Jul 9, 2014

What happened this year until July 2014


banyak benda berlaku..
best-best semuanya.. khair.. baik semuanya..
manakan tidak.. sebab Allah yang susunkan..
walaupun tak sesuai dengan kehendak saya tapi sesuai dengan keperluan.

 candi: bunga dulu sebelum games

1. Jogja: dapat bayar hutang, stase pertama dengan adik @ akhawat, Ramadhan, wisata, Falah.

* tak ingat sempat bayar ke tidak keropok dekat Hosp Bethesda dulu. so pergi ke sana untuk bayar sbb waswas.. tapi mak cik x buka kedai sebab bulan Ramadhan.. so pesan kat pak cik guard Bethesda.. Alhamdulillah. semoga Allah balas jasa baik pak cik dengan yang lebih baik sebab dah tolong. (^_~)

minggu-minggu awal: Bulan penuh, nyamuk dan pohon nangka,
menemani usar bersama marhaban &kpod 

* bila satu stase dengan akhawat ni rasa mcm di uji untuk betol2 buat semuanya dengan hadaf dakwah dan tarbiyah kerana Allah. sebab bila dengan akhawat ada rasa macam 'we being loose' untuk keluar jalan-jalan dengan akhawat.. so Allah uji supaya jalan-jalan tu pun tetap solid and jelas niat kerana Allah. eh.. faham tak apa yang saya cuba sampaikan? yea la.. kala sebelum-sebelum ni .. saya akan pilih-pilih juga nak keluar ke tak. bila takda keperluan memang takkan keluar la.. kecuali bila dah ada jelas hadaf.. nak muayasyah dengan kawan-kawan ke.. beli apa-apa ke.. tapi dua-dua condition ni pun best sebab dah makin banyak pengalaman, cuma tinggal perbaiki jea lagi kreativiti untuk memberi manfaat tarbiyah kepada akhawat dan manfaat dakwah kepada masyarakat. Subhanallah ya Allah atas kesempatan ni. jempol !
kami di RS mata Dr Yap, Jogja: Ukrida
& UKDW (universitas kristen duta wacana)




*merasai awal Ramadhan di bumi tarbiyah Jogjakarta.. terima kasih dr Inge.. (hehehe.. walaupun awalnya beeeraaat sangat hati nak ke Jogja di Hosp Mata 'Dr Yap'). solat di Masjid Universitas Islam Indonesia untuk terawikh. Imam baca surah An Nisa sepanjang solat yang saya sempat ikut. best sangat bila tahu surah apa dan bila boleh fahami sikit2 bacaan dia. kasi Jempol lagi untuk Allah! Alhamdulillah.







*kat jogja ni.. semuanya jadi first timer.. Alhamdulillah ke Dieng, ke Malioboro, ke Jejamuran, ke Sop Duren Lodoya etc.. dan tak boleh lupa ada satu tu.. kedai Coklat yang x berapa direkomendasikan sebab ada air chocolate dia rupanya isi rum (% alkohol paling tinggi).. huuuih.. ish ish..

Ramadhan: masa paling baik untuk gunakan duit simpanan. hoh!
~sebagai pelaburan untuk pahala berlipat ganda.
cari hadiah maksud saya. heee
* dan most of all, dapat kembali ke Falah.. akak melihat bekal-bekal yang telah bekali sepanjang di falah, antunna manfaatkan dan bumikan sebaiknya.. walaupun masih jauh dari perfect.. tapi subhanallah.. Allah saja yang layak dipuji.. tetap semangat k akhawati! walaupun antunna makin busy koas.. akak yakin antunna sedang Allah sediakan untuk belajar berhadapan dengan waqi dnt yang lebih mencabar di depan kita nanti. mabrouk. love u all fillah..




music box by shadow : Jogja Art muzium

Dieng : Sun Rise dari puncak paling atas..
~Tadabbur adik: betapa kuat nya makhluk lain telah bekerja sesuai harakah mereka, apa sumbangan kita kepada kenaikan islam? kerana islam akan tetap naik seperti matahari ini naik, walau tanpa usaha dari kita... (T_T) Allahu.


Assalamu'alaikum warahmatullahu wa barakatuh.
Selamat mencoblos/ mengundi Presiden anda, rakyat Indonesia.
semoga yang terbaik untuk ummah.
daa~

Mar 18, 2014

IstighFar


Taubat, istighfar setelah selesai melakukan amal..
itulah yang Allah ajarkan kita dalam Surah An-Nasr

'Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Engkau akan melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Deen Allah.. Maka segeralah bertasbih memuji nama Allah yang menciptakanmu, bersyukur padaNya dan beristighfarlah.. sesungguhnya Tuhanmu Maha menerima Taubat.'

contoh yang paling mudah adalah setiap kali selepas solat.. kita pasti beristighfar.. ia menjadi suatu yang datang dari hati kita secara fitrah bukan? sedangkan kita sebenarnya baru saja selesai melakukan suatu amal soleh.. kenapa ya?

Dengan lafaz istighfar "Astaghfirullah hal A'zim" tersebut sebenarnya hati kita sedang sangat mengharap supaya Allah menerima amal kita tadi.. dan supaya Allah mengampunkan kelalaian kita sepanjang melakukan solat. dan supaya Allah menerima amal kita sebagai suatu yang Allah redhoi dan sukai untuk kita bawa sebagai bekal di akhirat.. satu pengharapan dalam kesedaran akan lemahnya dan dhoifnya usaha kita mencapai khusyuk.. tapi kita tetap berharap yang terbaik dari Allah. kita tetap berharap Allah menerima amal kita. suatu lafaz yang mana kita mengakui akan besarnya pertolongan Allah memudahkan kita untuk berdiri solat dan merasai nikmat kemanisan bersolat walau dalam kondisi kita masih belum all out di luar solat untuk setiap masa mengingati Allah dan terbawa-bawa akhlaq itu sampai ke dalam solat sekalipun. tapi subhanAllah. Allah memudahkan kita untuk merasai kepentingan solat dan menjadikan kita berusaha memperbaiki dan menjaga solat kita.. Allahu..

kalau keperluan beristighfar apabila kita melakukan jahiliah, dosa dan maksiat, tidak perlu dipertikaikan lagi.. sepatutnya telah menjadi kesensitifan dalam hati kita untuk sentiasa bertaubat dari dosa-dosa ini, berusaha meninggalkannya dan benci utk melakukannya setelah Allah menyelamatkan kita, seperti kita benci dicampakkan ke dalam api..

tapi dalam surah ini Allah menekankan penyucian jiwa yang berterusan..  tetap sucikan jiwamu setiap selesai melakukan amal.. boleh jadi kita merasa Allah memudahkan kita melakukan tarbiyah kerana kepandaian kita dan lupa yang ianya adalah kurniaan Allah. boleh jadi kita merasa pertolongan Allah dalam menjadikan amal yang susah dan mustahil kepada lancar, rezeki yang sempit untuk turun ke program kepada lapang dengan bantuan yang tak disangka, masa yang sempit berbanding kerja yang banyak kepada dipermudahkan kerja.. adalah kerana kita layak untuk dapat.. astaghfirullah..

inilah.. inilah antara contohnya.. tidak! ia bukan kerana kita layak.. tapi kerana Allah memang sangat hebat kasih sayangNya,, sangat luas pemberianNya, KurnianNya dan RahmatNya.. kita senang sangat mempunyai perasaan-perasaan seperti ini..  merasa ego selepas selesai melakukan amal kebaikan.

tapi kita lihat bagaimana Rasulullah SAW memasuki kota Mekah saat Fath Makkah.. Allah menyuruh baginda SAW masuk membuka kota Mekah dengan rendah hati.. bukan kita yang berkuasa menjadikan semua ini.. tapi Allah lah yang punya kuasa!

# there is no such time in even an explicit seconds without Allah does not wanting to hear our PRAY and does not waiting from us to nurture our eeman and LOVE towards Him.. Allah, is The one Who SUSTAINs everything in this world. Always WaItIng and WaNtIng you to come back. He has named you as the legal inheritant of His Wealth in this dunya & akhirah, and The Jannah. only if you submit. #PRAY and tell Allah our hope and dua' about our dunya & akhirat, for the MH370, for the best of every person that involved in the FMFA and for our Toriquna Li Tamkin.. insyaAllah, kita dalam fasa kedua perjalanan Nabi Yusuf as.. kerana Allah menjanjikan suatu zaman seperti pemerintahan khulafa Ar Rasyidin (pemimpim yang memimpin dengan berdasarkan petunjuk/al-wahyu) akan naik sekali lagi seperti yang Allah kehendaki.. Allahua'lam#

Mar 10, 2014

Statik

Saya bukanlah orang yang qowiy sgt tarbiyahnya.. saya bermula dgn lambat dan lama.. pernah dlm satu program usar, ukhti fillah membeli barang yang menggambarkn karakter saya.. saya dpt gula2 aiskrim gambar kura-kura.. heee.. thumps up.. dia memang lenal saya. Heee..

Statik..
Perasaan sahaja atau kenyataan?
Saya memilih memandang ia sebagai satu perasaan yang positif.
Kerana kenyataannya Allah sgt byk memberikan nikmat .

Allah tidak memberikan dalam bentuk yang magic dan di luar pemikiran kita.. tapi Allah memberi secara perlahan dan bila kita susah payah berusaha menjaga kemurnian niat kita.

Walaupun saya bukan seorang yang tip top leadership skill dlm mengendalikan usar.. tapi Allah tetap bagi saya kenikmatan berupa pergantungan kpd Allah dlm memimpin usar walau dgn debaran hati dan risau akan kemampuan diri memberikn yg terbaik kpd mutarobbi(orang yg dlm proses tarbiyah) (tarbiyah= proses membawa kita dekat dgn Allah dan membina manusia rabbani).

Bukan tiada mutarobbi yang mengeluh berasa tepu dgn liqo online. Malah da juga yang 'menjerit' hatinya mahu memberitahu yang kami makin lemau di bawah binaan akak.. huuaa. Sobsob

 Allahu..

Astaghfirullah..

It is a proses a'shira
Fasbir sobran jameela.


May 21, 2013

Every Soul shall taste Death.. till we meet again in JannaH.. Aki

 ``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Bismillah..

-6.5.2013- 03:00 WIB

Emergency call from a friend
Ada kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga besar.
Ambulance datang ke hospital tempatku berkoas (clinical)..
sempat membantu satu dua mangsa..
suasana haru biru, dan diberitakan 4 mangsa meninggal.

Hari telah cerah. sengajaku menyusuli jenazah di kamar jenazah.
mangsa yang meninggal bertambah menjadi 5 orang.
ku lihat proses memandikan jenazah sedang dilaksanakan.
dan memang niatku mahu membantu si atok menyempurnakan jenazah para wanita

````````````````````````````````````````````````````````````````
:: 8.5.2013 :: 14:30 WIB

Allah..
Hanya kepada Engkau aku mengharap.
menggantungkan keinginanku..

Aku berdoa dengan penuh iman..
dan aku meyakini..
dengan pasti Ya Rabb..
akan janji-janjiMu.

bahwa ujian dan musibah yang Engkau timpakan ini akan Engkau gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.
jika kami bersabar.
gantikan ia Ya Allah..
dengan ganjaran yang paling aku inginkan dalam munajat-munajatku..

gantikan pertemuan yang tidak kesampaian ini
dengan pertemuan yang lebih baik di kampung Syurga Ya Allah.
dengan perhimpunan yang lebih baik dalam keluarga yang sama-sama beriman dari awal hingga akhir dunia
dengan cinta dan kasih sayang yang lebih baik antara hamba dan Rabbnya..

----------------------------------------------------

Allah, aku menjadi saksi Ya Allah..
bahwa sesungguhnya tulang empat kerat itu sungguh gagah berusaha buat keluarga,

Allah, aku menyaksikan Ya Allah..
bahwa saki-baki tenaganya yang tersisa ia gunakan buat menggugah bumi dengan benih-benih halus

Ya Allah aku mengingati dengan kuat Ya Allah..
akan penjagaannya dan kasih sayangnya tanpa kenal lelah.

hitunglah, satu persatu amalannya..
dan amalan-amalan zuriatnya yang ia tinggalkan sebagai soleh dan solehah.

Amin Ya Rabbal A'lamin..

sampai kita bertemu semula di Syurga..
you have gone through it..
and every other soul will taste death..

~munajatku sedu sedan dalam solat jenazah ku untukmu pada hari itu~

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Ukhti, pemergian dia buatkan saya mula merasakan urgensi ini..
Urgensi untuk melakukan dakwah dengan sungguh-sungguh..

kalau dulu saya cuma dengar Br. Shah Kirit cakap yang dia sgt marah kenapa orang islam biarkan ayah dia meninggal dalam keadaan belum Islam..

dan saya juga tahu bahwa nanti di akhirat akan ada hujah-hujah yang bakal datang mengatakan ketidak sungguhan kita bekerja mentarbiyah manusia dan mendakwahi manusia..

tapi kini saya sendiri merasakan bahwa saya belum sungguh-sungguh menyayangi dan berusaha membawa keluarga saya agar mereka sama-sama dapat  memberi peringatan kepada saya dan agar kami sentiasa dapat mengejar syurga bersama-sama. dan bukan saya seorang sahaja. seorang diri berjalan, layaknya seperti orang yang sombong.

ukhti, kita selalu leka.. akan tugas kita yang besar ini..
ukhti rasakan tak, kerja kita ini memindahkan manusia..
bermula dengan diri kita..

dari hampir ke jurang neraka kepada masuk ke dalam syurga.
dari islamnya atas nama kepada salim aqidahnya,  salim jiwanya
dari islamnya atas nama kepada sodiq imannya, sahih amalannya
dan bisa juga dari lain aqidahnya kepada tauhid pegangannya..

perpindahan ini adalah hijrah yang besar ukhti..
kerana kita sedang menyiapkan diri kita dan manusia dengan sebaik-baik bekal
kerana sebaik sahaja meninggalnya seorang manusia di bumi..
ia akan berpindah dari bumi yang lama ke 'bumi' yang baru, 'rumah' yang baru dan 'keluarga' yang baru.
berdasarkan bekal yang ia bawa. dan kita akan KEkaL di situ tanpa kita ketahui penutupnya.

Allahu'alam..

Nov 14, 2012

Questions for you.



"when we have inspirations, we become blogger.. "

huhu.. i quote this from a video, its a promotion video for PMS in UK. 
the video is simple yet so deep in meaning. 
and whwn i came across the dialogue, it gives me motivation to write. to give my two, three cents..

the quote is almost true, at least for me..
there is so much things happened in our life..
but it doesn't make we kind of blogging everything.

so, it makes me think.. 
What inspired you? 
What kind of issue or event that you choose to blog?

I have found the answer for myself,
but i am not going to write it down here..
so I left that 2 questions for you to answer.

because of what we talk, 
and what write is the mirror image of you at the inside 
and it gives us understanding of the upmost idea and the belief about this life that you have.

allahua'lam
----------------------------------------


Nov 12, 2012

Do you miSsing Home? (~.~)"


Bismillah..
in the name of Allah..

   
   i'm missing home.
  bila kita membayangkan suasana-suasana dan kenangan indah yang kita ada dekat rumah
 perasaan rindu kita semakin menjadi-jadi dan bertambah, kan..
tapi kalau duduk busy dengan benda lain, takdelah duk fikir sangat

so rasanya, untuk dapat a consistent eagerness towards jannah,
 kita kenalah manfaatkan cerita-cerita indah yang Allah dah bentangkan kepada kita dalam Al Quran..
  supaya rindu kita kepada rumah syurga kita pun makin membuak-buak..
   kerana cinta dan rindu itu perlu dibaja, kan.
   
joM!
 mula perbanyakkan bercerita dan membaca tentang syurga,
membanyangkan segala isi di dalamnya
 dan segala aktiviti yang bakal kita disibukkan di dalamnya   
dan bekerjalah membawa keluarga dan saudara-saudara yang kita cintai ke dalamnya.   

buah hati keluarga kami sedang menyorok belakang pokok. ^^

me & him

















tanda aras ketinggian_cameron highland

tea farm, the sun and ..... subhanAllah.



picnic.


found an isolated mushroom. terpaksalah budak2 kecik tue jadi model kejap. hihi
and this is his favourite pet. But one of them have died few weeks ago.

and if there is something that we love in this dunya more than the love that we have towards Allah, 
definitely will make HIm jealous. So He will test us until it is crystal clear that our love is pure. sepertimana sucinya cinta nabi Allah Ibrahim as yang sanggup mengorbankan anaknya yang dicintai. sehingga dia dipanggil Al-Khalil.. sang kekasih Allah..

9:24

Oct 31, 2012

Kita, punya kewajipan Memotivasi diri membina kedekatan jiwa dengan Allah

Bismillah..

Dengan nama Allah yang menghidupkan
yang mengizinkan kejadian peristiwa dan membentuk rupa kehidupan.
Dengan nama Nya yang memberi kesempatan merasai nikmat islam
memberi kefahaman serta pemeliharaan iman dan keamanan.

Sungguh, tak sama kesannya pada hati manusia di sekelilingnya dan hasil dakwah pada hujungnya
jika dilakukan oleh jiwa yang dekat dengan Allah berbanding oleh jiwa yang sedang layu dan punya noda yang belum dimuhasabahkan.

Sungguh, tak sama kesannya pada jiwa individu dan hasil pembentukan dirinya,
jika disentuh saat jiwanya dekat dengan Allah berbanding saat jiwanya sedang layu dan punya tompokan hitam yang belum disucikan.

Justeru, sesaat memahami ini, ia menjadi motivasi buat kita. untuk sentiasa menjaga kedekatan dengan Allah. baik kita nantinya sebagai daienya atau kita sebagai penerimanya..

Ia seharusnya jadi motivasi buat kita supaya mendekat kepada Allah. Ya! silalah fahami ia dengan benar. kerana sesaat memahami ini, ia tidak seharusnya menjadikan kita semakin menolak untuk melakukan tugas daie dengan alasan saya masih banyak lompong2nya kak.. dan rugi juga bila kita menjadikan ia alasan untuk kita rasa ok2 sahaja dengan diri kita bila kita tidak mahu menerima masukan dan membatukan hati atas nasihat dr para murobbiah.

Beginilah tabiat jalan ini.. ia jalan Rabbaniah dan digerakkan oleh individu rabbani. memang sukar. kita bukan lahir2 sebagai insan yang maksum. Tapi cara kita adalah, kita belajar menjadi terbaik, dan terus baik memperbaiki diri seiring berjalannya waktu. selagimana kita belum melangkahkan kaki atau cuba untuk berdiri, selagi itu pertolongan Allah takkan datang.. selagi itu lorong kebaikan yang 500m di hadapan kita takkan bisa terlihatkan.

".. dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri.... " 18:14


Aug 8, 2012

pErsiS 10



BISMILLAH...

Allah sedang menyaksikan tangan yang kamu angkat..
Allah sedang mendengar janji yang kamu laungkan..

~direct.
Pak cik Hech Ie buat saya rasa macam ada panah kena tepat pada hati ni.
bergetar. terus rasa takut. dan. harap.

.IHSAN.


أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ .
“Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, dan apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (HR. Muslim)
Di kesempatan yang lain, Rasulullah bersabda:
اِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَيْكُمُ اْلِاحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ , فَاِذَا قَتَلْتُمْ فَاَحْسِنُوْ الْقَتْلَةَ وَ اِذَا ذَبَحْتُمْ فَاَحْسِنُوْ الذَّبْحَةَ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan pada segala sesuatu, maka jika kamu membunuh, bunuhlah dengan ihsan, dan jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan ihsan…” (HR. Muslim)
Sumber: http://www.dakwatuna.com/2009/10/4358/ihsan-berbuat-yang-terbaik/#ixzz22uYZ8t5C

----------------------------------------------------------------
               ihsan dalam amal di medan perang hingga ke amal di laman belakang rumah kita.
----------------------------------------------------------------

Tanggungjawab awak menimbun.. Allah tahu awak mampu, selagi awak mahu. Allah tahu niat awak sodiq atau tidak. dan selagimana awak yakin pada bantuan Allah.. Allah akan menepati janjinya untuk menjadi sesuai dengan sangkaan awak. fighting!

-Mujahadah
-Regangan selepas bangun tidur.. 5-10 minit. dah mula?
-masa khusus untuk permainan tertentu dalam seminggu.
-sistem tidur setiap hari
-menyusun masa, urusan dan plan2
-tilawah 20 malam pertama
-10 malam terakhir
-MA dengan family
-bahan2 bacaan dan recording
-ziarah
-memasyarakatkan nafs
-etc

dan listnya goes on and on..

Allah telah tahu niat kamu, Dia menjadi saksi kepadamu dan Allah telah Mendengar doamu

Jun 17, 2012

Pekan = territory meriah buat baju kurung



Bismillah...

SubhanAllah,
Wal hamdulillah,
La ila ha illAllah,
Allahuakbar..

Allahu:
Alhamdulillah,
For the consistenly great reminder in those days.

Allahu:
 Astaghfirullah,
For I not know how well will I accomplish the greater responsibility You gave.

But, Allahu: 
 Whatever it is, You have promise me that
La Yukallifullah hu nafsan illa wus 'aha.. (2:286)

 Be KhaLis.
then giVe your ultimate eFfort for Allah.
you CAN do It my dear
make ease 3x, for us
Allahu

~kEjaRlah NegerI aKhiRat
KejarlAh keampunAn Allah~
KejarLah Syurga Yang tErTinggI dan nikmat TErtinggi di DalAmnya....

diari sebulan

Jun 14, 2012

~buat yang ingin berubah tetapi allergic dengan teguran yang teettt..

Bismillah..

Hidayah obviously milik Allah. Maka, teguran yang sampai ke telinga kita tidak punya pengaruh apa-apa pada jiwa.

Anda setuju? ~_~

Meh sini, mari saya ceritakan.. kerana ia juga satu paradigma yang baru buat saya. Makanya, jom sama-sama kita pertimbangkan dan seterusnya anda beritahu saya pendapat anda.
------------------------------------------------

Hidayah milik Allah, maka harus kita fahami bahawa teguran dan perubahan adalah dua isu yang berbeza
seperti mana halnya dikejutkan kita dari tidur dan bangun atau tidaknya kita, juga merupakan dua hal yang berbeza. Eeerrk?

Kita sepatutnya kena sedar yang takda kaitan pun antara mekanisme seseorang yang menggerakkan rakannya dari tidur dengan mekanisme mahu atau tidak rakannya untuk bangun selepas dikejutkan. keberhasilan goncangan badan kita buat sahabat kita samada kuat atau lembut, proper atau dengan marah perlu kita fahami dengan konsep yang baru.. katanya, hal ini akan lebih menenangkan jiwa dan meggerakkan anggota..

Mereka terpisah! begitulah seharusnya kita memahami tabiat jalan ini. kerana selama ini kita hanya punya satu pandangan mengenai isu ini.. kita anggap, apabila gaya bahasa dan tubuh yang digunakan ke atas manusia adalah buruk dan kasar, maka kesannya rakan kita akan sukar untuk menerima dan mereka akan mogok tidur.. ?? hehe, ada ke? hmm, betol jea la statement ni kan.. sbb itulah sunnatullahnya..

saya juga pernah rasa begitu. saya terasa. terkilan, kenapa dia tidak mengejut saya dari tidur betul-betul. kenapa terus pergi begitu sahaja selepas panggil nama.. saya kan tengah mamai dan mengantuk.. at least cakap lah dah pukul berapa sekarang.. baru la saya alert untuk bangun.. tak gitu? hahahaha.. gelak besar saya bila ingat balik.. _sorry awak._

benar-benar saja situasi di atas.. tetapi awas! ia tidak bagi jiwa yang jelas apa yang dicarinya, apa yang dimahunya dan dahagakan bantuan rakan untuk mengejutkan mereka.. kalau dia memang takde hati nak bangun, memang tak yah la.. tak kisah la baik macam mana pun kejut mesti liat juga nak bangun. macam tue la juga.. bila kita jelas yang perhitungan dan mengikuti kehendak Allah lebih penting maka kita akan ikut apa yang Allah suka walau ia datang dalam bentuk yang kita tak sukai.. kita ikut dan buat sesuatu kerana ada nilai kebenarannya pada teguran itu.. uishh.. nampak senang kan, tp berat sebenarnya. sebab kita lebih senang untuk mengikut perasaan kita dari mengawal perasaan kita kan.

apabila ada yang memberi teguran kepada kita dengan kasar dan tidak berhikmah, sedarlah peringatan dan hidayah itu telah sampai kepada kita. isu ketidak profesionalisme-nya sahabat kita ini sehingga membuat kita sempat berfikir untuk tidak mahu mendengar tegurannya adalah isu yang berbeza. -itu adalah urusan DiA dengan Allah-

sedangkan kita juga ada -urusan KiTA dengan Allah- yang akan Allah persoalkan nantinya dihadapan kita di akhirat kelak. iaitu urusan kita berubah atau tidak selepas kebenaran itu menyapa. seru yang saban hari telah datang kepada kita dalam pelbagai bentuk yang kita tidak mahu terutamanya dan kita mahu. seru itu telah sampai! semuanya harus disandarkan kepada Allah, bukan kepada manusia hingga tidak lagi timbul isu kita tak nak berubah kerana manusia yang menjengkelkan itu.. betapa ruginya.

berubah atau tidaknya kita itu adalah urusan antara kita dan Allah.  
manakala hitungan amal untuk rakan kita itu juga adalah urusan antara dia dan Allah.

tapi memanglah, seharusnya dai'e yang sensitif akan sentiasa memerhatikan sunnatullah dan arahan Allah dalam menyampaikan seruannnya.. tetapi again itulah dia namanya, bila kita katakan ia adalah urusan dia dengan Allah. jadi full stop disitu buat hati kita untuk mempersoalkan tindakan mereka yang sebegitu sehingga kita jadikan ia sebagai alasan dalam hati kita untuk menolak seruan bangun dari tidur. lalu kita mengeraskan badan dan mebekukan mulut dari menyahut seruan seolah-olah kita tidak mendengarkannya..
tapi full stop ini bukan full stop dari menegur mereka tentang kekurangan dan kesalahan mereka tau, kalau baik hati, sedarkanlah mereka, ok.

sekarang, nampak tak perbezaannya? jelas tak mekanisme apa yang ada?

in conclusion, berbeza antara orang yang baru dan yang lama. approach kita berbeza. masa mula-mula kita kenal dakwah dan tarbiyah.. kita akan sentiasa mengambil kira faktor luaran. tak salah yea, memang itulah kita. tapi bila kita telah lama bergelumang dengan dakwah dan tarbiyah.. kita akan jelas bahawa segalanya harus kita kembalikan kepada Allah.

atasi yang buruk. korek yang jernih.

Allahua'lam