah payah semasa bertilawah.

saya pula.. untuk dapat bertilawah yang mantop setiap hari pun susah...
kalau dulu saya tak pernah kisah berapa page jea sehari yang saya dapat baca..
pernah juga lidah tak basah dengan tilawah, unless surah-surah dalam ma'thurat..
time tue tak rasa diri ni terok sangat pun.. rasa that i am still ok!
sedangkan minimum buat kita para manusia dai'e.. satu harinya harus tilawah 1juzu al Quran.. 20 page perhari tahu.. ^^ Alhamdulillah, satu hari tue Dia pm saya. dan saya tersedar.. kemudian, kisah anak-anak Gazza tersebut menambah lagi rasa itu dalam hati saya. terima kasih! ^_~

jom, sama-sama peduli. jom, jadikan dalam hati kita bercahaya berpahatkan kalimah-kalimah Allah. jom mula membaca secara istiqomah setiap lepas solat. jom, betulkan niat. jom, mensyukuri nikmat hidayah ini, mukjizat ini, mulut ini dan suara ini. dan jom, relakan diri ditarbiyah.

~the key point of success in Tarbiyah is that the person that undergoes tarbiyah wanted to change..

Oct 28, 2011

urgensi Qudwah di jalan ular panjang..

Salam'alaik...

Hari ini saya nak perkenalkan anak kedua saya. weee~ ^^

I feel great. bila saya mengomel pada dia.. i just love it.. she seems to understand. but agak susah untuk pastikan keduanya terjaga dengan sempurna setiap masa.. and equally treated at all time. kerana hati pasti condong ke salah satu.. yang satu dah faham kita part yang ni.. and yang satu pula sangat memahami kita pada bahagian yang lain pula.. ~_~.. tapi kedua-duanya sama, saya sayang! Sebab tue la beberapa minggu lepas masa saya realize something was wrong dengan it's the light ni, saya jadi cuak.. saya tak boleh date dengan dia kalau saya pakai google chrome.. bayak kali cuba, tapi still tak dapat.. haish.. putus asa.. saya decide untuk make another one.. huhu.. tak perlu la chehrita panjang-panjang.. just read here..  wee~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda pernah dengar tenang bulan haram?

semalam-semalam, dalam bulan haram.. saya telah menzalimi diri saya.. sedangkan Allah turunkan suruhan kepada kita.. "maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu,..."

tahu tak macam mana menzalimi diri kita itu? well, kita menzalimi diri sendiri bila kita tidak melakukan kebaikan bila ada peluang untuk melakukannya dan kita melakukan kesalahan dengan alasan kita ada reason untuk melakukannya..~fuih.. berlipat ganda dosa saya.. T.T

Pada hari semalam-semalam itu.. saya kehilangan banyak peluang.. saya tidak menunjukkan qudwah hebat dalam jalan seperti ular yang panjang ini.. saya lepaskan marah saya.. tapi dari segi expression jea la.. and dengan apa yang saya simpan dalam hati.. sebab saya ada alasan! huh.. ego kan. tinggi betol ego ni.. ce la ranapkan sket ego tue.. 
instead of sabar.. dengan segala peringatan dan ganjaran yang saya dah dengar.. saya masih lupa untuk mengingatkan diri supaya sabar.. lupa untuk membalas dengan cepatnya keburukan yang didapat dengan kebaikan.. ala.. macam pokok mangga yang dibaling batu tue~ macam tue la orang sabar.. cepat-cepat maafkan, cepat-cepat telan perasaan dia bagi orang tak nampak, cepat-cepat solat minta tenangkan hati, cepat-cepat ucap alhamdulillah, cepat-cepat ingat dekat ALLAh.. beeestnyaaa... Allah! kuatkan saya... dah bertambah usia tarbiyah saya ni.. tapi apa nilai yang bertambah dalam diri ni.. please don't be mad at me.. T.T.. Allahumma astajibdo'ana~

kejap lagi kita bakal menjejakkan kaki dalam bulan Haram Zulhijjah pula.. Alhamdulillah Allah bagi saya info ni 26 Zulka'dah lalu.. walaupun dah terlepas 26hari untuk beramal dalam bulan haram.. but still, i still have a chance today! do you know what He has told us about this 4 months? ini saya suka nak kongsikan..

Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata, “Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.” (Tafsir ath Thabari)

 so here are the short list of things that we are ask to do during the month of Zulka'dah (take note:but zulkaedah yea), Zulhijjah, Muharram and Rajab:
  • tidak boleh berperang tetapi akan ada kaum musyrik yang sengaja menyucuk-nyucuk kita supaya melanggar larangan ini, maka jika berlaku peperangan dengan mereka, dan mereka mula menyerang, kita boleh mempertahankan diri
  • ditekankan supaya meninggalkan larangan
  • ditekankan supaya melakukan suruhan Allah
  • dilarang menzalimi diri sendiri yaitu dengan tidak melakukan kebaikan apabila mempunyai peluang melakukan kebaikan serta tetap berkeras melakukan kesalahan walaupun ada ruang untuk meninggalkannya.. (rujuk surah at-Taubah - 9:36)
Saya rasa sangat gembira bila tahu perkara ni.. yea la selama ni hanya tahu tentang kelebihan-kelebihan yang dahsyat yang Ramadhan ada.. kali ni saya tahu tentang bulan-bulan lain yang boleh menjadi platform buat kita mengekalkan momentum dahsyat kita dalam bulan Ramadhan itu.. untuk mewujudkan rasa kebersamaan dengan Allah.. untuk mengejar TAqwa.. kita harus menjiwai Ruuh bulan Haram melebihi kaum Quraisy yang sangat menghormati bulan haram ini.. mereka sanggup menahan tangan dari membunuh musuh-musuh mereka apabila masuknya bulan haram ini.. saya cerita pada ibu saya tentang bulan haram ini.. dia pun baru tahu.. dan saya jadi bertambah excited untuk bercerita pada dia.. anda pun sampai-sampaikanlah kehebatan bulan ini.. Allah pilih special buat kita untuk beramal.. ^^

*************************************************************************

kemudian, pada petang yang sama.. sampai moment suweeet bangat.. Allah tegur saya... betapa penuh kasih dan sayangnya Allah pada kita.. Dia sentiasa memberi kita ruang untuk belajar dan belajar dan improve.. saya baca belog ustazah yang saya hormati dan kagumi.. and it happened that she shared a great hadith..


Daripada Abi Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya malaikat (pencatat amal) sebelah kiri mengangkat qalamnya selama enam jam tidak mencatat dosa seorang muslim yang melakukan kesalahan atau kejahatan. Sekiranya dalam tempoh itu dia menyesal dan beristighfar, dosa itu dicampakkannya (tidak dicatat). Jika tidak, maka dia akan catat satu dosa sahaja!”
Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqiy

saya.. cepat-cepat mengira dengan jari.. eh, dah berapa jam ni yea lepas saya rasa marah tadi... T.T
Alhamdulillah.. wa syukurillah..

***********************************************************************

Uhibbukum fillah..

and today.. kak cik wardina safiyyah sahre this yang touched my heart..
urgensi Qudwah di jalan panjang ini bermula dengan fikiran kita..
build positive thinking k my dear..
jom berprasangka baik!
within yourself it starts.
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.

Oct 22, 2011

terPaksa ke, suka? check balik

Al-Quran 'memaksa' kita untuk bercakap. amacam, antum setuju tak? ^^. Tapi Ia tidak menjadikan kita terpaksa untuk bercakap, kerana Ia terlebih dahulu menimbulkan cinta dalam diri kita padanya. Pada setiap bait kata Allah yang ada dalamnya.

Lalu Ia menjadikan kita bercakap tanpa rasa terpaksa, tapi dengan penuh ke-eager-an untuk berkongsi kata-kata belaian, amaran, suruhan, larangan dan segala inci syariat yang ada.. ~sweet kan..

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Saya tak pandai barcakap. Anda faham ke? Maksud saya, bukanlah saya ni tak boleh langsung sebut even satu dua suku kata. Tapi saya yang dulu sangat tak pandai untuk menyampaikan kata-kata hikmah penuh isi dengan orang lain. heh, sekarang pun tak pernah penuh berisi pun.. weee ~ Pasti saya jadi beku, kaku, malu, tersipu-sipu dan membatu.. haha.. Sekarang pun masih tak jauh banyak bezanya, cuma adalah sedikit progression walau tak banyak. Walau confidence itu kadang ada kadang tidak. Kadang-kadang terhenti lama sampai ada yang ingat: eh, dah ke? hahaha. (^^) asif jiddan, consume masanya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau bukan kerana tarbiyah, saya mungkin tidak berubah..
kerana tarbiyah 'mengajar' saya untuk bercakap..  ia membuat saya faham kenapa saya perlu mengeluarkan kata-kata. Qudwah sendirian tidak cukup untuk memberi faham. Agama kita adalah agama hujah dan dialog. (huhu, pinjam tagline U. Asri) Dan kerana masih banyak kalimah Al-Haq yang belum tertegak dan tersampaikan kepada segenap manusia. berat pada mulanya.. tapi disebabkan ia mengubah dengan kasih sayang, ia jadi mudah.. betol tau. tarbiyah tak pernah jahat.. ala, ikhwah-akhawat mesti faham punya.. kan.

Kata-kata murobbi yang terngiang-ngiang sampai sekarang.. and ia dapat award best quote of the day tau by my sister.. hihi.
~syafakillah my dear~

:: kerana tarbiyah mengubah sesuatu yang tidak mampu itu menjadi mampu ::

Pentarbiyahan ini bermula dari bulatan kecil-kecil.. yang gembira dan penuh muzik cinta.
membawa perubahan yang perlahan-lahan tapi insyaAllah impaknya sangat besar!
percayalah! awak pun boleh.. ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ukhti, saya came across this ayah.. and i want to share with you..

﴿يَـأَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْكَـفِرِينَ ﴾ ﴿قُلْ يَـأَهْلَ الْكِتَـبِ لَسْتُمْ عَلَى شَىْءٍ حَتَّى تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْكُمْ مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيراً مِّنْهُمْ مَّآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَـناً وَكُفْراً فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَـفِرِينَ - إِنَّ الَّذِينَ ءامَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّـبِئُونَ وَالنَّصَـرَى مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وعَمِلَ صَـلِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ﴾


Ini, saya ambil terjemahan dalam 2 bahasa.. (5:67-69)

(67. O Messenger! Convey what has been sent down to you from your Lord. And if you do not, then you have not conveyed His Message. Allah will protect you from mankind. Verily, Allah guides not the people who disbelieve.)
(68. Say: "O People of the Scripture! You have nothing till you act according to the Tawrah, the Injil, and what has (now) been sent down to you from your Lord (the Qur'an).'' Verily, the revelation that has come to you from your Lord makes many of them increase in rebellion and disbelief. So do not grieve for the people who disbelieve.)
(69. Surely, those who believe, and those who are the Jews and the Sabians and the Christians, whosoever believed in Allah and the Last Day, and worked righteousness, on them shall be no fear, nor shall they grieve.)
      ~~~~~~~~~~~~~~~    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[67] Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
[68]Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

[69]Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

KEMUDIAN, buat kita.. pesan Rasulullah SAW..

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً


Sampaikanlah DARIKU (yakni dari Råsulullåh shållallåhu ‘alayhi wa sallam) walau hanya satu ayat 1
    [HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]

 ~~~~~~~~~~~Allahu'alam~~~~~~~~~~~~~ 
Jom beramal.

Oct 18, 2011

buat buah jantung hatiku-

Salam'alaik my dearest adiks..

~akak ada video khas, hadiah buat kalian berdua.. (^^)V
::jangan feeling lebih2 tau.. hehe::




 `````````````````````````````````````````````````
Adiks, i want you to know that akak loves you with all my heart.. 

nothing worth to say other than Thank You Allah..
for sending down this two little girls that has taught me many things.
they help me grow up in this tarbiyah, and i want to do the same in return..

O Allah, instilled between us a great feeling of love because of you.. that may lasts till Jannah.

````````````````````````````````````````````````````
May He gives us opportunity more and more,
to always improve.
to educate each other.
loving each other day by day.
and tumbuh membesar like the small seed.. insyaAllah

- remind and show me the right when i forget. like you said, kita kan manusia. =)

jazakillahu khoiran katseera for the time and love both of you share with akak. ^^
and forgive me if i ever impair the love and trust you've given.

my dearest: A N Z and D E N A .weee.

Oct 16, 2011

Tarbiyah memperkasa ekonomi

Assalamu'alaikum.. (^^)V

Hari ini sangat banyak benda yang berlaku dan yang saya dapat belajar..
Thank You Allah.. Alhamdulillah.. wa syukurillah

Saya juga berkesempatan berbincang lagi tentang riba tapi this time dengan adik2 kesayangan.. terima kasih share dengan akaks.. ^^

Baru tadi saya tahu bahawa menjauhi riba termasuk dalam sekian banyak pecahan yang perlu kita ada utk memenuhi muwasofat tarbiyah kita yang ke-6.. weeee...
~ sape tahu muwasofat tarbiyah tu apa? sila angkat jari.. ^^V hehe..
tak pe lah, saya bagi bocoran  k...

muwasofat tarbiyah adalah ciri-ciri yang kita cuba lahirkan dari proses tarbiyah/didikan islamiyah supaya akhir sekali kita dapat jadi seorang muslim yang all rounded dan seperti yang dikehendaki oleh Allah.. insyaAllah..


10 muwasofat tarbiyah:

      1. Salimul A'qidah - akidah yang sejahtera
      2. Shohihul ibadah - ibadah yang sahih
      3. Matinul Khuluq - akhlaq yang mantap
      4. Mutsaqqoful Fikr - pengetahuan yang luas
      5. Qawiyul Jism - tubuh badan yang sihat
      6. Qodirun A'la kasbi - mampu berdikari
      7. Mujahadatun Linafsihi - mampu melawan nafsu
      8. Harisun a'la Waqtihi - sangat menjaga masa/usia
      9. Munazhzhomun fi Syu'unihi - tersusun urusannya
      10. Nafiu'n Lighoirihi - bermanfaat untuk orang lain

Okeyh.. berbalik tenatang persoalan riba, tadi kami sempat phening memikirkan kenapa pak cik HAB letak menjauhi riba dalam muwasofat tarbiyah ke-6 tersebut..
Anda rasa menyambung tak?

dalam kepeningan tue saya teringat perbincangan-perbincangan gembira saya dengan khalifah.. hehe ~sorry, ini ayat syok sendiri.. dan kemudian saya kongsikan dengan my adiks.. dan untuk anda yang ini..

Apa itu riba?
Riba menurut bahasa adalah tambahan..
ia boleh berlaku dalam proses perdagangan, pinjaman wang atau ansuran bulanan dan perbankan..
dalam sistem ekonomi sekarang riba lebih dikenali sebagai interest atau bunga, menarik bukan namanya?
banyak dari surah Al-Baqarah ayat-ayat yang mengharamkan riba..
kemudian Allah menghalalkan jual beli, membenarkan berhutang serta menyuburkan sedekah.
.menurut konsep islam.
:: 2:275-281 ::
 
riba sangat berbeza dengan konsep jual beli..
jika jual beli, kita memperoleh wang hasil dari usaha, wang atas usaha.
sedangkan riba pula, kita memperoleh wang tambahan tanpa ada usaha tetapi wang di atas wang.

riba juga jauh berbeza dengan cara pinjaman menurut islam
islam sangat menggalakkan seseorang muslim supaya memberi hutang kepada muslim yang lain untuk mengelakkan diri muslim dari menjadi pemberi makan riba.
hal ini kerana, diharamkan ke atas muslim yang memberi pinjaman atau hutang mengenakan riba sepertimana yang berlaku dalam semua sistem pinjaman, ansuran dan perbankan konvesional yang ada sekarang. T.T
~dan pak cik HAB juga cakap bahawa menjaga harta jadi jatuh ke tangan bukan islam juga adalah salah satu bentuk mampu berdikari.. and again kami sempat berphening-phening lagi time tue.. hehe

kemudian, Allah sangat menyukai sedekah. Dia akan memberi keberkatan, kesuburan dan pertambahan rezeki hasil dari harta yang kita sedekahkan.. jika kita mendapati orang yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, Allah berfirman bahawa sedekah itu lebih baik. ~_~
tetapi jika kita mengambil riba, Allah berjanji akan memusnahkan riba tersebut sehingga harta yang kita perolehi dari riba tersebut tiada berkahnya dan menjadikan kita miskin.

Allahu'alam. saya bukan pakar ekonomi pun tapi just naak sangat share.. sape yang tahu lebih silalah betulkan and top up yea.. ^^ jzkk

jadi sekarang menyambung tak kenapa pak cik HAB cakap menjauhi riba serta menjaga harta dari jatuh ke tangan bukan islam adalah salah satu manifestasi bahawa kita kemampuan untuk berdikari?

silalah, make sense of it dan mari kita beramal..

Salam'alaik.

Oct 13, 2011

Karakter idaman

Alhamdulillah...

another day given by Allah.

a hectic day with emotional battle inside.

but instead of saying Alhamdulillah, have i used it to the fullest?

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

i woke up with a niat to perform saum, a nawafil..

and hoping for the reward He saved for the one that performed saum just for Him.

and also due to i find myself being trapped in a trouble of my own hand..

so that i can control myself whenever i remind myself that i am fasting. 

i think, there was already so many people got hurt upon my attitude :

egoism, selfishness, harshness, and you can just name it..

even how hard i try not to..

insyaAllah, i will always chilling ya and keep on trying..

because only He knows my every deep prayers

eventhough physically it looks like there is no progression at all. 

 ```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

i aimed for this noble character since long ago..

Ar-RafiQ..

what was it?

ianya sifat tenang dalam menghadapi apa sahaja situasi,

lemah lembut dalam menanggapi keadaan  buruk

dan tidak tergesa-gesa menghukum tanpa usul periksa..

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````
              j0m, sama-sama kejar!

and just i have a light talk about (riba vs memberi hutang mengikut islam) with a friend..

anyone have any idea about this issue or concept?

Oct 12, 2011

rumah ku - baiti

in the name of Allah.. 
i write.. ^^
and i post..

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Berkaitan keinginan saya untuk bercerita mengenai RI (rumah islam) dalam post sebelumnya.. 

biarlah video sahaja yang menceritakan apa yang saya fikirkan..
terasa banyak sangat bercakap dah before this.. nanti merapu pula. T_T. 

maklumlah masih belajar kawal hati mulut dan tangan.

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

anda dah lihat video terbaru maher zain? saya rasa pasti ramai yang dah lihat klip video 
~for the rest of my life~ kan?.. 
dan pada saya ia sangat cocok dengan pandangan saya mengenai RI.
Perubahan-perubahan yang ia akan bawa dalam diri kita bila kita memasukinya dengan barakah. 
(eik, pelik ni.. tak duduk Ri pun boleh rasa juga.. huhu
nah.. silalah layan dlu music video ni yea.





Para Dai'e&Dai'eyah yang saya Muliakan,

Langkah anda ke rumah yang anda matlamatkan sebagai nadi dakwah dan tarbiyah anda membawa bersama sangat banyak amanah dan pengorbanan.. sama seperti apabila anda mula berkomitmen untuk mendirikan sebuah keluarga muslim buat ummah ini.. awak kena didik hati awak supaya harunginya dengan kasih sayang tanpa mengharap sebarang bayaran dan balasan. seperti mana ayah-ayah dan ibu-ibu kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengharapkan bayaran..



no charge at all eventhough they have to spent the very last money they have just to comfort you.
and they feel very satisfied.. not distressed.

Da'ie dan Dai'eyah yang penuh himmah,

yakinlah dan berdoalah agar kita bertemu di syurga.. 
walaupun sebanyak mana Ill feeling antara kita 
penting juga untuk kita sentiasa memujuk hati ini agar terus berlapang dada..
  berdoalah semoga kita tsabat dan memperbaiki
kerana Allah akan mencabut anything that we feel annoying about each others in jannah..
ce la dengar this one..
dia buat saya tak sabar-sabar nak ke sana..


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga-syurga dan mata air. 
(Allah berfirman), 'masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman.' 
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka; mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan di ayas dipan-dipan. 
mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka tidak akan dikeluarkan darinya."

(15: 45-48)

.asiff jiddan.