perjalanan yang baru
dan perkongsian yang menjentik rasa
mereka sahabat-sahabat yang hebat. manakan tidak, Rasulullah SAW menyampaikan berita gembira bahawa mereka dijanjikan Allah, Al Ghaffar dengan pasti untuk berada di dalam syurga yang luasnya tidak pernah dapat kita bayangkan. nikmatnya yang tidak akan dapat kita bandingkan dengan kegembiraan-kegembiraan dunia kita.
10 sahabat yang dijanjikan syurga secara marathon...
perkongsian dari dan dengan mereka.. membuat hati ini berbuah dan berbunga serta berfikir..
Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidah bin Al Jarrah.
:: they are all human being ::
(haha.. obviously they are)
but there is a fundamental meaning, behind having them (the sahabah) as a human being, instead of malaikat. here, it is merely my opinion.
......................................
Al-Insan. yang sering lupa. but it is a bliss.
kerana Allah, He is ever forgiving, Allah memang akan sentiasa menepati asma ul husnaNya.
bicara Ali ra ketika dia telah menjadi khalifah:
Wahai Zubair, dengan nama Allah, tidakkah engkau ingat, ketika kita berada di suatu tempat lalu Rasulullah SAW lewat dan berkata kepadamu, " Wahai Zubair, tidakkah engkau suka kepada Ali?' Engkau menjawab, "Tidak ada alasan bagiku untuk tidak suka kepada sepupuku dan saudara seagama." Lalu Beliau SAW bersabda, " Wahai Zubair, demi Allah, kamu akan memeranginya, dan engkau berada di pihak yang zalim."
bicara Zubair (may Allah be pleased with him) dalam bahang sebelum Perang Jamal:
'Yah, sekarang aku ingat. Kemarin aku lupa. Demi Allah aku tidak akan memerangimu.'
mereka manusia, seperti kita juga. cuma mereka telah pasti akan menjadi golongan syurga, dan kisah-kisah mereka ini, bagi saya satu bonus dari Allah buat kita.
Satu Teguran dan Pengajaran serta Pujukan halus dari Dia tentang mereka yang dijanjikan Syurga.
Dia memujuk kita supaya sentiasa kembali dan memohon ampun kepadaNya atas kealpaan kita. kerana tidak mustahil, mereka yang merasa berdosa itu bisa dikurniakan nikmat seperti syurga yang mereka telah peroleh?
Dia mengajarkan kita supaya jangan tergesa-gesa, jangan menghukum. kerana boleh jadi orang yang kita palingkan muka darinya adalah jiran kita. hanya tetaplah berdoa, di Syurga bertemu hendaknya_insyaAllah.
Allah menegur kita melalui mereka, sang ahli syurga yang pernah tidak sehaluan namun hati mereka tidak pernah membenci satu sama lain. kerana tidak melampau kalau saya katakan bahawa mereka mungkin termasuk kelompok yang sentiasa berkasih sayang_di Syurga nantinya.
akhir mereka sama, kepada syurga yang dijanjikan.
jangan pernah berhenti memandang insan lain hanya pada pandangan pertama. kerana kita tidak pernah tahu amalan apakah yang boleh menghantarkan kita ke syurga Allah bersama insan-insan hebat lainnya. jangan biar syaitan menjadi penunjuk jalanmu.
"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan diatas dipan-dipan"
(Al-Hijr: 47)
mereka memang ahli syurga. tapi ahli syurga bukannya insan yang pasti dan sentiasa bersih dan sunyi dari dosa. jom, sama-sama kita menambah iman sampai Allah mengurniakan taqwa, dan beramal dengan amalan yang boleh menghantarkan kita ke Syurga tertinggi. insyaAllah, kita juga berpeluang. Allahua'lam
2 comments:
salam ukhti. owh,, akhwat jakarta ye.. mesti kenal kak dina. salam ukhuwwah ukhti.kalau pegi HAMKA, mungkin kita dapat jumpa nanti.
salam dari australia.
wasalam a'laik ukhti..^^
insyaAllah, ana kenal kak dina.. uni dekat2 jea..
mesti ukhti kenal bashu kan.. kami sama uni kat sini.. insyaAllah.. jumpa nanti ukhti Pa'a.
Post a Comment