Jan 18, 2011

Reflection

Keciciran di tengah perjalanan adalah kerana permulaan yang tidak baik

Ya Allah.. kata-kata ini membuatkan saya terhenti..
bukan berhenti dari bekerja, tetapi berhenti dan merefleksi niat hati saya..
merenung hikmah bila tiba-tiba datang ujian yang tak disangka-sangka dalam jalan ni, walau ada jea logiknya ia boleh berlaku.. tapi Alhamdulillah saya sangat bersyukur.. ia buat saya kembali ingat dan berusaha supaya sentiasa membersihkan hati dan perjalanan saya  ini.. supaya bermula kerana Allah, menjadikan usaha ditengahnya bersama Allah dan akhirnya menuju kepada Allah..

Pernah satu hari saya mendengar satu kata-kata tentang seorang pak cik..
yang sanggup berjalan jauh untuk bertemu insan yang beliau kagumi dalam tarbiyah ini.. dan pengajaran yang dia perolehi dari pengembaraannya adalah kita perlu nekad dalam melakukan apa yang kita hajatkan dalam tarbiyah ini dan keduanya adalah ~madrasatul hayah katanya.. mungkin sangat banyak tarbiyah yang Allah berikan pada beliau sepanjang perjalanan beliau itu.. yea la.. kita tak kan dapat apa-apa kalau kita hanya duduk di rumah jea kan.. atau jika kita tidak bergaul kan.. sebab takde nilai yang akan bertambah dalam diri kita.

memang..
saya akui hidup ini adalah guru yang sentiasa mengajar.. hidup yang Allah hadiahkan sebagai pendidik.. tinggal hati jea samada kita bukakan untuk dia belajar atau tidak.. 

Allah berikan keadaan jiwa yang kekurangan zat, supaya kita belajar dari situ dan sedar kepentingan bekalan ruhi dan berusaha isikan dengan iman kerana tanpanya tiada keberkatan dalam hidup dan kerja kita.. Allah hadirkan insan-insan yang bertentangan, supaya kita belajar berinteraksi, membuang ego dan bekerjasama, bukan untuk kita berselisih kerana hati yang Allah nilai.. Allah hadirkan rasa sayang dan perasaan ingin berkongsi iman yang sama tapi mereka menolak, semuanya semata-mata supaya kita belajar mengenali manusia dan selok-belok hati mereka.. supaya akhirnya kita lebih halus dalam kerja-kerja kita..

banyak.. banyak sangat.. banyak lagi pelajaran yang Allah nak bagi.. saya sangat suka kata-kata ni..
~just try an error~

baru sedikit yang Allah ajarkan saya.. baru sedikit larian saya dalam marathon ni.. dan tak banyak juga saya bergaul dan bergelumang dengan insan-insan yang telah jauh perjalanan dalam tarbiyah ini.. jadi, masih banyak yang saya belum belajar dari mereka.. malu lah sikit, jangan la cepat sangat lemah.. Rasulullah dulu lagi banyak dugaan dalam dakwah Baginda..Baginda tak pernah berhenti.. ingat, yang paling penting.. Allah selalu ada..

saya nak tangisan saya hanya untuk Dia.. usaha saya hanya kerana Dia.. perubahan saya hanya untuk mencari redhaNya.. kekuatan saya hanya demiNya.. tak lemah dek dunia.. tak berhenti kerana kedukaan.. tak lalai oleh kesenangan..

Jan 8, 2011

MaRtyR

Jihad..
apa kefahaman kita tentang jihad?

saya masih ingat lagi satu rancangan televisyen melayu dahulu tentang seorang lelaki profesional yang dikisahkan sebagai terpengaruh dengan satu gerekan ekstrim. Gerakan tersebut dikaitkan dengan islam yang ingin memerangi jahiliah dengan cara pengeboman tempat-tempat target mereka demi untuk jihad mereka.. adakah itu makna jihad yang kita faham dalam islam??

Bayangkanlah.. cerita tersebut ditayangkan untuk segenap jiwa di Malaysia. Nama pun sebuah cerita, pasti ada nilai-nilai yang ingin disuap dalam pemikiran kita. Pada ketika itu saya masih bersekolah. Dan di masa itu, saya fikir pasti ramai dari insan yang pemahaman mereka tentang jihad tidak jelas termasuk saya termanggu-manggu antara percaya dan tidak samada islam itu benar kejam dan jihadnya sebegitu ekstrim. Sekarang, jika tidak kerana Allah lah yang mengizinkan saya untuk memahami sedikit demi sedikit indahnya islam, pasti saya juga salah satu antara mereka yang takut dan berpersepsi buruk terhadap Deen ini..

Kerana perang dalam islam suatu yang sangat indah dan penuh nilai kemanusiaan dan hanya memerangi jiwa yang menghalang dan menolak islam tersebar secara bermaruah dengan kekerasan dari pihak mereka setelah pihak islam mengemukakan dakwah mereka secara hikmah.. perang yang bertujuan untuk menghapuskan dinding penghadang antara islam dan manusia.. agar kalimah Tauhid boleh berkumandang kepada insan-insan untuk mendengar dakwah apabila berlaku penentangan oleh nafs jahat pihak berkuasa.. dan bertujuan supaya manusia membebaskan diri dari perhambaan kepada sesama makhluk kepada penghambaan kepada Allah semata.. tidakkah is satu yang mulia?

Alhamdulillah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Ok.. panjang pula saya bercerita tentang kisah dahulu.. Point utama saya memang berkaitan dengan jihad.. tetapi sudut pandang kali ini saya tukarkan sedikit dari jihad perang kepada Jihad dengan maksud lain yakni

               BerSungguh-Sungguh!!

Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menggesa kita berjihad dengan jiwa dan harta kita untuk jalan Allah.. jangan terus bayangkan jihad itu spesifik pada peperangan.. kerana tanpa jihad dalam perkara-perkara yang kecil terlebih dahulu.. kita tidak akan berjaya untuk menolak diri berjihad dalam perkara yang lebih besar_perang untuk islam..

Teringat satu sharing dari akhawat indonesia tentang Indikasi kita telah berjihad, dan antaranya
Kita berasa penat sehingga sepertinya masa kita tidak pernah cukup
Kita menginfaqkan duit sehingga tiada lagi sisa untuk infaq selepas kebutuhan minimum kita terpenuhi
Kita terus bekerja seolah-olah tiada masa lagi untuk tidur diluar masanya..
dan bila kita telah berusaha sampai sungguh-sungguh itu, titik terakhir apabila kita ingin meneruskan Jihad itu, kita akan collapse kerana kehabisan seluruh tenaga sampai noL.

Allah.. dimana tahap kesungguhan kita untuk Allah??
Selama ini saya masih belum bersungguh-sungguh untuk Allah..
kita sendiri yang boleh menilai kemampuan kita yang maksimum itu setahap mana..
mungkin kita rasa kita telah melakukan sesuatu untuk Allah.. tetapi sejauh mana benar itu jihad kita dengan sesungguhnya atau hanya penyedap hati untuk membuat kita merasa,
"at least aku telah melakukan sesuatu." ??

::Tepuk Dada tanya Iman::

Jan 5, 2011

BloSs0m

Matang..
jalan ini memerlukan diri-diri yang cepat matang..
yang sanggup mencabar diri..
yang rela bersusah dan membuka diri kepada panas ujian..

kematangan tidak datang dengan melalui keadaan biasa..
tetapi dalam situasi yang tidak dijangka akan dihadapi..
dari situlah mereka akan cepat belajar, cepat matang..
dan mekar..


justeru, wahai jiwa sensitif..
berilah ruang dan peluang kepada insan lain untuk menjadi matang..
layani mereka dengan apa yang mereka harus jadi..
bukan hanya terbatas sebagai apa mereka sekarang..
yakinilah mereka.

 belum masanya hanya salah satu persoalan..
tetapi Allah lah yang mengajarkan dan menguatkan hati-hati kita..
berusahalah! 
jangan ragu-ragu

kerana sesungguhnya masa yang kita ada tidak banyak..
juga telah banyak masa-masa lalu yang kita bazirkan..
sehingga melarikan kita dari fokus utama kita.

dan hakikatnya, kita sedang dalam persaingan..
yang menjadikan golongan yang cepat bisa menguasai seluruh lariannya..
menutup peluang untuk debu-debu melekat erat..
hingga bisa bersinar penuh ketinggian.

Jom, jadi golongan yang menguasai lariannya!! 

::Allah, berilah kekuatan!::

Jan 3, 2011

SeManGatMu~Hamuka~

Bismillah...
Hanya kepada Allah segala pujian..

Alhamdulillah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
terngiang-ngiang kata-kata seorang ukhti sebelum dia melangkahkan kaki ke medan amalnya

'Ashira... 
kerja kuat-kuat..
dalam jalan ni akan ada yang tertapis keluar..
jangan sampai awak termasuk yang tertapis tue..

ana, hanya terdiam..

di hati, terasa ada sentuhan
genangan mutiara itu 
insyaAllah bukan untuk disia-siakan..


semuga berjumpa lagi, insyaAllah..
borak-borak lagi yea di sana nanti.. ^^
selepas kita betul-betul berusaha.


akak telah meringkaskan semua sharing yang saya dapat dengan izinNya
kemudian Allah jualah yang memberikan rasa untuk tetap tsiqah 
dan memasukkan benih yang baru..

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::
~jazakillah juga kepada kak mum~

Ya Rabb, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia..
Maha suci engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.
~3:191~

Ukhuwwah fillah 

 P/s: Selamat men-psycho diri