Sep 30, 2010

iNi PerJuanGan Mu...

Tersentak dan hati ini tiba-tiba sayu....
kuliah masih lagi sedang berlangsung...
dosen sedang rancak membentangkan pelajarannya...

bicara ku diam2 dalam hati...
alangkah Indahnya kalau mereka semuanya tahu..

ya memang benar apa yang dosen ku bilang..
hanya 'mereka' yang betul-betul kuat sahaja bisa sampai..
kerana hanya satu dalam beratus juta itu yang akan berjaya
Ini Perjuangan Kalian..
katanya..


' Bukankah Aku ini Tuhanmu?'
Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.'   < al-a'raf: 172>

inilah agaknya perjuangan kita yang sebenarnya..
jika kita menyedari..
dan inilah yang membuatkanku sebak seketika..
perjuangan yang menjadi alasan utama kenapa kita, Allah takdirkan dilahirkan ke bumi

       ~perjuangan yang punya tujuan yang satu~

kerana jauh sebelum itu..
Allah telah memilih siapa hamba-hambaNya yang Dia tahu mampu untuk tetap berada dalam perjuangan ini walau sering tersadung, namun insan-insan ini akan tetap mempertahankan kesaksian mereka..

setelah lahir nanti..
hidupnya merupakan perjuangan untuk membuktikan syahadahnya ketika di alam roh itu..
adakah perlakuannya selari dengan kehendak Allah yang mereka bersaksi sebagai Tuhan mereka..

setidaknya..
cukuplah kita mengetahui bahawa kelahiran kita dibumi ini sangat istemewa..
kerana Allah yang telah memilih kita untuk diberikan dengan segala macam modal keperluan di dunia secara percuma supaya diakhirat kelak kita memperoleh keuntungan dari pelaburan kita hendaknya.

dosen : lecturer


:: kerana Allah is our ghayah ::

No comments: